August 18, 2015

Raya dah berlalu tapi ..

Assalamualaikum.

Hahaha raya dah habis, aku baru nak up gambar first raya. Tapi ni gambar dari phone aku lah. Gambar kamera, hmm tulah, aku malas nak mintak dekat ma sebenarnya. Nanti aku rajin, aku up lah lagi sekali.

So raya pertama adalah dirumah nenek atok di Sepang. Bertemakan warna putih, memang terasa suci murni macam minyak murni lah kan. Hahhaha takda kaitan =.= 

Kiteorang antara family yang siap paling cepat selain atok dengan nenek. Haha! Siap make up tau. Kiteorang dah siap amik gambar satu family dekat luar, guna handphone memasing. 

p/s: weh aku takda idea nak ngomel apa ni. Layan gambar ah.




Wak A.S & Wak Yam 


Adik memang payah nak ajak bergambar unless dia yang ajaklah kan. Kau tengok, sesi bergambar belum habis, dia dah blah ikut Munif. Stress akak kau, dek!


Finally, ada jugak gambar kami empat beradik. Tu pun adik dah bising-bising. Panas satu. Tu phone kat tangan kan, nak main game lah apa lagi. Lepas bergambar ni, terus dia berdesup masuk rumah balik. Wehh gambar kita tak banyak okay. I cry!


Last sekali, selfie sendiri lah. Memasing dah malas nak layan aku T_T


Ajak atok welfie. Atok penuh cahaya dimuka ittewww :p Hahaha

So, selalunya kalau turn keluarga aku raya rumah nenek, means adalah gambar potrait satu family. Kenapa? Sebab selalunya Paman Ijan sekeluarga akan beraya sekali dekat rumah nenek. Memang suruh dorang bawak segala peralatan lah kan. 

Jadi sebelum gambar family, haruslah gambar yang berhormat tuan rumah dulu which is atok nenek. Hahah. Dah jangan tanya aku, mana gambar. Gambar semua dekat pendrive ma. Tapi kalau korang datang rumah aku haritu, gambar ni dah siap tergantung dekat dinding. Cantik! :p

Yang dekat aku, hanya gambar behind the scene.


Adik masa ni, tak silap aku tengah lepak dengan cousin sebaya dia. Apa lagi, main game lah. Tu yang ada kita berlima je. Cik Ninie suruh freestyle. Ni haa jadi dia. Actually banyak lagi. Takpe, kalau aku rajin, aku mintak dekat ma okay? And biar korang tatap lelama.



Well aku takda crop langsung semua gambar dalam ni sebab aku nak tunjuk bts dalam setiap gambar. ehcehh poyo sangat ni.

Lepas bergambar, buat apa eh? Oh menunggu ketibaan tetamu jelah kot. Jumaat kan. Lepas Jumaat baru siap-siap pergi beraya sampai malam and terus balik Kajang.

Adventure tak? kekekek :p

p/s: Korang boleh check photoG Cik Ninie kalau korang tengah cari mak andam atau photoG untuk majlis tunang / kahwin etc. Cuba sebut nama aku, mana tau dapat diskaun? 

No comments:

Post a Comment