Salam Ramadhan Semua!April 13, 2021
Ramadhan yang Berbeza
Salam Ramadhan Semua!March 29, 2021
Ma's 50th Birthday!
Assalamualaikum.
Happy 50th Birthday Ma!
Semoga Ma diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa dirahmati olehNya.
Enjoy the Red Velvet cake 😋🎂
March 15, 2021
Al-Fatihah buat Ibu ❤️
Kalau Ibu masih ada disini, bersama kita, harini Ibu genap umur 52 tahun 😊
Haaa.. rindunya kakak dekat Ibu. Rindu yang tak terperi ❤️
Alhamdulillah, dapat "temukan" Ibu dengan the only menantu lelaki Sabtu lepas.
Selamat Ulangtahun, Ibu. Semoga Ibu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan tenang di alam sana. Amin 😘
Al-Fatihah buat Arwah Noor Aidah Binti Jamaludin
15/03/1969 - 12/07/2005
March 3, 2021
Story Telling
Assalamualaikum.
"Waalaikumusalam ..." - gitu balasan salam tu.
Dari tadi aku scroll Youtube tapi sampai sekarang tak tau nak tengok apa. Nak tengok video Ain Edruce, hmm dah tengok. So gais, video apa yang aku patut tengok kat Youtube ni?!
Oh yes, Selangor KL dah boleh rentas daerah gaissss! Jadi. bergembiralah semua orang. Yahooooo! heheh
February 24, 2021
supriseyourlovebywalawey
Assalamualaikum.
Gais, aku ada jumpa satu surprise delivery yang super berbaloi and paling penting, dia boleh buat mengikut budget korang! WOW!
Korang nak dia buat lain dari kebiasaannya pun dia takda hal. Bagilah idea apa pun, dia boleh buat yang paling power untuk korang. WOW lagi!
Aku pernah guna service dia, eventho last minute, dia ok, dia terima weh! WOW WOW WOW!
Yes, for Adik's 12 Birthday! Aku request around 12pm, sampai petang tu. Alhamdulillah penyelamat aku masa tu. Cuma bagitau berapa budget, apa yang penerima suka, dia akan cuba untuk carikan.

Bukanlah flower / chocolate bouquet je yang dia boleh buat, tapi korang nak buat hamper pun dia onzzzz! Nak bagi biskut dalam tin ke, air kotak pun dia takda hal. Korang just bagitau idea and budget sahaja. Semuanya bisa diatur.

February 23, 2021
February's Hot News 🔥
Assalamualaikum.
It's been a month. Phew. Life changes. Does it hurt? Yes. definitely 😩
---
2 jam lagi sebelum pulang ke rumah. Haa bestnyaaaa rumah. Bestnyaa bila dapat baring. Bestnyaa bila masuk dapur, bukak tudung saji ... Oh berat dah bertambah uolls. Mana taknya, dalam seminggu adalah beberapa hari ada supper ye. Tapi jaranglah aku makan berat, selalunya makan cereal je.
Oh, during CNY, we managed untuk staycation! Wehoooo. Dapatlah cuti 3h2m dekat Bangi. Hahahaha nampak macam jauh tapi tidak ye. Bangi je pun. Sebelah tempat aku nikah and sekolah adik. Hehehe.
Selain my family and bestfriend, in future, akan ada nama-nama baru dalam blog. OMG tak sabar nak include mereka dalam cerita-cerita seorang Faizah.
Welcoming on board;
Mama, Ayah, Kaklong, AbgF, Nuha, Mika, Syaz, Erin, Abu.
dan memandangkan kita masih didalam bulan Februari, Happy Belated Birthday Ayah & Nuha. Semoga semuanya sihat sejahtera dimusim covid ini.
Stay safe everyone 💛