October 2, 2013

Wordless Wednesday - Pesanan Orang Bijaksana


^__^

AF2013 - Aisyah Aziz (Week3)

* Iklan tidak berbayar nak lalu sekejap *

AFUNDI3/5/10/20AISYAH dan hantarkan ke 32777

Mulai minggu ketiga hingga minggu terakhir insyaallah, konsert berlangsung pada hari Ahad ye wahai peminat Akademi Fantasia :) Jangan pulak, hari Sabtu korang tercongok depan tv. Memang takda pape lah selain drama/telemovie dekat Ria tu. ok?

Minggu ketiga, Aisyah dapat lagu Tunggu Sekejap by P.Ramlee, diberikan oleh Mr Inspirer Faizal Tahir. Well aku lagi suka bila tenaga pengajar yang beri lagu kepada pelajar sebab mereka kan pakar dan tau apa yang sesuai dengan suara pelajar-pelajar. Ada juga pengkritik yang berpendapat begitu. Dan ada pengkritik (terlupa sapa yang cakap actually. hehe) cakap 'Jangan ingat lagu yang kita suka, sesuai dengan tone suara kita. 

Kebanyakkan lagu yang dinyanyikan pada Ahad lepas, rata-rata sesuai dengan tone suara para pelajar. Adalah sorang dua yang pengkritik rasa lagu tu tidak sesuai. Tapi kita sebagai "juri media sosial' ni (sukati aku lah nak gelarkan diri apa) mana kita rasa sedap didengar, kita puji. Mana yang kelaut, kita nasihat terus pada pelajar menggunakan # memasing.

Jadi untuk konsert minggu ketiga, rata-rata para pelajar memberikan persembahan yang biasa saja. Walau bagaimanapun, tak semua pelajar memberikan persembahan yang tidak bertenaga. Contohnya Irmisa, membuat persembahan pembukaan dan sangat wow bagi aku. Padahal tiap minggu pun persembahan mereka gini (sambil tunjuk thumbs up). Okay kecuali 1st concert. Sebab arrangement muzik macam ... krik krik krik ...

Untuk persembahan paling malas bagi aku adalah persembahan Nabila. Huh! Aku sebenarnya masih terfikir, macamana dia boleh ada dalam tu walhal aku rasa dia menyanyi macam main-main. Pelik. Tapi itulah Akademi Fantasia :) Aku masih mengharapkan sesuatu yang wow dari Nabila. Insyaallah suatu hari nanti mungkin?

Yang lain, just okay. Azhael dengan masuk awal, Iman dengan Noktah Cinta nya, Indah dengan Pelitaku. Dan adik aku mengharapkan ada rap masa Indah nyanyi lagu Zur Eda ni. Suhada dengan Belaian Jiwa diiringi dengan gambarnya bersama Aisyah.


So untuk Aisyah, aku tetap rasa yang last week(week 2) much much better dari minggu ni. Sebab entahlah. Mungkin sebab kita dah dengar Getaran Jiwa pada awalnya. Mungkin Aisyah terlalu happy dengan melihat seluruh ahli keluarga datang? Hanya dia saja yang tau. Eh cehh :p Anw aku tetap nak dengar dia nyanyi lagu Hurt. Tak kira! Mihmihmihh.

Minggu ke 4, Aisyah akan perform empat lagu. 
Solo: Hanya Aku - Hyper Act
Lagu Bonus: Tak Tahan Lagi & Ku Bahagia - Melly Goeslaw
Lagu Wajib: Menuju Puncak :)
Konsert ke4 akan berlangsung di Johor Bahru sempena Gempak Astro. Jadi datanglah beramai-ramai sambil mengundi bintang kegemaran anda andA anDA aNDA ANDA ... !!
So good luck girl !

Jom semua pakat-pakat AFUNDI Aisyah ^^
AFUNDI3/5/10/20 AISYAH dan hantarkan ke 32777

#TeamEsah #TeamAisyah #Aisyahaf2013


.

KONSERT MINGGUAN

Setiap Ahad - 9 Malam

AF BUZZ, DIARI AF DAN TGIAF

Setiap Isnin hingga Jumaat – 9 Malam

September 26, 2013

Polis

Assalamualaikum.

Cuaca harini macam best jer. Sejuk dari pagi sampai sekarang ni ha. Tak tau lah aku sorang je ke rasa sejuk macam ni, itu tak pasti. Tapi apa yang pasti dalam office ni, walau cuaca panas terik macamana pun, dalam ni tetap maintain sejuk. Hhehe. Eh even blackout ke, tetap sejuk. Kau mampu? Hhahaha meja aku je sejuk je okay. Staff yang duduk depan pintu sana dah mula kipas-kipaskan diri akibat panas. Hehhe aku je rilex. Weee~

Pagi tadi memang ada kejadian paling kelakar yang selama ni aku selalu cakap dekat adik aku. Tapi dia tak pernah nak percaya. Selalu dia marah aku balik. Ha amik pagi tadi kena tahan dengan polis. Depan balai lagi okay! Gila sape kata aku tak cuak. Cuak weh! Tapi aku kontrol. Hhaha aku boleh gelakkan adik aku sebelum polis tu check IC/Lesen dia. hahaha!

Polis tu tak tahan semua orang. Dia tahan certain people je. So adik aku ni tergolong dalam certain people lah kan? Then polis tu tanya 'Hafiz ni duduk mana?' Aku jawab 'duduk Taman Sutera lah. Dalam ni kampung kiteorang'. Aku sebenarnya menyirap jugak bila polis tu tanya adik aku duduk mana. Bukan apa, kau takkan tak tau beza kad pengenalan Malaysian dengan PR? alahaii. Lepas tu, terus dia bagi kiteorang gerak. Aku atas motor dah bantai gelakkan adik aku. Benda macam kelakar. Sampai aku mintak izin dia nak publish kat blog. Hhahaa!

Nasiblah kau chik dapat kakak mengong macam ni. Wakakaka! Balik kang nak sambung gelakkan dia. Hhahaa! Mesti dia maki aku. Aku dah boleh agak dia akan maki aku on the way nak balik nanti. Hahaha. Sampai sekarang aku teringat-ingat kejadian pagi tadi. Ni ma dengan baba tak tau lagi aku rasa. Bayangkanlah dorang tau .... hhahaha!

September 25, 2013

AF2013 - Aisyah Aziz (Week2)

 * Iklan tidak berbayar nak lalu sekejap *


Untuk minggu kedua, Aisyah bawa lagu Iris by Awie. Rata-rata semua orang suka kecuali RA. Sampai semua orang bash RA tanya kenapa bila Aisyah, mesti dia bangkang? Hahha. Takpelah, nasihat tu penting. So Aisyah buat lebih bagus okay?


Memang meremang bulu roma masa Aisyah perform lagu ni. Hmm aku pernahlah dengar dia perform sebelum ni tapi takdalah sampai tegak bulu roma. Kira inilah pertama kali aku macam suka tengok dia perform. Hahha. Yelah, dulu masa aku jumpa dia, dia memalu lagi. 
 

So jyah, untuk minggu ketiga yakni konsert Sabtu ni, Aisyah telah diberi tugasan untuk perform lagu Tunggu Sekejap by P. Ramlee. Mengharapkan kelainan dari Aisyah untuk lagu ni. Yelah, kalau Aisyah dapat perform dengan baik lagu ni, tak mustahil dia dapat pujian pulak dari Roslan Aziz untuk minggu ketiga, ye dak? 

Mungkin Aisyah tak dapat perform dengan baik sebab family tak datang tengok? Yelah, orang kata, samangat lain kalau ada family. Umi Fiza kata maybe minggu ni dia datang KL untuk support Aisyah. So mesti semangat tu lain sikit. Heheh. Good Luck, Aisyaah!!


Jom semua pakat-pakat AFUNDI Aisyah ^^
AFUNDI3/5/10/20AISYAH dan hantarkan ke 32777

#TeamEsah #TeamAisyah 

.

KONSERT MINGGUAN

Setiap Sabtu - 9 Malam

AF BUZZ, DIARI AF DAN TGIAF

Setiap Isnin hingga Jumaat – 9 Malam
 
: Credit to Astro Gempak for photo/video

September 24, 2013

#4 Bebelan

Assalamualaikum.

Okay harini dengan semalam agak swing sikit. Tak tau lah kenapa. Mungkin stress bebenor. Nak buat macamano, kerja banyak, tidur macam tak tidur, jadi lah gitu. Dengan semalam balik lambat setengah jam sebab tunggu bos buat double check tapi boss meeting T___________T Jadi orang lain yang check. Kalau tunggu bos jugak, mau pukul 8 malam pun aku tak balik lagi. Sedih.

Balik je, mandi dan buat kerja rumah sikit, terus masuk bilik, tidur. Okay hanya itu yang aku perlu lepas semua orang suruh aku tidur. Terasa nak menangis semalam sebab stress melampau tapi aku kan macho, mana boleh menangis *puihhlah reramai* heheh. So tau-tau dah pukul 5pagi. Takpe aku bukak mata jugak masa ni, tengok phone buat muka terkejut. Banyak sangat notifications! Terus replied email, twitter, wechat, whatsapp, bbm semua bagai lah. Then sambung tidur untuk setengah jam lagi. Tapi masa ni dah tidur-tidur ayam dah sebab once aku dah terjaga, untuk aku tidur lena balik memang payah. 

Ha itu baru cerita semalam dan campur sikit pagi tadi punya cerita. Belum harini punya cerita. Tak tau nak bagi mood apa untuk cerita harini. Rasa panas je. Hahhaha cuaca lately panas kemain oi *lap peluh*

So harini hantar PurWhi kat kedai. Check tayar semua. Haaaaa tayar kena toreh ke amenda ntah. Terkejut kejap sebab tak pernah berdepan dengan situasi macam ni. Bila budak tu cakap pasal tayar pun, aku macam 'err cakap dengan kakak tu' aku refer kat KakNana. Hahhaa sebab aku memang bebal benda-benda macam ni. Cehh kengkonon berhajat nak pakai versys tapi apa pun tak tau. Lallalaaa takpelah, lain kali aku belajar lah. 

Okay aku nak sambung buat artworks balik sambil fikir bila nak amik exam. Apa pun tak baca lagi. Penat. Kesian otak dengan badan aku. Dengan berat badan semakin mengembang dengan sangat berjaya ni. Aku tengah hati panas! Rasa takda kembang memana pun tapi Farah dah tegur, maksu pun dah tegur. KakP je kata badan I tak nampak gemuk. Wakakakaka! Pandai amik hati iolls tau. Hhehehe.

Eh terngomel lebih pulak. Hmm kbai.

September 19, 2013

AF2013 - Aisyah Aziz (Week1)

* Iklan tidak berbayar nak lalu sekejap *

AFUNDI3/5/10/20AISYAH dan hantarkan ke 32777

 

Minggu lepas sempatlah tengok ulangan part Aisyah sebab Sabtu malam tu ada majlis resepsi Kak Ayu. Tapi dapatlah updatekan diri pasal AF ni via Twitter. Sekarang dah mudah. Kalau tak dapat tengok dekat tv, boleh tengok via Youtube takpun Astro On The Go. Eh bolehkan? Tak sure sebab tak pernah cuba lagi. hehe.

So far, tengok Syaa perform okay. No bad. Tapi lagi suka dia nyanyi lagu Hurt. Hahhaa mungkin dah terbiasa since aku sekolah menengah dah dengar dia nyanyi. Masih berharap yang Syaa nyanyi Hurt dalam konsert. Mudah-mudahan :)

So minggu kedua, Syaa akan perform lagu Iris oleh Awie. Harap Syaa dapat buat yang lebih bagus dan tunjuk pada RA yang Syaa bukan masuk AF sebab rupa tapi sebab ada bakat yang perlu ditunjukkan kepada masyarakat.

So good luck girl !

 
Jom semua pakat-pakat AFUNDI Aisyah ^^
AFUNDI3/5/10/20AISYAH dan hantarkan ke 32777

#TeamEsah #TeamAisyah 


.

KONSERT MINGGUAN

Setiap Sabtu - 9 Malam

AF BUZZ, DIARI AF DAN TGIAF

Setiap Isnin hingga Jumaat – 9 Malam