December 31, 2021

Good Bye, 2021. Hello 2022 🌸

  

 
2020 & 2021 has been tough year for all of us kan?
 
Assalamualaikum.
 
Soalan basic, adakah impian dan azam korang tercapai tahun ni? Share with me!
 
Untuk aku, ada yang tercapai dan ada yang tak. Rasanya yang tak tu, korang sendiri boleh tahu apa kan? HAHAHAHA. Ya ya, mision nak kurus tu. Entahlah eh, bila nak sedar diri pun tak tau lagi. Hahahaha. 
 
Jadi, jom recap apa yang terjadi dekat aku sepanjang tahun ni. Lets!
 
Januari
 
 
Setelah 2 tahun 24 hari, alhamdulillah selamat menjadi seorang isteri yang awesome untuk seorang FANS. HEHEHEHE. Outfit yang kiteorang pakai masa sanding ni lah paling menguji kesabaran. HAHAHAHA. Kalau ikutkan warna asal adalah baby blue tapi tu lah, kalau tailor ikut tekak dia je alter, tak boleh jugakkan? Sampai aku tak tahan, nangis depan ma baba. Frust nya tu sampai tak terluah. We ended up sewa dengan bridal lain untuk baju. Alhamdulillah went smooth and ikut size kiteorang yang unik ni 😎
 
Oh Happy 12th Birthday, Adik. Paling drama dihari kejadian sebab birthday and nikah on the same date. HAHAHAHHA.

Februari
Since kiteorang takda honeymoon, so we decided untuk staycation je kat Bangi. Saja nak menghabiskan sisa cuti yang memang sikit tu. HAHAHAHA

Mac
Happy 52nd Birthday, Ibu!
Happy 50th Birthday, Ma!

April
Our first puasa together and just two of us :)

May
 
 
 
Jun
Happy 30th Birthday to me and I'm vaccinated!
 
July
 Happy 57th Birthday, Baba!
Happy 21st Birthday, Zikri!
 
Dan disebabkan kena quarantine masa ni, terpaksalah beraya haji berdua je dekat rumah. Gigih belajar buat rendang daging. Fuhh sedap siot! HAHAHAHA
 
Ogos
Happy 29th Birthday, Achik!
Fully Vaccinated and food hunting. Kenyang gue malam tu.
 
September
Semua orang dah start bercakap "eh gemuk sekarang?!"
and welcoming on board, Zahirah and new cousin!
 
Dikala gembira, ada kedukaannya. Tengah happy-happy cousin aku nak majlis on 09/09, nenek pergi meninggalkan kami semua on 08/09. Innalillahiwainnailaihirojiun buat arwah nenekku, Hajah Siti Mariam Binti Wagio. Rindu nenek 😭
 
Oktober
Back and forth KUL-JHB untuk urusan paduka baginda FANS. 
Welcoming on board, Akhim and again, new cousin!

November
Our first flight together 😊

December
Banjir teruk sekitar lembah klang dan diikuti dengan negeri-negeri sekitar.
Langat banjir teruk gais. Sampai sekarang pun masih ada baki-baki banjir sepanjang jalan Hulu Langat ni. Berdebu jangan cakap. Semoga semuanya kembali seperti sedia kala. Insyaallah

 
Source: Twitter
 
Semoga urusan kita semua dipermudahkan.
Take care & Stay safe, everyone ❤


Thank you for the great and awesome memories.
2021, you will be remember as part of my wedding year jelah πŸ˜›
lain takda ye cos we duduk rumah je separuh tahun ni. Boring tau tak.

Other than that, semoga tahun 2022 membawa sinar kebahagian, rezeki yang bertambah-tambah, melimpah ruah dan sihat-sihat hendaknya. Amin.

December 21, 2021

Banjir Teruk!

Assalamualaikum.

Seperti yang semua orang maklum, negera kita dilanda bencana yang bagi aku sangat teruk untuk kali ini. Dimulai dengan hujan lebat pada petang Jumaat dan Sabtu, disudahi dengan banjir teruk lewat petang Sabtu. Walaupun Sabtu tu hujan on off, kejap lebat, kejap berhenti dan akhirnya membawa ke banjir yang tenggelamkan banyak kawasan sekitar KL/Selangor terutamanya.

Hulu Langat, Shah Alam, Klang, Masjid Jamek dan sekitar, jangan cakaplah ...

Kalau sebelum ni Hulu Langat pernah experienced banjir, tapi kali ni 2x atau 3x atau mungkin lebih dasyat than the previous one. Habis semua. Kawasan dalam macam Dusun Tua, Sg Lui terus takda coverage. Jalan pecah. Ya Allah. Kesian.

Dekat Nanding, Sg Serai pun sama. Banjir naik sampai atap rumah. Petronas separuh tenggelam. Kegilaan apakah itu? Masyaallah. 

Alhamdulillah getting better. Banjir dikawasan depan Hulu Langat dah surut. Tapi tidak pasti kawasan dalam seperti Dusun Tua, Sg Lui dan lain-lain. Rasanya dah surut jugak tapi yang pasti masih tiada coverage, api dan air dikawasan tu. Allahu.

Aku dah masuk kerja dari Isnin (semalam), bila otw nak pergi office tu, tengok kiri dan kanan jalan, masyaallah menggerunkan. Macam orang katalah, "macam kena Tsunami langat ni..". Betul weh. Teruk sangat. Bila pagi jalan tu dah kering, kalau ada basah pun, tak semua kawasan. 

Tapi bila aku balik rumah semalam (aku duduk luar langat sekarang, family je masih di Langat), jalan jem teruk dengan NGO's, Bomba, Bernama, Volunteer .. kiri dan kanan penuh dengan kereta, lori, 4x4 semua lah. Dan jalan pun dari kering jadi basah teruk. Berlecak. 

Yang bawak motor pun kena berhati-hati bila lalu kawasan berlecak, berlumpur tu. Bahaya sangat-sangat.

Itu baru kat Hulu Langat. Tempat lain aku tak sure sebab tak ada dekat situ kan.

Kalau kawasan rumah aku pulak, banjir dekat jalan masuk dan mengakibatkan jalan raya tu pecah je. Lain-lain, aku tak sure sebab aku tak tengok pun. Jalan rosak pun aku tau dari FB and aku lalu jalan tu hari-hari.

Other than that, take care and stay safe guys!

November 22, 2021

Our First Flight Together ✈️

Assalamualaikum.

While watching Red Notice / Central Intelligence, rasa macam nak update blog FANS last minute interview di Johor. Yang menariknya trip kali ini, kiteorang decided untuk naik flight instead of longggg driving. OMG, our first flight together. Hehehe


Sebelum start our journey, macam biasa, kita buat saliva test dulu. Benda ni dah jadi aktiviti wajib setiap kali nak balik Tekali, Johor, office atau mana-manalah yang ada ramai orang. Remember guys, sayangilah diri anda :)


Around 12pm sampai rumah Kaklong sebab nak tumpang park kereta. Sepertimana yang semua orang tau, park dekat airport adalah mahal namati ye. HAHAHA. Anw thank you Kaklong and AbgF sebab hantarkan ke airport. Walaupun pada asalnya kiteorang dah booked grab, lahhhhhhhh kena marah dengan kaklong πŸ˜…hehehe


Beginilah keadaan didalam airport ye, in case korang lupa. Hehehe gurau! Disini lah bermulanya cerita yang paling seram dalam sejarah aku naik kapal terbang (walaupun baru dua kali naik kapal). Kiteorang hampir tertinggal flight ye. OMG nervous dia jangan cakaplah weh. Barcode tak boleh detected. Fuhh, staff suruh queue untuk re-print ticket and sampailah dekat FIDS tu keluar BOARDING dekat flight kiteorang. Masa tu FANS dah tak tentu arah. Dia pergi balik dekat staff and bincang. Ended up, kiteorang berjaya untuk re-print ticket tu.


Lepas je re-print, kiteorang terus check in dan bermulalah explore race seorang Faizah dan FANS ke gate J8. Lari sampai tak cecah lantai weh. Sekali sampai J8, haa korang tengoklah gambar atas ni, semua tengah relax, chill sambil main phone dan berborak. Jadi, apa function kiteorang menggelabah kat atas tu? Penat dia jangan cakap, semput weh! Geram tapi dalam masa yang sama, bersyukur sebab kiteorang finally dapat boarding. Alhamdulillah.


My precious view 😍


Alhamdulillah selamat sampai dengan penuh bergaya 😜


Welcome to Senai/Kulai.
Thank you Mama Ayah pickup kiteorang walaupun Mama Ayah busy dengan budak sekolah. Aktiviti hari pertama di Kulai adalah tiada. Hahaha memang melepak dekat rumah je, berborak pasal baju raya and stuff dengan Mama Ayah while FANS study lah apa lagi. Member nak interview kan. Rasa pelik bethoooool bila ada interview on Sunday.

Sunday time!


Sebab kat rumah takda orang, aku ikut FANS pergi interview. Plan asal while FANS interview aku nak jadi tourist lah. Jalan-jalan sekitar situ, so ni first gambar aku ambil lepas keluar dari parking kereta. Memandangkan perut aku sakit, aku masuk Galleria. Weh kedai dalam tu, tak bukak lagi weh. HAHAHAH. Oh kecuali UTC je bukak. Orang beratur panjang yeeeee. Around 10am, aku dapat whatsapp, FANS dah setel interview. Fuhh cepat gila. Tak sempat nak jadi tourist. HAHAHHA.


On the way balik, FANS bawak jalan-jalan. Lalu Stulang, teringat memori pernah datang sini tahun 2017 SEBELUM kenal FANS lah of cos. Then seberang tu kan dah Singapore, terus tagged Erin kat sana. Hehehe. Pelik betul lah rasa, balik Kulai, Erin takdaaaa ..


Hari Ahad yang panas dan mendebarkan. Hehehe

Isnin ...

Ready to take off > KLIA2

Took Grab dan boarding untuk balik KL. Alhamdulillah sampai KLIA2 jam 12.20pm dengan selamat dan kelaparan. Muehehehe. Lunch dengan Kaklong and AbgF dekat foodcourt sebelum pulang ke rumah.


Maka berakhirlah sudah our weekend di Johor/Kulai. Perasaan happy sebab finally dapat lagi naik flight selepas experience aku yang pertama tahun 2018 ke Vietnam.

Jadi, next kemana? HAHAHAHA
Semoga takda lagi PKP etc semua tu, so kite semua boleh terbang jalan-jalan.

p/s: lama tak typing panjang camni 😊

November 14, 2021

Weekend HotHot

Assalamualaikum.

Weekend with the fam macam biasa. Santai-santai depan pintu sambil ambil mood nak check in toilet 😁


Panas kan cuaca? Sangat!

Anw, Selamat Pengantin Baru to our youngest , Erin & Akhim. Next month sanding-sanding pulak. Semoga ada rezeki kita semua untuk kesana, Insyaallah.

oh tidak lupa to my cousin, Ecah & Azrul. Selamat Pengantin Baru! 

Selang sehari je majlis nikah both pasangan. Alhamdulillah selamat semuanya.

October 26, 2021

Take care, Erin ❤

Assalamualaikum.

Tbh, kiteorang yang kat KL ni (FANS and I) macam sedih lah sebab tak dapat hantar Erin pergi SG. 

Alaaa SG je pun, nanti baliklah dia ..

Masalahnya, bila dia balik pun belum tahu lagi. Tunggu border bukak baru balik kot.

FANS dah sebak, dengan tengok video kat group, dengan Erin whatsapp dia. Bertabah ye ..

Hmm lepas dia whatsapp aku, dengan aku sekali join sebak. 

Kiteorang dah cari tiket flight return harini tapi takda. Kalau ada pun, seperti tak bagi kiteorang naik. Hahahah

KUL > JHB - 9am , JHB > KUL - 8.30am

Eh peninglah kita masa tengok schedule tu.

Oh, mungkin sekarang Erin dah sampai hotel dan memulakan quarantine beliau.

Aku at first macam "eh cepatnya sampai?" dalam hati, lepas tu lupa, dia pegi SG je pun. Bukan London ke NZ ke? hahaha

To Erin, 

Selamat menempuh kehidupan baru tidak lama lagi. Selamat menikmati hirupan kopi berdua yang pertama tidak lama lagi. Mueheheh. Jumpa nanti bila dah border dah bukak ye. Gonna miss our lepak depan tv tengok 90 Day Fiance dan jangan lupa keep on diet ye πŸ˜‚Take care


September 6, 2021

BabyZ finally here!

Assalamualaikum.

Welcoming on board, BabyZ on last Thursday. Alhamdulillah Syaz selamat melahirkan seorang baby girl yang comel dan persis mama dia. 

Makngah is sooooo excited, babygirl! 😍

Dah, tu je aku nak update. 

Khamis ni turn cousin aku pulak kahwin. Wuuu cousin baru 😎