January 6, 2025

Majlis Khatam & Tahlil Arwah

Assalamualaikum.

It's been a while tak update any kenduri kendara yang berlaku dalam hidup seorang Faizah nowadays. Kenapa? Sebab saya malas gaisss. Mudah sangat jawapannya tu. HAHAHAHHA

Tapi pada harini, saya rasa macam tak malas sangat (KOT) untuk update kenduri pertama untuk tahun 2025 yakni kenduri tahlil dan khatam Quran. Tapi kalau orang tak tak tau or tak baca tajuk jemputan, mesti ingat kenduri kahwin. Even aku pun confuse, ni kenduri tahlil atau kenduri kahwin. Penatnya sampai harini (Isnin) terasa yaa.

Kita mulakan dengan preparation sebelum majlis. Masing-masing menunjukkan bakat melukis, mewarna, meniup belon semualah kan. Belon nampak banyak tapi hari kejadian ada 4 biji je. HAHAHAHAH kesian ek? 

 

 

  

Hari kejadian. Pagi tu semua mengemas khemah masing-masing. Bertemakan klasik tapi aku tak sure lah nampak ke tak klasik tu. HAHAHAHA. Janji semua pakai kain batik.

 
JIHAZ N IMANZ HOLDINGS 🍍🍌
 
  
Jajanz vs Pulut Durian & Rojak Buah

 
Gerai Kambing Bakar & Spaghetti

 
WARGA EMAS SDN BHD
basically, menyediakan air sejuk yang sedap nak mampuihh

 
KEDAI JAJANZZ

  

 
Gerai Laksa & Kuih Muih

Disebabkan ini blog aku, jadi adalah adil untuk gambar gerai aku yang banyak. HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHA.

Kuih yang kiteorang sediakan cuma 3-4 jenis tapi rezeki kan, tetamu datang membawa kuih muih lagi and sandwich jugak. so rasanya total adalah dalam 10-15 jenis kuih kot. Aku memang keep on refill jelah sepanjang haritu.

Laksa? Jangan cakaplah, 3x refill sepanjang hari. Nasib baik dah siap potong siap-siap condiments semua. So legalah sikit. Semua cakap sedap. Alhamdulillah.

Seterusnya, Alhamdulillah dan tahniah kepada Alia Fathia sebab khatam Quran jugak. Takdalah gambar dia sebab Auntylong busy refill kuih. hehehe.

Dan lastly, bila buat kenduri on January, Adik early birthday celebration memang akan ada punya. Rasanya adik dah boleh predict kot? Hari kejadian lah akak wish ye.

 

Finally, ada gambar banyak dalam blog. Weee~

No comments:

Post a Comment