Monday, April 22, 2013

Laksa

Assalamualaikum.

Hujung minggu yang sangat padat dengan aktiviti sampai terasa penatnya sampai harini. Serious tak tipu. Sampai tweet EXHAUSTED entah berapa kali. Qila boleh perasan pulak. hahahha!



Gambar ni bukanlah gambar hujung minggu tapi gambar dipagi hari ketika on the way nak pergi rumah opah sebelum pergi kerja. Memang sejuk kawasan ni. Kadang-kadang rasa macam dekat Genting, kadang-kadang rasa macam kat luar negara (ye kan je ^.^) Love the view.


Sabtu lepas sajalah jalan-jalan dekat Mines sebab ma nak cari barang sikit. So this is our fav. Mengurut. Walaupun macam segan tapi sukalah mengurut dekat mesin ni. hehhe. Masuk RM1, urut tak sampai setengah jam pastu rasa geli sampai malam -.-'


Permintaan orang dalam gambar supaya amik gambar dan post dekat facebook. Okay sudah post :) 


Perbincangan diantara sepupu-sepapat dan makcik-makcik sebelah baba semalam. Ada kenduri dekat rumah nenek.


Ma yang bikin laksa ni dari rumah. So masa dalam kereta, tahan je nafsu sebab bau kuah laksa ni kemain menusuk sampai ke lubuk hati. ececehhh :D Then bila tiba waktu makan, cari nasi -.- Lepas tu, demi perasaan meluap-luap ke atas laksa, haruslah makan laksa satu mangkuk. hehee. Okay kekenyangan!

Dari rumah nenek, balik rumah jap. Petang hantar zikri balik asrama, then pergi Tesco. Makan lagi. Beli kaya ball, baulu, ahh macam-macam dalam perut. Sumpah kenyang! Malam konon tak nak makan, alih-alih makan bihun SIKIT :)

Habis diet i  T_________T


Habis baca novel Kerana Sebuah Janji dalam masa satu hari. Nak review? Tengoklah macamana nanti :)

No comments:

Post a Comment