February 12, 2015

[RESEPI] Grape Smoothie

Assalamualaikum.

Okay, kalau sebelum ni aku share cara nak buat lemang, kan? Kali ni lain sikit. Aku nak share cara nak baut smoothie pulak. Heheh. Kejadian ni dah lama berlaku. Last month kot? Masa aku cuti demam dua hari tu. Dah tak tau nak buat apa, aku apa lagi, ajak adik buat smoothie lah cite dia. So let's !


Antara bahan-bahan:

Ketulan ais (Ice cube) - depens korang nak letak berapa ketul. Aku pun agak-agak je ni.
Anggur (grape) - Sebab aku takda blueberries, dan ada anggur je, jadi anggur lah aku guna. Korang boleh je guna apa-apa buah. Depends on citarasa masing-masing
Gula - 2 atau 3 sudu dah cukup

 ☺☺ Sepatutnya ada susu tapi kat rumah aku jarang guna susu. So, NO Susu.

Cara-cara:
 


1. Haruslah ada blender ni dulu. 


2. Belah kepada 2 bahagian ye buah anggur ni dan buang biji dekat dalam tu. Tapi in case korang macam malas, nak sebiji-biji pun boleh. Takda hal. As long korang happy.


3.  Masukkan gula. 2 sudu dah cukup sebenarnya. (Kalau korang ada susu, korang boleh masukkan sekali masa ni)


4. Last sekali masukkan ketulan ais. (korang nak masukkan ais ni memula pun boleh. Terpulang)


5. Dan blend lah, nak tunggu apa lagu. Blend sampai dia hancur. Oh, jangan masukkan air ye. Sebab ada ice kan, so kang kalau letak ice, jadi jus pulek ~


6. Sedia untuk dihidangkan. 

Masa yang ditunggu-tunggu.


Sesi penilaian oleh adik. Wa debar masa ni. Hhaha!



Yeahh! Adik suka gila Grape Smoothies ni. Next time nak try yang guna apple
ke pisang ke susu pulaklah. Heheh. Mesti best. 

Selamat mencuba korang !


Thanks to #MamatAnnoying1 for these presents. Gila kau, aku selalu tengok blender ni dekat website. Saja cuci mata, end up dapat hadiah dari orang paling annoying. Hahhaa.

Dan ma, kakak guna buah anggur fav ma. Heheee~ ♥

February 10, 2015

Groom & Bride's Side #FuzaNapi

Assalamualaikum.

Okay, dah lama sangat ni buat korang tertunggu-tunggu. Since aku free menggila sekarang, meh aku update pasal both receptions untuk cousin aku haritu. Dah nak sebulan dorang menikah, aku baru nak update. Sorry. Kekangan masa yang amat dasyat sekali. Hahhaa! So lets!.

Haruslah sampai-sampai kena bergambar dulu. Hahah! So here, my parents (of course)
 

Bertiga jelah, Achik belum sampai masa ni. Adik tah mana-mana ikut cousins dia.

Hahahha! Belum apa-apa dah tamat dah majlis pihak perempuan. Tema adalah biru/purple macam tu. Entah, aku confuse sikit warna tema belah Fuza ni. Hhaha. Tapi managed lah pakai ikut tema. Kihkihkihh. Gambar banyak, tapi kat camera. Dan camera kat Pakndak. Malas aku nak tunggu. So kita letak je apa yang ada. 

My lovely cousins
Finally, tamat sudah majlis pihak perempuan.


Permintaan gila dari pengantin


Dengan gambar adik sebagai penutup majlis dipihak perempuan. Majlis semua berjalan dengan lancar. Hoii lauk tak cukup! Tapi nasib baik semua buat rilek buat peace so lauk tu tetap ada sampai ke penghujung majlis. Heheh. Siap ratah ayam goreng tu. Alhamdulillah. So lets move on to groom's side! 가자! ~~~ (means Let's gooooo ~~ )

☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺

Hi! Majlis pihak lelaki atau majlis bertandang pada 1 Februari 2015.

So apa yang menarik? Okay nak bagitau korang siap-siap bahawasanya gambar tak banyak langsung dekat sini. Banyak dekat camera. Aku malas nak bergambar sebab Ya Allah panasnya Meru! Serious weh, macam nak terbakar kulit. Hahaha tapi takpe, kiteorang steady. Yang heavy make up jelah tak berapa nak steady. Kihkihkih. 

Taufufa dekat majlis orang kawin. Kau ado?!
  
Busu, Ain, Adeeb pun ada!



Dah besar budak ni ..~

Hahahhaha see! Dah tamat dah majlis pihak lelaki. Disebabkan panas, marilah kita melencong sekejap ke Pantai Remis. Hahaha tapi takdalah mandi apa pun. Just cari kerang tapi bukan musim kot, so kerang takda! Ikan banyaklah. So baliklah kita ke Kajang ~



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Dah jadi bini orang budak ni...

January 29, 2015

Asyik sama je. Stress awak!

Assalamualaikum.

Dari semalam sebenarnya aku stress dengan satu benda. Mungkin pada orang lain, benda ni dah biasa terjadi tapi bagi aku NO NO NO !! Aku paling tak suka benda ni terjadi. Kalau terjadi dengan orang tak kenal pun aku dah stress, apatah lagi dengan orang yang aku kenal dan hari-hari jumpa.

Ceritanya, dah dua hari sama warna tudung dengan Dayah. Hak elehh, sama tudung kecoh! Kecoh ah weh. Segan kot. Semalam warna hijau turqoise tapi berbeza dari segi tudung. Harini ha amik kau, maroon dan tudung bawal masing-masing. Lagi aku double stress. 

Aku dah teragak nak whatsapp Dayah tanya warna apa dia nak pakai, tapi aku malaslah sebab tak pernah pulak aku tanya. Haa rasakan Pejah!!!

 

Aku rasa macam nak balik tukar tudung je. Nasib baik rumah jauh T___T

January 23, 2015

Wabak

Assalamualaikum.


 

Sekarang ni aku suka makan donut gula. Semua sebab Bread Talk ada jual donut gula yang lembut menggila. So aku dah addicted. Semalam aku makan satu je sebab tekak pahit. So lagi satu Achik yang makan.

Hari Rabu pagi tu, aku dah mula rasa tak sedap badan. Hari-hari sebelum tu cuma rasa batuk dengan selsema jelah. Oh dengan sengal badan je. Tapi Rabu tu memang aku tak tahan dah sejuk menggigil dekat office so decided pergi klinik panel untuk check. Yeah, dapat satu hari cuti walaupun dah kerja pagi tu.


Minum petang aku. Ubat yang banyak ni, tapi aku makan tiga jenis je. Hahaha! Yang bulat besar tu, tak kuasa aku nak makan. Kalau nak tengok aku muntah ubat tu balik, silalah suruh aku makan. Jadi kita simpan je buat pekasam. Hahaha. Aku bukan takut ubat tapi tekak aku memang tak boleh terima ubat besar-besar pahit ni. Dari aku kecik kot. Memang aku akan muntah balik. Aku makan ubat yang jenis tube atau yang kecik2 tu je. Sebab tak susah nak telan. Huuhuhuh.

Balik klinik, terus amik budak bebel dekat rumah jagaan dia. Terkejut ke apa tah tengok kakak dia amik awal gila! Budak ni aku awal bebel, aku lambat pun dia bebel. Tekak aku masa ni macam teringin nak makan Nasi Ayam. Meh lah cari. Sesambil adik bebel, dia cakap 
Adik: Kakak, haritukan adik makan ayam yang ada masin-masin tu.
Aku: Ayam masin? Semua ayam ada masin letak garam.
Adik: Tak. Yang potong-potong tu.
Aku: Yang sebelah jual pau tu ke?
Adik: Aah!! *suara teruja* 
Aku: So, nak ke?
Adik: yelah *gelak*

 

Okay, aku layankan je sebab aku pun lapar. Kalau aku tak lapar, takda keje nak singgah-singgah lah hai. Balik je dari beli Nasi Ayam dengan ayam potong-potong (which is Ayam Uncle Bob), adik apa lagi, makan ah dengan rakus. Dia bagi aku sikit je ayam dia. Aku okay lagi kalau adik mintak makan. Tak kisah. Yang aku kisah bila dia mintak mainan. Angin aku. Sebab jangka hayat mainan tu takkan lebih satu hari. Kan membazir dah. Adik ohh adik ~~!


Semalam (Khamis) rasa badan tak berapa nak sihat lagi. Jadi aku decided untuk pergi klinik lagi untuk request another mc untuk semalam.

 

First time aku pergi Klinik 1 Malaysia ni. Untuk aku pergi kali kedua, aku akan cakap TAK. Sebab? servis lambat ya ampun. Berjanggut aku tunggu. Lepas tu, sambil check patient, dia boleh main phone. Haishh boleh pulak macam tu. Pastu aku request mc, dia TAK BAGI okay. Dia cuma bagi aku notis yang mengatakan aku ada datang klinik je. Aku tak tau nak menangis ke gembira ke apa. Aku sabar jelah.

Dan harini aku masuk office dekat rasa saki baki sakit kepala dan batuk lagi. Nasib baik kerja tak banyak. So aku rilek dulu sambil update entri ni. Heheh. Oh dan notis klinik aku dapat semalam TIDAK BOLEH GUNA dekat office jadi kena potong cuti aku (kalau ada lagi) Gila sedih! Manager aku semua tanya KENAPA YOU TAK PERGI PANEL? Aku macam boleh ke? saya dah pergi Rabu. Dan dorang kata BOLEH LAH!!

Ok. Aku nak menangis ㅠㅠㅠ

p/s: dapat rezeki semalam. pertama kali. Alhamdulillah.

January 20, 2015

One Fine Day - Jung Yong Hwa

Assalamualaikum.

Finally, another mv is OUT ! 

One Fine Day - Jung Yong Hwa


Embedded image permalink 




Embedded image permalink

I'm happy and proud of this guy :)
Enjoy!

#OneFineDay  #정용화  #어느멋진날