March 19, 2015

Kuala Terengganu - Part 1 ( KUL - TGG )

Assalamualaikum.

Pada 14, 15 dan 16 Mac yang lepas, aku telah berada di bahagian timur Malaysia iaitu negeri Terengganu. Saja jalan-jalan perabih duit kat sana. Hahaha! Takdalah, saja nak menggemukkan diri dengan makan keropok lekor dan menghitamkan diri yang sememangnya dah hitam ni.

Lepas Subuh, aku bergerak dari Kajang ke Terengganu. Hmm takdalah Subuh sangat kot, sebab sampai Taman Midah, patah balik rumah. Hahah! So around 7.30am macam tu jugaklah baru betul-betul gerak.

Sepanjang perjalanan aku takda buat apa pun. Tidur jelah, sebab tak sihatkan. Lepas tu, singgah dekat RNR untuk makan bekalan yang ma masak pagi tu. Sodap! Kenyangg weh. Ada bihun, ayam goreng, nugget. Kenyang. Masuk kereta, tidur balik. Hahaha! Gemuk gemuk -.-'

Destinasi pertama ialah kedai makan sata. Aku takda kuasa nak amik gambar sebab aku penat duduk dalam kereta lama sangat. Heheh. Aku bukanlah penggemar sata fyi tapi sata kedai ni memang buat aku makan sampai habis semua sata yang ma order aku bedal. Sata tu takda bau hanyir, so sedaplah. Masa balik pun, aku request nak beli. Baba singgah tapi beli untuk busu je. Itu pun dah sata yang terakhir. 

Around 4pm kot? baru sampai hotel. Hotel? Hmm just nice. Toilet mesra OKU. Besar pulak. Kalau setakat nak tidur je, hotel ni okay. Oh lupa, aku stay 3h2m dekat KT Mutiara Kuala Terengganu. Betul-betul depan Maybank, sebelah Ambank :)

Lepas check in dah selesaikan apa yang patut, terus gerak pergi cari celup celup. Makan dekat pantai apa entah. Lupa nama sebab ramai gila orang. Dan situ celup dia bit pricey dan tak berapa nak umps sangat. Dia dah masak lama, bila ada cust. baru dia panaskan balik. Lepas makan, pergi area Pasar Payang pulak. Jalan-jalan beli seluar batik.

Lepas tu, balik hotel sebab dah malam. Dinner, masak nasi (weolls bawak rice cooker/beras) dengan daging masak merah ma masak pagi tu. Plus ayam goreng pun ada. Kenyang. Lepak dalam bilik dan boom! Tidur. Selamat malam.

Tamat Hari Pertama ^_^

March 12, 2015

Batuk oh Batuk.

Assalamualaikum.

Aku tengah amik mood untuk start keje pagi ni. Batuk aku pun, hmm tak tau bila nak baik. Aku harap dia baiklah sebelum hujung minggu ni. Ubat dah tiga kali tukar tapi sama je. So dah penat. Dah dua hari pergi office pakai mask sebab tak tahan. 


E siap bagi Strepsils, suruh legakan tekak katanya. Dan Strepsils tu bau ubat dengan bau hospital okay. Mula-mula tak boleh masuk jugak, tapi aku belasah jelah. At least tekak lega.
 

Hari mask jugak. Dan aku dah rasa lemas pakai mask ni. Kesian officemates / kaum keluarga sebab kena dengar batuk aku. Sorry ye semua. Bukan ini ku pintaaa T_T

Dah, aku nak buat artworks. Nak siap sebelum 6.30pm esok. Alamatnya tengahari ni aku tak lunch lah. Nasib baik aku dah beli sesiap roti tadi. Bye.

March 9, 2015

Dah last minutes, terus lapar!

Assalamualaikum.

Seminggu tak terupdate blog ni. Bukan apa, naik je cuti, aku memang sibuk menggila. Dengan container nya, dengan dokumen / artworks nye. Memang menangis kejaplah. Tapi alhamdulillah, by end of week, semua kerja siap dengan jayanya. 

So far, aku dah boleh handle dokumen untuk container tanpa kacau E dah. Eh kacau tu adalah kadang-kadang tapi tak sekerap dulu. Hahaha! Nama pun newbie kan dalam arena container semua ni. Sekarang nak kata newbie pun tak sangatlah. Dah senior sikitlah kan. Hahhaa! So proud dengan diri sendiri sekarang.

Dan bila dah 'senior' tu, makin bertambahlah kerja. Aku tak mengeluh pun banyak kerja, tapi aku mengeluh bila datang kerja last minutes. Bukan buat aku gelabah je, tapi buat aku lapar secara tiba-tiba. Benda ni serious weh. Aku tak tipu. Aku kalau buat kerja last minute, memang mulut aku non stop cakap lapar, lapar dan lapar. Sebab tu aku tak suka. 

Si #MamatAnnoying1 sukalah bagi aku last minute kerja macam Jumaat lepas. Walaupun lapar, aku hadapi dengan tenang sampai pagi tadi sebab kakak yang handle container tu call tanya kenapa dokumen tak cukup. See! Aku dah bagitau si #MamatAnnoying1 ni tapi dia kata takpe. Kann dah kena kerah dengan aku buat dokumen pagi-pagi. Heheheh.

Dah nak tiga tahun aku dengan WB. Macam-macam jugak aku belajar walaupun ada yang tersasar dari apa yang aku belajar dulu tapi aku tak kisah (mula-mula kisahlah jugak), at least kalau aku kena buat dokumen, aku dah tau kan. Mr Y (our MD) memang suka staff dia tau buat semua benda. Haaa tak sia-sia kena marah masa awal-awal kerja dulu (sekarang pun kena jugak kadang-kadang dengan #MamatAnnoying1 tu)

Jadi, aku sekarang tengah free (sekejap je ni). Nak naik gym kejap lagi dan siapkan apa-apa yang patut sebelum aku sibuk balik.


 Haaa tahun ni tahun sibuk !

February 23, 2015

Adik 6th Birthday !

*this is birthday shout out for my beloved ones*
 
Assalamualaikum.

Kejadian berlaku pada awal Januari lepas. Ye AWAL JANUARI. Birthday adik yang ke 6 tahun. Tarikh sebenar jatuh pada hari biasa, jadi tukar, buat masa weekends. Aku up cerita ni sebab aku tengah rehatkan mata aku dari tengok kertas-kertas artwork atas meje ni. Lepas tu, tengok dalam phone ada gambar, jadi, marilah up kan.

Selain Power Rangers, adik suka Minions jugak. Dan Avengers, Batman, dann salah satu karektor dalam Transformer. Lupa aku nama dia. So pagi tu, ke Tesco Extra Cheras dulu. Cari kek. Jumpalah ...

Minion Cake!
 

 
 
Lepas beli, terus balik Tekali. Celebrate dekat rumah Opah. Adalah adegan-adegan yang mendebarkan dan kelakar. Aku, eh tak, semua orang bantai gelak kau-kau punya. Opah rilek je tidur walaupun kiteorang buat bising sebab gelakkan drama adik. Hahha.



Gilalah. Busu memang pandai berlakon. Adik sampai menangis taknak pergi depan. Hahhaa! Aku pun dah lupa busu acah-acah marah sebab apa. Tapi adik takutlah. Menjurai-jurai air mata kawan. Hhahahah!  
Ni pun memula dia taknak. Sebab malu ke apa, aku tak sure. Tapi dia memang menangis betul-betul okay. Amik masa dia nak berhenti. Awak kelakar dek.




So Happy 6th Birthday my liltle brother yang kuat bebel, yang kuat tengok Ninja Warrior sekarang. Walaupun adik tak baca blog kakak ni, takpe, suatu hari nanti mesti awak baca punya (akak akan paksa!) hahaha!

Lepas tu, hantar Zikri balik asrama. Dia bawak balik setengah kek ni memandangkan takda sape nak makan kek ni. I is tak suka krim minyak, tapi makanlah tapi kurang. Hhehee.

Malam tu makan burger kukus. Sebab aku, adik penggemar burger kan. So ma kata 
malam ni kita makan burger!
Aku apa lagi, excited woii ! Hahaahha.



Bye.

February 17, 2015

CNY15



 

Korang!
Aku akan bercuti dari 
18 hingga 24hb Februari 2015

Jadi,
Aku nak rehat ! Hahahha rehat sangat ~

Selamat Tahun Baru !