March 31, 2018

MOE with WB

Assalamualaikum.


Faizah, nanti you pakai cantik-cantik. Muka kasi make up sikit eh..


Arahan yang aku terima minggu lepas diwaktu aku sedang sibuk dengan kerja. Wahh sibuk sangat kettew? HAHAHAH tak lah pun tapi buat-buat sibuk je. Karang tak buat-buat sibuk, ada orang kecam. Ops!

Aku rasa hari-hari aku make up pergi kerja. Tapi kenapa orang still rasa aku tak make up? Tapi mungkinlah sebab aku pakai bedak dengan lip cream atau lip tint je pun. Kejap je hilang. Nak touch up, ya ampun malas gila. Mungkin sebab tu lah kot siap dapat arahan macam tu. HAHAHAHA.

Ok, kenapa kena make up ni? Ada show mana-mana ke? Wahaha memang taklah. Iolls dah retired dah persembahan pentas ni. Darah gemuruh tak dapat dibendung lagi sekarang ni. Dulu boleh cover lagi lah kan. Nyanyi lagu Aishah pun steady walaupun kaki ketaq dah  😜

So semalam aku dan beberapa rakan sekerja ada presentation dekat MOE. Jadi ini adalah pengalaman pertama aku bersama dengan orang-orang di MOE.

Kiteorang by 7.40am dah terpacak depan MOE tu. Then by 9am, presentation pun bermula. Diakhiri sebelum jap 12 tengahari. Cepat gila. 





Sesi Q&A


Overall, aku happy sebab dapat experience macam ni. Harap-harap lepas ni nama aku naik lagi. Wahahaha walaupun kat sana aku cuma letak bags WB dekat kerusi-kerusi tu je. Lepas tu senyum, lepas tu mengganggu presentation dengan batuk yang non stop tu ðŸ˜·. Sigh memalukan betul. Tapi takpe, I really had fun!

Again, thank you WB, E, D & Mr T for the opportunity. And Hi Kris! HAHAHAHAHHAHA 😊

March 27, 2018

Hari-Hari Ada Waktu Senggang. Anda Cemburu? HAHAHAHAHAHHAHA

Tunggu, bagi aku betulkan kerja-kerja aku ni sebelum aku taip panjang berjela dekat sini.

Aku taip ayat ni semalam dalam keadaan tergopoh-gapah sebab nak logged out tapi nak taip jugak dan berjanji nak sambung selepas itu dan akhirnya membawa ke SHUT DOWN terus ya! HAHAHHAA oh dan kerja aku selesai tepat jam 5:30pm. Pheww, terasa penat lain macam.

Oh sebelum tu, Assalamualaikum.

Tak sempat nak bagi salam, terus ambush macam tak menyempat je. Kau pahal kan pejah?!

Hmm baiklah. Baru dapat rehat lepas siapkan semua kerja. So far aku suka dua hari ni. Yaaa dari semalam lah maksudnya. Kenapa? Aku rasa macam busy gila. Hari aku penuh dengan kerja walaupun kadang-kadang ada jugak waktu terluang yang sangat dasyat sampai ada orang jealous. HAHAHAHA pebenda tah, jealous dengan waktu senggang orang lain -.-

Lepas tu, aku rasa aku macam lebih confident untuk menjawab emails. HAHAHAH dah enam tahun kau kerja pejah oii!

But still, aku rasa kekok lagi nak reply emails semua. Tak tau kenapa. Nasib baik E ada. Dia lah penyelamat aku dari dulu, kini dan selamanya.. Kalau E outstation pun, aku kacau dia, tanya patut tak aku buat ni, buat itu. Mengada bukan perangai aku? Ya aku tau. HAHAHAHA sorry E!

Dan yeah, Jumaat ni aku kerja luar. Yahoooooo! Seronok bukan kepalang lah cerita dia :) Dekat kawasan permainan aku masa sekolah dulu pulak tu. Hahaha gila gelabah kau ni jah.

Ok, disebabkan cuaca harini sejuk lain macam dari pagi, aku telah diserang selsema dan batuk non stop. Maka, haruslah aku beringat untuk makan ubat malam karang kalau taknak jejak klinik. Haishh awal bulan je tak sihat, muka aku dah muka regular dekat panel tu. Segan oii. Hmm aku hampir tak faham dengan keadaan badan aku sekarang. Pelik sungguh -__________-

Oh ya, aku sebenarnya ada dua cerita nak update. Yes dua. Tapi aku rasa bukan masa terdekat ni sebab aku malas. Hahahaha. Dan mungkin tak update langsung. MUNGKIN. MUNGKIN YA dan MUNGKIN TIDAK. Mana satu pilihan netizen-netizen semua? HAHAHHA.
Dah, aku nak sambung Pinterest gambar hairstyle. Aku perlukan perubahan sempena tahun 2018 ni. Hahaha padahal ma dah suruh potong rambut.

Ok bye.

March 9, 2018

My Very First Experience Take Off !

Assalamualaikum.

Hi everyone! Setelah umur hampir ke 27 tahun ni, buat pertama kali nya dalam hidup, aku dapat rasa my very first take off. Excited yet nervous :D Somehow, aku pun tak sure macamana semua ni boleh terjadi. Semua berlaku secara tiba-tiba. Berlaku semasa aku tak terfikir untuk berada didalam cabin dalam waktu yang terdekat tapi selalu tengok langit dan awan bergerak-gerak.

Aku ada impian dan tahun ni perlahan-lahan aku dapat merealisasikan impian aku tu. Alhamdulillah, rezeki tahun 2018 ni.

 

KUL - SGN
(March 2018)

Aku tak kisah pun orang nak cakap aku kuno sebab first time naik kapal terbang ke apa sebab ada aku kisah? Yang penting sekarang dah ada pengalaman naik kapal terbang tu macamana. How it feel semua. Seronok! Aku senyum bukan main lagi masa annoucement nak take off tu. Suka. Macam tak percaya, akhirnya aku dalam cabin plane tu.

Yang paling seronok bila Allah tu mendengar suara hati aku. Terima kasih :) Masa pergi, aku hampir ke impian aku, dan masa balik, aku dapat tengok sepuas hati aku ciptaanNya yakni awan yang banyak, bertaburan diatas sana. 

Fuh nak nangis weh. Perasaan yang tak boleh digambarkan pada masa tu. Tapi adakah aku akan ada perasaan yang sama untuk penerbangan aku yang akan datang? Semoga perasaan gembira tu tetap ada walau berapa kali pun aku naik kapal terbang :)

p/s: rasa nak naik kapal terbang lagi! Hehehe

February 19, 2018

Happy 10th Birthday, Bloggie ❤

Assalamualaikum.

Bloggie turns 10 today! Happy 10th Birthday, Bloggie

Macam tak percaya, dari aku Tingkatan 5 sampailah dah hmm nak masuk 27 tahun ni, aku masih setia dengan Bloggie. Omg macam tak percaya, banyak dah masa aku terbuang dekat sini rupanya. HAHAHAHA. Cerita jangan cakap, banyak merepek dari fakta. Tapi dulu. 

Sekarang blog dah penuh dengan informasi-informasi terkini lagi padu. Lagi-lagi hal makanan. Itu aku tak pernah salah info. PASTI. CONFIRM! HAHAHHAHA

19 Februari 2008, entri pertama yang aku post dekat blog. Bila aku baca balik entri pertama ni, aku gelak. Kenapa? Perghh tulisan aku.. dasyat! Macam tak pernah belajar Bahasa Melayu je dekat sekolah. HAHAHAHA menangis cikgu-cikgu aku kalau tau aku eja macam tu T_____T

To be frank, aku rasa cara penulisan aku sekarang lebih matang kalau nak dibandingkan dengan zaman aku masih sekolah; masih belajar. Emosi pun kadang-kadang kelaut, apatah lagi gaya penulisan kan..

Aku tak cakap cara menulis aku sekarang dah power tapi personally, aku suka penulisan sekarang. Lebih kemas, lebih padat dan lebih ada isi. Tapi biasalah, kadang-kadang ada je buat entri yang tak berilmiah. Kenapa? Sebab nak feeling zaman mula-mula tulis blog. Hahahha suka sangat merepek -.-

Ada sampai satu tahap, aku share semua benda dekat blog. Which is tak semua orang suka dengan apa aku share. Serious talk. Ada orang cakap benda ni dekat aku. Since dari tu, aku cuba untuk tidak terlalu share benda-benda yang aku rasa akan buat orang annoying dengan aku, blog aku, dan nama aku sendiri. Eh dah besar kan? :)

Dengan blog jugak, aku dapat peluang berkolaborasi dengan ramai orang. Alhamdulillah, rezeki blog namanya. Aku pun suka menulis walaupun ayat aku takdalah umphh mana pun. Jadilah untuk aku kongsikan pendapat aku sebagai seorang manusia bernama Faizah Azmi.

Dengan blog jugak, aku kini punya satu colomn dekat Thread by Zalora. Alhamdulillah jugak ni walaupun JARANG update article.

Mudah-mudahan aku diberi peluang untuk menulis sampai aku tutup mata. Insyaallah.

Happy Birthday, Bloggie!

February 14, 2018

Seminggu cuti woii !

Holiday mood.

Assalamualaikum.

11:06 am, aku dah get ready untuk memulakan percutian CNY yang akan bermula dalam beberapa jam je lagi. Hehehe kebanyakkan kawan-kawan aku jealous. Adakah anda salah seorang dari mereka? HAHAHHAHAHAHHAH lek ah, cuti je pun. Bosan kot cuti lama-lama.

Ok, kerja pun aku dah siapkan since Lesung suruh siapkan awal. Jadi sekarang aku cuma update excel aku jelah, and aku dah print out. Buat apa excel tu? Eh kerja-kerja persendirian aku lah. Apa aku nak buat, nak beli. Ha semua kena compile kan dalam satu excel. Beli atau tak, tu belakang kira. Yang penting niat. 

Takda kena mengena, aku tau.

Tapi korang ok je kan walau ayat-ayat aku ada atau takda kena mengena en? So layan jelah. Plus aku macam dah lama tak menulis / menaip. Nak kata takda masa, ada je weh tapi aku malas. Hehehe

Aku punya article dekat Zcoop pun lama tak update tu. Matilah kena kejar dengan Editor lepas ni. Sorry Ms., I busy lately. Haa tetiba. Takda idea lah T_T

Ok, ex supervisor aku masa aku practical whatsapp aku ni sebab pagi tadi aku wished birthday dia. Yes, birthday dia, satu dunia celebrated kau. Syok ke tak tu?!

Hmm apa lagi aku nak taip ni. Boring dah.

Kejap lagi nak buat spec baru. Setelah hampir dua tahun tak bertukar, meh lah kita tukar baru dan aku rasa macam nak back in normal in terms of spec. Jadi aku harap kedai tu adalah spec yang kena dengan jiwa aku. Kalau tak, kita cari kedai lain! HAHHAHAHAHAHAAH

Dah lah, perut aku dah berbunyi ni. Bila nak makan?

January 26, 2018

Kellogg's Nutty Choc Cereal Bar

Assalamualaikum.

Masa aku scroll Twitter diwaktu senggang, Farhan pernah tweet pasal satu cereal bar ni. Dia kata sedap. Tapi aku tau aku tak boleh percayakan taste dia tu sebab hmm tak semua sedap. HAHAHAHAHAH sorry geng.

Dan pada suatu hari yang tak berapa indah, aku jumpa cereal bar tu dekat 7Eleven dan aku beli.

YA, AKU BELI !


Mempersembahkan Kellogg's Nutty Choc Cereal Bar !
 

Zoom sikit. Halal tau -.-
 

Sebagai seorang penggemar kacang yang tidak gentar ada jerawat kat muka, perghh statement aku HAHAHAHHA padahal stress tengok jerawat kat muka tapi takpelah.
 

Ok sambung ayat atas tu, seorang penggemar kacang gajus, YA, Nutty Choc ni pakai kacang tanah je bukan gajus pun tapi pada pendapat aku, hmm bar ni oklah. Belum dalam kategori sedap pun lah. Hahahah jujur habis. Tapi bagi aku mengenyangkan lah untuk sejam dua :)

Aku tetap Cashew Nut's Fan forever 💓

Happy Weekend gais!