April 23, 2012

Gadis Semasa

Korang yang baca tajuk tu janganlah ingat ku nak post lirik lagu Yuna eh. Kalau nak jugak lirik lagu tu, pergi je search dekat Pakcik Google, eh. Sebenarnya nak update pasal majlis perkahwinan Exclassmates masa sekolah dulu, Siti Nooramalina atau lebih mesra dengan panggilan Emy.

Hampir sebulan dah majlis ni berlaku tapi memandangkan masa pergi wedding ni, tiada perasaan untuk bergambar maka tergendala lah post ni. HAHAHA! Minggu lepas baru berkesempatan untuk membelek profile-profile kawan yang pergi wedding Emy haritu, dan akhirnya ku menjumpai gambar gadis-gadis semasa.



Mari saya kenalkan anda dengan mereka. Dari kanan SabrinaHamed, PinaMusa, Faizahazmi dan AmyAmir. Kiteorang actually tak plan pun pakai colour sama on that day. Masing-masing macam ‘eh macam plan ah kita?’ hahahah!

For those yang tak berapa nak mengenali kami, SabrinaHamed, PinaMusa dan Faizahazmi adalah rakan sekelas masa sekolah dulu ye. SabrinaHamed juga satu kolej dengan saya tapi dia dekat Selayang, while me dekat Banting sana, disebabkan kami berlainan bidang :) PinaMusa pula belajar di PTPL, Shah Alam. Eh lupa, AmyAmir pula exroomate masa last sem haritu ;D

Anw thanks Amy sebab sanggup ni dari KL datang Kajang semata-mata nak teman Kak Fe pergi wedding kat Putrajaya ni dan sanggup hantar pergi tempat Kak Fe niaga pulak lepas tu. Thankssss a lot sistaa! Nasib kita tak sesat -_-

April 21, 2012

Pefumes

Assalammualaikum.
Tiada mukadimah panjang-panjang untuk entri kali ni. Cuma nak bilang dekat uolls, yang Faizahazmi sekarang jual perfumes ni. 100% HALAL. plus ia murah dan tahan lama.

Secret Man
Lovely
SOFT
Champion Black

RM18

AL-REHAB
- Sandra
- Victory
- Red Rose
- Champion
- AL-NOURUS

RM15


POCKET SPRAY = RM15

100% HALAL.

Hubungi saya, faizah.azmi@yahoo.com
Like page PERFUMES

April 16, 2012

Hujung Minggu

Apa perasaan korang bila dapat tengok hasil kerja korang diterima orang? Gembira? Teruja?

Bila Busu minta suruh buatkan Business card dia akhir bulan lepas, rasa macam takut nak buat. Yelah businesscard untuk diri sendiri pernahlah buat, tu pun untuk pameran final haritu. Kira Busu punya card ni officia

l lah, sebab dia kan ejen Etiqa. So berminggu-minggu jugaklah amik masa untuk buat padahal satu hari boleh siap. Hehee. Dan akhirnya Jumaat lepas, hantar pergi printing, dan Sabtu petang BaMa amik, dan bila malam akhirnya dapat tengok hasilnya. Wahh! Macam teruja gitu. Rasa nak tunjuk dekat semua orang yang beli barang kat situ. HAHAHAHA!


Oh dua hari meniaga, penat gila! Sebelum ni meniaga sampai petang je, dua hari lepas meniaga sampai malam. Seriously penat tapi best. Hari Sabtu asyik kena perli dengan itu budak Sepet. Kurang ajar sungguh!

Ahad, pagi je kena perli, then lepas bagi pendrive dekat budak sepet, dia sudah tidak malu-malu lagi. Hahaa! Oh dia belanje breakfast Twiggies. Nak bagi benda ni pun malu-malu.

Apalahhhh -_-

Lepas dia dah tak malu, terus dia amik peluang untuk chill bersama kakak dia yang poyo ni. Hahaha! Kerana dia sudah puas perli Faizahazmi pada hari Sabtu, maka semalam Faizahazmi telah berjaya membalasnya dengan beberapa tumbukan maut pada lengan dia. hahaha! Dek, akak kuat en? Heee~

Anw thanks Solleh sebab buat akak gelak dua hari ni :) You really make myday,dek. Thanksssssssssssssssssssssssssss !

Ok gelagat adik bila pakai spec retro Opah. Hahaha! Kelasss adik !@#$%^&*

April 12, 2012

Broga Hill

Assalammualaikum...

Akhirnya sampai jugak di puncak Broga tu walaupun dah plan bulanBULANbulan lepas -_- Asyik tertangguh je, end up semalam baru pergi. Tu pun sebab semua cuti dan haruslah plan ni dilaksanakan. Takkan nak tunggu next pertabalan, baru nak naik Broga ni kan?


Semalam sempena Hari Pertabalan Agong, kita-kita pergilah Broga dengan dua kereta. Ada MaBa, Busu, Paksu, Cousins dan Faizahazmi :) aku boleh cakap saya je kan? Hey. 6.30 pagi dah gerak Semenyih, sampai around 7 lebih. Gerak otot semua supaya otot tak kena kejutan budaya atas bukit tu. Hahahaa!













Akhir sekali, hilangkan dahaga dengan minum air kelapa pandan fresh ! actually ku panas hati dengan aunty ni sebab dah lima kali ku minta ais, dia buat bodoh je. Nasib lah ku ni seorang penyabar, kalau tak, dah bakar dah meja kerusi yang macam nak reput tu. Hahahaha! Kau jahat!






Ingatkan kita-kita orang paling awal, tapi ada orang lagi awal dari kita-kita. Sangatlah ramai dan banyaklah kereta, kira sesak jugaklah masa nak mendaki tu. Dengan berbekalkan semangat ala-ala berjuang demi negara tercinta, akhirnya sampai jugak. Walaupun tak sampai yang paling puncak tapi kira berjaya jugaklah. Hujan eh tetiba, tu pasal tak teruskan pendakian tu. Masa nak mendaki tu, dah cuak habis, sebab? Cerun plus saya ni seorang yang gayat eh kadang-kadang je -.-

Beberapa kali jugaklah give up tapi tengok semangat Aliff, yelah walaupun dia budak-budak tapi takda pun dia merungut penat bagai. Rasanya dia lah paling bersemangat sekali. Dah naik, turun balik, lepas tu naik dan turun balik. Paling kesian dengan baby yang dibawa oleh ibu-ibu mereka. Baby tu tidur lagi, cubalah bayangkan siIBU tergelecek, baby tu macamana? Hey fikirlah wahai ibu-ibu sekalian. Tengok dah ceramah free. Ishh.

Lepas dah sampai puncak, pose sana pose sini dekat timbunan orang yang masyaallah ramai nya. Dah puas pose, azab kedua ialah nak turun bukit. Ini rasanya paling mencabar, walaupun ada tali dekat situ tapi macam takda function je? Orang main tarik-tarik macam nak tercabut kayu untuk tali tu. Wa betul-betul hati panas masa tu.

April 9, 2012

Social Network

Assalammualaikum.

Memandangkan zaman sekarang ni zaman berteknologi tinggi, maka tidak hairanlah jika nenek-nenek, atok-atok kita dekat kampung tu pakai Facebook atau Twitter atau lain-lain sosial network. Bila ditanya “nenek ada facebook?” maka dijawablah pertanyaan itu “ada, apa kau ingat kau je ada? Aku pun nak cari kawan-kawan masa muda-muda doluu!” Terus siCUCU gelak guling-guling sampai halaman rumah jiran sebelah. KAHKAHKAH! Amboii kelas siNENEK :]

Actually bukanlah nak cerita pasal atok, nenek, jiran sebelah punya adik punya pakcik punya facebook or etc tapi korang pernah dengar Blaving? Just find out last week :)

Blaving.com macam Twitter sebenarnya. Walaupun page dia serabut macam lalang dekat belakang kedai Cik Din tapi ramai jugaklah yang register aku yang lambat sebenarnya :D

Yang membezakan Blaving dengan Twitter ialah di Twitter kita update Twit dengan menaipkan? Tapi di Blaving, kita update status dengan menggunakan suara kita. Ibarat macam uolls cakap sorang-soranglah. Uolls boleh nyanyi terus dekat situ, macam sesetengah artis buat padahal baru dengar AfiqHakimAhmad nyanyi lagu Ombak Rindu -.-

So for those yang suka bercakap dari berkata-kata, korang should try Blaving. Its gonna be fun! Lepas ni kalau terasa nak merepek, terus je update dekat Blaving. Tak payah buat vblogs pastu satu kerja lagi nak upload dekat Youtube. Remeh !@#$%^&*

Cepat-cepat, Blaving.com ya teman-teman

Follow Faizahazmi at Blaving.com excited tunggu followers

Bulan

Oh bulan, enggan melayari diriku lagi, pabila air mata membasahi pipi .... At night when the stars, light up my room, I sit by myself, Talking to the Moon, Trying to get to You, In hopes you're on, the other side, Talking to me too, Or am I a fool, who sits alone, Talking to the moon...

Tetiba lagu Yuna dengan Bruno Mars pulak kan? So bukan Yuna dan Bruno Mars je suka bebual dengan bulan tau, yes me too !

Terlalu banyak cerita suka, duka, panas, gosip telah ku ceritakan pada siBULAN. Walaupun siBULAN hanya mendengar tanpa berkata tapi itu sudah cukup membuat ku rasa lega.

Tapi semalam, ku perlukan siBULAN. Menunggu ditepi jendela seperti hari-hari biasa, memanggil namamu tapi hampa, siBULAN tidak juga kelihatan :(

Alangkah bahagia jika siBULAN dapat membaca isi hatiku sekarang. Bulan, benarkan ku tidak layak untuk mendapatkan yang terbaik dari seseorang? Benarkah itu, Bulan?

Semangatku hilang, sudah lebih 24 jam ku tidak melelapkan mata demi mencari jawapan yang sesuai. Apa yang aku sedar sekarang, mungkin benar apa yang diucapkan oleh seorang Hamba Allah itu. Terima kasih kerana menyedarkan ku.

Bulan, ku perlukan kau ......