Assalamualaikum.
Faizah kembali lagi dengan entri yang akan membuatkan korang terliur! HAHAHAHHAA! Terlalu banyak makanan dalam phone, jadi terpaksalah transfer ke sini. HAHHAA. Kalau tak, sampai kesudah gambar semua dalam memori yang dah penuh tu.
Boleh tak nak request another flash disc untuk birthday presents? Tapi nak request dekat siapa? Hmm.. HAHAHA. Mengada sangat.
Dah, marilah kembali ke pangkal cerita! Ingin menguar-uarkan kepada anda, iaitu pembaca belog picisan iolls ni, bahawasanya gambar adalah TIDAK MENGIKUT TURUTAN YE. Sebab malas nak fikir. Hehehe.
Sushi. Sejak terjebak, pantang nampak sushi stall, mesti beli walaupun seketul untuk diri sendiri dan enam lagi untuk adik. Ya ya ya, adik suka makan dan suka pilih tanpa batasan dan bila nak bayar terkejut boleh cecah RM20. Hahahahha. 😋
Ini adalah Adik's fav. Dia suka yang mini roll macam ni. Dalam satu bekas ada enam pcs dan Adik boleh makan dengan sekelip mata changggg habis dah. Tinggal bekas je untuk tatapan kiteorang kakak abang-abang dia -.-'
Latest obsession, keria gula melaka 😋 Tapi gula putih pun ok as long dia lembut atau erti kata lain, tepung sikit, itu dah marvelous! Sedap gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kalau guna tepung sikit je. Serious. Tak keras. Lembut je. Macam cair dalam mulut. Awww sedapnya. Dari last week nak makan keria. Oh yang ini, all the way from Uniten. Gerai-gerai tepi jalan tu berlambak keria gula melaka. Tak payah ke Melaka dah lepas ni.
Focus! Semalam jumpa satu stall Keria King dekat Senawang. Tak sempat nak beli sebab dalam kereta dan jem. Achik suruh lari je dekat stall tu. Eh kalau stall tu betul-betul sebelah kereta, takpelah. Ni atas bukit. Over tau Achik. Haishhh teringin nyaa. Nak cari lah nanti.
Semalam dari PD, kita terus ke Prima Saujana sebab Ma nak gunting rambut tapi bukan itu yang kita nak ceritakan disini. Decided tak balik jadi kitaorang fikir nak lepak mana. Aku nak benda manis. Sebab tak dapat keria en. Jadi fikir punya lah fikir, jumpa satu cafe ni. And guess what, kiteorang ingat adalah benda manis-manis tapi yelah Don't judge a book by its cover , kedai tu adalah makanan berat je -_________- Jadi baba cakap order air jelah. So yeah. JANGAN TANYA NAMA CAFE SEBAB LUPA!
Faizah Azmi forever favourite, Laddoo 💗 Dari kecik, aku memang penggemar laddoo 😋 Aku suka jenis yang ini. Yang bulat-bulat macam bola golf tu. Yang aku tau, dia ada banyak jenis, tapi aku prefer yang bentuk bola golf tu. Dalam gambar, 'bola golf' dah hancur berderai. Redha jelah. So hati iolls happy 😍
Oh yes, siapa yang tak suka durian adalah seorang yang tersangatlah rugi. PERCAYA lah bahawasanya durian ni sedap gila! Tapi aku prefer yang manis dari pahit. HAHAHAH. Tapi as long dia durian, aku bedal je. Baru cakap teringin nak makan durian, tiba-tiba ada durian dekat rumah. I is happy giloooo 😍😋
No comments:
Post a Comment