Wednesday, September 21, 2011

21hb

Kenapa manusia tidak pandai untuk menjaga hati dan perasaan orang lain? Kenapa mereka hanya tahu mementingkan diri sendiri? Setiap manusia ada alasan mereka sendiri mengapa mereka begitu. Minta maaf sekiranya Faizahazmi ada membuat kalian tersinggung. Yang buruk datangnya dari diri ini, yang baik datang dari-Nya.

21hb, tiba-tiba rasa sebak dan sayu bila mengenangkan tarikh ini. Bukan apa, hampir 2 tahun mengenali siTEMAN. Terlalu banyak memori yang berlaku pada masa lampau. Tak tahu nak kata mana yang banyak. Biarlah kami saja yang menilai :)

Kebelakangan ini, Faizahazmi lebih gemar menulis dari bercakap. Tak tahu mengapa? Mungkin disebabkan perubahan emosi yang bagi Faizahazmi TERSANGAT-sangat GEDIK! Asyik nak touching je -.-” memang teruk emosi Faizahazmi. Tak percaya, cuba tanya warga rumah. Haishhh...

Pergi pasar malam dengan Nora, Kina dengan Ain. Kami berempat merempit ke BB. Walaupun keadaan tidak menginzinkan hujan renyai-renyai tapi kiteorang redah jelah. Biasalah bila hujan dan malam, jualan pun makin sikit. Beli mee dan ketiaw sup, keropok lekor dengan nasi ayam je. Lepas tu beli topup dan balik. Sampai rumah, terus tukar baju dan melantak hingga licin mangkuk tu. Hahahah! Nampak sangatlah warga rumah kelaparan tahap gaban punya. Oh si Saga tidur rumah, tu yang guna motor dia pergi pasar malam.

Malam-malam biasalah aktiviti wajib, BERGOSIP! Hahaha. Itulah perempuan, tapi cerita pun merepek-merepek gitu. Ceritalah apa yang berlaku satu hari dekat Ain. Yelahkan, budak-budak Animasi pergi melawat jiran, ILP KUALA LANGAT. Tempat dia sangat besar tapi macam bosan. Pameran pun best tapi pelajar macam tak mesra alam. Tak bertegur, bila ditanya baru nak jawab. Jawab pun macam nak tak nak. Haishh.

Ada part macam perli dari Ain.

Ain : Fe takde keje? Rilex je?

Fe : ha? Terkial-kial tutup novel. Ada-ada, jap sms Qila.

Ain : nape sms Qila?

Fe : mintak tolong dia cari kat internet pasal material paling berat.

Ain : oh. Tapi bukan fe selalu rilex ke?

Fe : ha?! Baguslah Ain tau. Fe kan selalu rilex. Ada kerja pun boleh rilex pehh :)

Ain : dengan muka yang mengantuk, ain pun gelak :D

Adoii Ain oh Ain -.-”

Tidur dulu. Selamat malam. Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment