Friday, December 22, 2017

Tak sabar nak terbang dengan Malaysia Airlines!

Assalamualaikum.

Kalau sebut pasal Malaysia Airlines, apa je yang akan terlintas dekat laluan fikiran korang tu? hmm ... Duty Freeeeeeeee! Yessssss. Sesambil berlegar kat hall tu, cuci mata lah uolls dengan perfumes, chocolates dan macam-macam lagi. Haa perokok tegar syok lah. Boleh dapatkan rokok secara carton dan murah. Haa ni aku tak sarankan. No No!


Used to be Top 10 World Best Airlines, Top 10 World Best Cabin Staff and holding 5 star title. Yes, we as Malaysian should be proud of it. Walaupun Malaysia Airlines telah mengharungi pelbagai peristiwa sedih sejak beberapa tahun kebelakangan ini tapi aku percaya, warga Malaysia Airlines mahupun rakyat Malaysia sendiri sentiasa support each other 💪 


Sekarang pun Malaysia Airlines masih lagi struggle untuk dapatkan kepercayaan daripada semua pihak, tak kira siapa pun agar tiada yang berhenti menggunakan perkhidmatan mereka. Pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh pihak Malaysia Airlines antaranya memberikan pelbagai tawaran menarik. Bak orang putih kata unbelievable promotion! 😧 Haaa seronok bukan?

Weh tu baru mukadimah! Aku semakin gila dengan mukadimah yang panjang berjela! HAHAHAHHAHAHAHAHAHAH takpelah at least korang focus. Aku ada story nak cerita tentang peluang yang cousin aku dapat.

Cousin aku BERJAYA untuk grab ticket promotion yang Malaysia Airlines buat. Paling best, All-in-one weh! Aku tau je, terus aku murung! Sebab dia tak ajak aku T_T Dapat pulak Business Class, manalah aku tak murung. Cousin aku cakap dia tak pernah terfikir pun nak naik Business Class since dia cakap naik Economy pun dah habis bersyukur dah!


Tu lah, bila peluang datang, apa yang kita perlu buat selain grabbing the chance? Betul tak? Memang rezeki dia lah tu. Naik Business Class tu antara angan-angan yang aku sendiri tak tau bila aku boleh merealisasikan ia untuk menjadi satu kenyataan. Yelah, dah lah naik Business Class, dapat layanan tiptop pulak. Haa part paling best, MAKANAN yang super enak, yang ala-ala taraf five stars punya weh. Fuhh! Itu baru dalam flight. Kalau dekat lounge dia pulak? Lagilah macam-macam, dengan pilihan makanan yang pelbagai, eh buffet lagi. Siapa tak suka? Tak payah rebut-rebut kannnn… *awan timbul atas kepala*



Yang aku tau, kalau dah naik Business Class, korang akan ada laluan sendiri yakni laluan express untuk passenger Business and First Class untuk security dan immigration checking. Wow bolehlah feeling vvip lalu situ. Waahahha. Memang korang takkan bertembung dengan passenger Economy lah cite dia. Nak lagi cepat, haa check in siap-siap dekat Malaysia Airlines Online check in. Tak payah fikir pasal boarding ke apa. Lepak kat lounge tengok kdrama sambil makan a full meal set 😋😁

Aku adalah tanya dekat cousin aku, macamana dia boleh dapat tiket business class murah? Haa terkejut punya pasal, kpochi terus pejah 😅
Traveloka.
Satu perkataan yang cousin aku cakap. Aku tau akan kewujudan Traveloka ni tapi tak pernah guna since aku banyak travel guna kereta je weh. Sis tak mampu lagi naik flight. Hehehe.

Cousin aku cakap guna Traveloka adalah cara terpaling mudah dan pantas. Tak payah bukak website airlines satu-satu. Masuk je dalam Traveloka, isi details macam tarikh and tempat korang nak pergi, haaa satu-satu airlines dia list kan. Korang hanya pilih yang terpaut dihati korang je. Kalau terpaut hati aku, habis duit aku. Hehehhe. So tak payah korang terkejut sangat kalau korang tengok harga ticket more cheaper than harga official airlines website lah. Seghonok kau! 💃🕺 

Kalau korang nak purchase airline tickets, make sure korang guna incognito mode on your browser. Incognito ni macam private browsing lah. Kalau yang suka check harga tickets pagi pastu terkejut bila dah petang, harga jadi lebih mahal, ini dinamakan technical trick ye anak-anak. Bila korang masuk website airlines, dorang akan letak cookies untuk detect lokasi kita. Bila korang asyik bukak pastu tutup pastu bukak (aku lettewww), dorang akan assume korang ni tak ready nak purchase. Bila korang tengok harga dah naik, haaa baru naik akai. Baru kabut nak beli bagai. Masa tu nak nangis pun takda feel dah sebab harga dah naik. Ok takda kena mengena kan tapi yeahhh.

Jadi, gunalah incognito atau private browser untuk elakkan emosi korang terganggu. Lagi sekali, macam aku lettewww 🙄

Ni semua pesanan dari cousin aku. Gigih tak aku taip balik apa yang dia share dengan aku? Hoii aku kan kakak sedara fav beliau. Haruslah aku share. Kan ke prinsip aku benda best, kena share? Jadi layarilah website Traveloka untuk mengetahui promosi terkini dengan Malaysia Airlines !

Happy Traveling!

credit picture: KLIA, Google, MAS, Pexels

No comments:

Post a Comment