Thursday, October 4, 2012

Aku, Dia Dan Tong Sampah


Korang semalam tengok tak tele Aku Dia dan Tong Sampah ? Kalau tak tengok, korang sangatlah rugi. Bukan saja sinematografi dia menarik tapi pelakon dia, ada Beto Kusyairi dengan Siti Saleha uolls.

Sinopsis Telemovie Aku, Dia Dan Tong Sampah

Telemovie Aku, Dia dan Tong Sampah adalah sebuah komedi romantik yang mengisahkan dua insan, Sharnaz dan Amir yang baru sahaja putus cinta. Mereka bertemu ketika hendak membuang surat cinta bekas kekasih mereka di tempat pembuangan sampah. Mereka telah berjanji akan membantu antara satu sama lain untuk menawan semula hati bekas kekasih mereka, hanya untuk menemui cinta yang baru.

Cuma apa yang rasa macam terkilan sikit sebab terlalu banyak iklan. Cerita ni hasil karya Nadia Khan. Alaa penulis novel Kelabu tu.

Agak-agak korang terlepas cerita ni semalam, boleh tengok dekat Tonton baik en, siap bagi link lagi. Hahha!

Walaupun production ni selalu buat teater dan dengar khabarnya ni 1st time buat tele tapi bagi aku, mereka semua dah berjaya buat 1 tele yang cukup menarik sebab harini, kalau bukak dekat Twitter, semua orang masih cerita pasal Aku Dia dan Tong Sampah. 

So dah kira tahap filem lah kan sebabnya filem je orang akan bercakap lama. kan kan kan? 

Tahniah dari Faizahazmi kepada team Aku Dia dan Tong Sampah!

Kesimpulannya hargai pasangan kita dan terima mereka seadanya :)

Rate : 5/5 Tahniah
 
Nak cari bf macam Amir lah. Sangat supportive !

No comments:

Post a Comment