Assalamualaikum.
Seperti yang semua orang maklum, negera kita dilanda bencana yang bagi aku sangat teruk untuk kali ini. Dimulai dengan hujan lebat pada petang Jumaat dan Sabtu, disudahi dengan banjir teruk lewat petang Sabtu. Walaupun Sabtu tu hujan on off, kejap lebat, kejap berhenti dan akhirnya membawa ke banjir yang tenggelamkan banyak kawasan sekitar KL/Selangor terutamanya.
Hulu Langat, Shah Alam, Klang, Masjid Jamek dan sekitar, jangan cakaplah ...
Kalau sebelum ni Hulu Langat pernah experienced banjir, tapi kali ni 2x atau 3x atau mungkin lebih dasyat than the previous one. Habis semua. Kawasan dalam macam Dusun Tua, Sg Lui terus takda coverage. Jalan pecah. Ya Allah. Kesian.
Dekat Nanding, Sg Serai pun sama. Banjir naik sampai atap rumah. Petronas separuh tenggelam. Kegilaan apakah itu? Masyaallah.
Alhamdulillah getting better. Banjir dikawasan depan Hulu Langat dah surut. Tapi tidak pasti kawasan dalam seperti Dusun Tua, Sg Lui dan lain-lain. Rasanya dah surut jugak tapi yang pasti masih tiada coverage, api dan air dikawasan tu. Allahu.
Aku dah masuk kerja dari Isnin (semalam), bila otw nak pergi office tu, tengok kiri dan kanan jalan, masyaallah menggerunkan. Macam orang katalah, "macam kena Tsunami langat ni..". Betul weh. Teruk sangat. Bila pagi jalan tu dah kering, kalau ada basah pun, tak semua kawasan.
Tapi bila aku balik rumah semalam (aku duduk luar langat sekarang, family je masih di Langat), jalan jem teruk dengan NGO's, Bomba, Bernama, Volunteer .. kiri dan kanan penuh dengan kereta, lori, 4x4 semua lah. Dan jalan pun dari kering jadi basah teruk. Berlecak.
Yang bawak motor pun kena berhati-hati bila lalu kawasan berlecak, berlumpur tu. Bahaya sangat-sangat.
Itu baru kat Hulu Langat. Tempat lain aku tak sure sebab tak ada dekat situ kan.
Kalau kawasan rumah aku pulak, banjir dekat jalan masuk dan mengakibatkan jalan raya tu pecah je. Lain-lain, aku tak sure sebab aku tak tengok pun. Jalan rosak pun aku tau dari FB and aku lalu jalan tu hari-hari.
Other than that, take care and stay safe guys! ❤










![]() |
| Ready to take off > KLIA2 |

Assalamualaikum.
Weekend with the fam macam biasa. Santai-santai depan pintu sambil ambil mood nak check in toilet π

Panas kan cuaca? Sangat!
Anw, Selamat Pengantin Baru to our youngest , Erin & Akhim. Next month sanding-sanding pulak. Semoga ada rezeki kita semua untuk kesana, Insyaallah.
oh tidak lupa to my cousin, Ecah & Azrul. Selamat Pengantin Baru!
Selang sehari je majlis nikah both pasangan. Alhamdulillah selamat semuanya.
Tbh, kiteorang yang kat KL ni (FANS and I) macam sedih lah sebab tak dapat hantar Erin pergi SG.
Alaaa SG je pun, nanti baliklah dia ..
Masalahnya, bila dia balik pun belum tahu lagi. Tunggu border bukak baru balik kot.
FANS dah sebak, dengan tengok video kat group, dengan Erin whatsapp dia. Bertabah ye ..
Hmm lepas dia whatsapp aku, dengan aku sekali join sebak.
Kiteorang dah cari tiket flight return harini tapi takda. Kalau ada pun, seperti tak bagi kiteorang naik. Hahahah
KUL > JHB - 9am , JHB > KUL - 8.30am
Eh peninglah kita masa tengok schedule tu.
Oh, mungkin sekarang Erin dah sampai hotel dan memulakan quarantine beliau.
Aku at first macam "eh cepatnya sampai?" dalam hati, lepas tu lupa, dia pegi SG je pun. Bukan London ke NZ ke? hahaha
To Erin,
Selamat menempuh kehidupan baru tidak lama lagi. Selamat menikmati hirupan kopi berdua yang pertama tidak lama lagi. Mueheheh. Jumpa nanti bila dah border dah bukak ye. Gonna miss our lepak depan tv tengok 90 Day Fiance dan jangan lupa keep on diet ye πTake care ❤
Welcoming on board, BabyZ on last Thursday. Alhamdulillah Syaz selamat melahirkan seorang baby girl yang comel dan persis mama dia.
Makngah is sooooo excited, babygirl! π
Dah, tu je aku nak update.
Khamis ni turn cousin aku pulak kahwin. Wuuu cousin baru π