September 25, 2013

AF2013 - Aisyah Aziz (Week2)

 * Iklan tidak berbayar nak lalu sekejap *


Untuk minggu kedua, Aisyah bawa lagu Iris by Awie. Rata-rata semua orang suka kecuali RA. Sampai semua orang bash RA tanya kenapa bila Aisyah, mesti dia bangkang? Hahha. Takpelah, nasihat tu penting. So Aisyah buat lebih bagus okay?


Memang meremang bulu roma masa Aisyah perform lagu ni. Hmm aku pernahlah dengar dia perform sebelum ni tapi takdalah sampai tegak bulu roma. Kira inilah pertama kali aku macam suka tengok dia perform. Hahha. Yelah, dulu masa aku jumpa dia, dia memalu lagi. 
 

So jyah, untuk minggu ketiga yakni konsert Sabtu ni, Aisyah telah diberi tugasan untuk perform lagu Tunggu Sekejap by P. Ramlee. Mengharapkan kelainan dari Aisyah untuk lagu ni. Yelah, kalau Aisyah dapat perform dengan baik lagu ni, tak mustahil dia dapat pujian pulak dari Roslan Aziz untuk minggu ketiga, ye dak? 

Mungkin Aisyah tak dapat perform dengan baik sebab family tak datang tengok? Yelah, orang kata, samangat lain kalau ada family. Umi Fiza kata maybe minggu ni dia datang KL untuk support Aisyah. So mesti semangat tu lain sikit. Heheh. Good Luck, Aisyaah!!


Jom semua pakat-pakat AFUNDI Aisyah ^^
AFUNDI3/5/10/20AISYAH dan hantarkan ke 32777

#TeamEsah #TeamAisyah 

.

KONSERT MINGGUAN

Setiap Sabtu - 9 Malam

AF BUZZ, DIARI AF DAN TGIAF

Setiap Isnin hingga Jumaat – 9 Malam
 
: Credit to Astro Gempak for photo/video

September 24, 2013

#4 Bebelan

Assalamualaikum.

Okay harini dengan semalam agak swing sikit. Tak tau lah kenapa. Mungkin stress bebenor. Nak buat macamano, kerja banyak, tidur macam tak tidur, jadi lah gitu. Dengan semalam balik lambat setengah jam sebab tunggu bos buat double check tapi boss meeting T___________T Jadi orang lain yang check. Kalau tunggu bos jugak, mau pukul 8 malam pun aku tak balik lagi. Sedih.

Balik je, mandi dan buat kerja rumah sikit, terus masuk bilik, tidur. Okay hanya itu yang aku perlu lepas semua orang suruh aku tidur. Terasa nak menangis semalam sebab stress melampau tapi aku kan macho, mana boleh menangis *puihhlah reramai* heheh. So tau-tau dah pukul 5pagi. Takpe aku bukak mata jugak masa ni, tengok phone buat muka terkejut. Banyak sangat notifications! Terus replied email, twitter, wechat, whatsapp, bbm semua bagai lah. Then sambung tidur untuk setengah jam lagi. Tapi masa ni dah tidur-tidur ayam dah sebab once aku dah terjaga, untuk aku tidur lena balik memang payah. 

Ha itu baru cerita semalam dan campur sikit pagi tadi punya cerita. Belum harini punya cerita. Tak tau nak bagi mood apa untuk cerita harini. Rasa panas je. Hahhaha cuaca lately panas kemain oi *lap peluh*

So harini hantar PurWhi kat kedai. Check tayar semua. Haaaaa tayar kena toreh ke amenda ntah. Terkejut kejap sebab tak pernah berdepan dengan situasi macam ni. Bila budak tu cakap pasal tayar pun, aku macam 'err cakap dengan kakak tu' aku refer kat KakNana. Hahhaa sebab aku memang bebal benda-benda macam ni. Cehh kengkonon berhajat nak pakai versys tapi apa pun tak tau. Lallalaaa takpelah, lain kali aku belajar lah. 

Okay aku nak sambung buat artworks balik sambil fikir bila nak amik exam. Apa pun tak baca lagi. Penat. Kesian otak dengan badan aku. Dengan berat badan semakin mengembang dengan sangat berjaya ni. Aku tengah hati panas! Rasa takda kembang memana pun tapi Farah dah tegur, maksu pun dah tegur. KakP je kata badan I tak nampak gemuk. Wakakakaka! Pandai amik hati iolls tau. Hhehehe.

Eh terngomel lebih pulak. Hmm kbai.

September 19, 2013

AF2013 - Aisyah Aziz (Week1)

* Iklan tidak berbayar nak lalu sekejap *

AFUNDI3/5/10/20AISYAH dan hantarkan ke 32777

 

Minggu lepas sempatlah tengok ulangan part Aisyah sebab Sabtu malam tu ada majlis resepsi Kak Ayu. Tapi dapatlah updatekan diri pasal AF ni via Twitter. Sekarang dah mudah. Kalau tak dapat tengok dekat tv, boleh tengok via Youtube takpun Astro On The Go. Eh bolehkan? Tak sure sebab tak pernah cuba lagi. hehe.

So far, tengok Syaa perform okay. No bad. Tapi lagi suka dia nyanyi lagu Hurt. Hahhaa mungkin dah terbiasa since aku sekolah menengah dah dengar dia nyanyi. Masih berharap yang Syaa nyanyi Hurt dalam konsert. Mudah-mudahan :)

So minggu kedua, Syaa akan perform lagu Iris oleh Awie. Harap Syaa dapat buat yang lebih bagus dan tunjuk pada RA yang Syaa bukan masuk AF sebab rupa tapi sebab ada bakat yang perlu ditunjukkan kepada masyarakat.

So good luck girl !

 
Jom semua pakat-pakat AFUNDI Aisyah ^^
AFUNDI3/5/10/20AISYAH dan hantarkan ke 32777

#TeamEsah #TeamAisyah 


.

KONSERT MINGGUAN

Setiap Sabtu - 9 Malam

AF BUZZ, DIARI AF DAN TGIAF

Setiap Isnin hingga Jumaat – 9 Malam

Satu hari di Putrajaya

Assalamualaikum.

Auuuuucaakkkkkk !
 

Pagi-pagi dah gomol budak kecik ni. Rasa nak cubit-cubit je, pipi dia uishh tembam sangat ! Ni memang gambar fresh ala-ala baru keluar oven tau. Pagi tadi punya gambar sebelum Adeeb keluar. Adeeb ni suka benau keluar naik motor ke kereta ke apa lah. Walaupun dah empat bulan umurnya tapi dia dah faham apa yang kita cakap. 

Macam opah cakap semalam, busu (Ibu Adeeb) kata kalau nak ikut amik kakak dekat sekolah, Adeeb kena tidur. There you go, Adeeb tidur okay! Then masa busu nak amik Ain, Adeeb terjaga merengek sebab nak ikut. Hahahha pandai budak kecik ni. 

Nama glamer dia Adeeb Marcello. Tak tau kenapa ada Marcello dekat belakang. Ma yang panggil macam tu, sekarang semua ikut panggil Adeeb Marcello! Kalau nama tu lekat sampai besar, orang mesti ingat tu nama dia walhal nama betul dia Adeeb Ismail. Herherherr.

Ha ni Sabtu lepas punya cerita. Ye lama lah jugak. Dah nak masuk Sabtu untuk minggu ni pun. Heheh takpe korang dah biasakan dengan cerita lambat dari aku en? So terimalah aku dengan seadanya. Cewahhh . pffttt!

Okay Sabtu lepas aku pergi tengok Backyard Monster & Dinosours dekat Pusat Marine, Putrajaya. Best lah buat gelak-gelak sendiri. Hhehe. Anw gambar memang takda dekat aku, once gambar ada, baru aku update sini eh?

La ni aku nak cerita malamnya. Attending Kak Ayu's reception dekat Taman Botani, Putrajaya. Maka satu hari Sabtu tu memang aku dekat Putrajaya. Takdalah dari pagi sampai malam. Aku balik rumah jugak, tengok tv then malam baru datang balik.

Meriah oi! Macam-macam seleksi makanan ada. Ada lauk untuk makan dengan nasi minyak dan ada untuk makan dengan nasi biasa jugak. Banyak pilihan! Ni pun gambar ada kat tab/camera ma. Kat fb, ma dah upload. Tapi biasalah, aku kan bangsa pemalas nak download so nanti jelah aku up satu entri gambar je. heehheh.
 

Dapat biskut oat ni masa pergi resepsi Kak Ayu. La ni tinggal satu dalam laci. Perghh kenyang makan ni. Padahal dah set dekat otak yang aku nak diet tapi end up, diet ntah mana, makanan jugak aku cari. Booooo reramai dekat aku T_____T

okbai.

September 10, 2013

Cruise Tasik Putrajaya

Assalamualaikum.

Pagi Sabtu lepas, aku ada up satu entri mengatakan yang aku bosan sebab duduk rumah dan berkemungkinan akan keluar pada sebelah petangnya kan? Ishh, jangan manja sangat boleh tak? Cer scroll ke bawah, mesti jumpa. Herherherr.

Maka pada petang itu, bergeraklah kita ke Alamanda untuk cuci mata sambil tunggu busu and the family. Then busu kata nak naik cruise, jadi haruslah call besprengg kan? Tanya harga dan buat reservation semua, jadi tak sampai setengah jam dekat Alam, terus gerak pegi Cruise pulak. Sebab nak kejar pukul 6 petang punya pasal. Dah lah mendung, hujan bakal turun bila-bila masa je masa tu.

Berlari berkejaran lah memasing kan. Yang si Farah, dah whatsapp tanya dekat mana sebab cruise nak gerak. Jangan risau, kami on time (kadang-kadang) hahaha! Dah bayar semua, jadi moh ler kita merentasi tasik di Putrajaya tu. Fyi, ini kali kedua aku naik tapi berlainan cruise. Cruise yang ada makanan je belum naik lagi ...




Kali kedua.
 

Meghiahhh!
 



Trip cruise kali ni, Achik dengan Baba tak join. Achik tak balik rumah dan baba kerja.
 


Cousin dari Kedah baru sampai pagi Sabtu. 
Abang dia taknak folow, so duduk rumah sorang-sorang.





Info.

Cruise Tasik Putrajaya (CTP)

 

.: Operating Hours :.

Monday - Thursday
10.00am-6.00pm
---------------------------
Friday - Saturday
10.00am-8.00pm
---------------------------
Sunday
10.00am-7.00pm
---------------------------
Email: sales@cruisetasikputrajaya.com
Facebook: cruisetasikputrajaya
Phone: (603) 8888 5539
Fax: (603) 8888 3769

Harga tiket untuk korang ushar.







September 9, 2013

Aisyah Aziz #AF2013


Aisyah Aziz, 19, Singapura

Aisyah menjadi pilihan aku untuk up di belog sempena AF2013 ni.
Jangan lupa AFUNDI AISYAH ye anda, anda dan anda semua!


Akan update tentang Aisyah Aziz atau Syaa atau Esah dari semasa ke semasa :)

Remember, 

AFUNDI3/5/10/20AISYAH dan hantarkan ke 32777


anw Tahniah kepada 12 orang pelajar AF2013 !


.

KONSERT MINGGUAN

Setiap Sabtu - 9 Malam

AF BUZZ, DIARI AF DAN TGIAF

Setiap Isnin hingga Jumaat – 9 Malam