June 13, 2014

23 tahun.

Assalamualaikum.

Benda yang paling aku tak suka, bila dah taip punyalah panjang lepastu hilang secara tiba-tiba. Ya, dan ia baru je berlaku dekat aku. Semalam aku dah karang sikit punya panjang, lepas tu, apa entah aku tekan, terus hilang semua. Cerita semalam tak sama dengan cerita harini T___T

Anw, semalam 12 Jun, genaplah aku 23 tahun. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati udara yang separuh segar ni (banyak sangat asap jerebu lah bagai) dan berada disamping keluarga dan kawan-kawan tercinta Syukur alhamdulillah.

Umur dah 23 ni, aku takda expect banyak sangat pun macam orang celebrate birthday ke apa ke atau wish ke sebab aku punya excited untuk birthday tu memang takdalah untuk tahun ni. Tak macam tahun-tahun lepas, aku siap countdown bagai. So tahun ni, kita slow je, hadapi umur 23 tahun dengan tenang dan dewasa sikit. Heheh ayat. Gelabah gila -.-'

Yang tolong countdown untuk aku, rasanya Pina je kot? Haha! Mungkin sebab dia nak countdown Taylor Swift punya konsert, so dia countdownkan untuk aku sekali. Happy gila Pinot dapat pergi konsert tu. Bertahun dia tunggu TS datang. Suka lettewww :p

Jadi dikesempatan ini, saya, Noor Faizah Azmi, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan birthday semalam (sampai pagi ni dapat wish lagi), mendoakan kesejahteraan, dan semuanya. Terima kasih. Terima kasih Hale, Zera dan my lil gedik brothaa, Adik, sebab nyanyi lagu birthday semalam. Terharu gilaaaaa ♥ 

Tak akan lupa, terima kasih Ibu sebab melahirkan kakak sampai kakak dah besar dan tinggi. Hehe. Walaupun Ibu takda lagi bagi ucapan sejak kakak umur 15 tahun, kakak tahu, Ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk the one and only daughter that you have. Don't you? Love you Ibu! ♥♥

Tak akan lupa kepada Encik Azmi, my beloved Baba yang muka garang tapi hati baik dan kelakar dalam diam, terima kasih Baba sebab melayan kerenah anak Baba sorang ni. Sayang Baba ♥♥

And and and to Ma, my brilliant mom and a great teacher to her students, terima kasih kerana sudi menjaga kakak. Terima kasih kerana sudi melayan kerenah, perangai gedik, kuat makan, suara kuat, gelak macam onggila kakak. Heheh. Kakak sayang Ma ♥♥ Ma, esok masak bihun goreng boleh? Hehhee

 

Doa dan azam sempena 23 tahun ni biar aku sendiri jelah tau. Sebab aku dah tua kan. So kalau taip sini macam rasa budak-budak sangat. Hahah padahal takda idea nak tulis dah. Paling command pun, aku akan taip Semoga panjang umur, Murah rezeki. Haha klise sangat ayat tu. Dari zaman dah tau menulis sampai sekarang asyiklah ayat sama. Boringgg! So biar aku simpan sendiri je. Birthday aku, doa aku, azam aku, so sukati akulah. Hahaha.

♥♥ Thanks korang ♥♥

p/s: Al-fatihah.

No comments:

Post a Comment