March 8, 2012

Deleted Old memories.

Im deleted old memories.

No more tears. No more shouts.

No more RINDU-RINDU.

Yes, DELETED.

Empty the recycle bin because I know I’ll restore them soon.

Oh, past is past. Byebye memories :)

Lastly, thank you.

Ipad, be nice to me please. Penat laaaaa... nak kena campak ke? Ishhh..

March 6, 2012

Kedudukan

Mood : Penat teramat

Lagu : What About Now – Daughtry

Duduk bahagian depan, tengah, belakang, kiri atau kanan, mana menjadi pilihan korang?

Bahagian tengah menjadi pilihan Faizahazmi. Kenapa? Sebab kita duduk diantara depan dan belakang lah. Dari sekolah sampai kolej, kedudukan sama, TENGAH. Herherherrr..

Bila bekerja, kedudukan dah tukar. Dari separuh belakang terus belakang sekali. Kan dah mention sebelum ni Faizahazmi duduk betul-betul depan pantry, so means belakang sekali lah. Ha sebab tu aku dapat gaji paling lambat !

Kebaikan duduk belakang ni bila korang ngantuk, korang boleh cover line dari sesiapa tak pernah buat lagilah, then bila korang makan, orang tak prasan sangat selalu buat, nak amik gambar pun, port ni yang paling terbaik. Hahaha. Dapat khatam sume movie pun best gak.

Keburukan duduk belakang sekali ni ialah kewujudan kita tidak semua yang perasan. Seriously. Dah rasa terabai ni dalam office. Orang lain sibuk bebual dengan kawan sebelah, belakang, depan semua tapi me? Bila orang nak pergi pantry / toilet baru dapat bebual.

So obviously lah kan orang tak perasan aku. Sedih bhaii.

March 5, 2012

2nd Novel


Ingat Janji Kita

Mengambil masa 1 hari baca novel ni. Alhamdulillah dah selesai novel kedua.

Dipermulaan cerita, tak berapa nak faham sangat tapi sifat manusia yang ingin tahu tu berjaya membuat Faizahazmi menghabiskan 1 novel ni.

Walaupun cerita ni tidak sehebat novel Kan Kukejar Cintamu tapi penulis berjaya membuat emosi si pembaca aku lah tu terusik.

Emosi sedikit terusik bila Adinida iaitu watak utama dalam cerita ni mengeluarkan katanya “saya tidak mempunyai sesiapa, saya tidak punya ibu, saya tidak punya abah, tidak punya keluarga. Siapa yang mahu angkat hantaran tu nanti?” kepada Raimi, bakal suaminya ketika mereka keluar untuk menempah hantaran.

Emosi sekali lagi terusik apabila Adinida mengingati zaman kanak-kanaknya yang menjadi mangsa dera kepada ayah tirinya, Salleh dan makciknya, Kalsom. Adinida dilayan seperli hamba abdi ketika tinggal bersama Kalsom. Kalsom menjaga Adinida kerana inginkan harta yang ditinggalkan oleh arwah abah Adinida.

Keseluruhan cerita ni, ia dianggap menarik walaupun ada part-part yang pembaca saya la tu tak berapa nak faham tapi berjaya memahami hingga akhir cerita ini.

Rate untuk novel ni Faizahazmi bagi 3.8/5 :)

Scratch

Selamat Pagi Bloggyyyyy !

9.15am , mula bekerja di office.

Edit gambar yang nak upload dekat wall fb nanti. Hahaha, sempat tauk. Nak seribu daya, taknak seribu dalih

Fyi, aku pantang betul bila orang usik skrin laptop aku. Kalau dengan jari, boleh maaf lagi. Tapi kalau dengan pen, pensil, pembaris atau apa-apa barang yang boleh buat skrin scratch, okay itu memang boleh buat aku hilang respect pada orang tu.

Mentang-mentang laptop aku, suka-suka kau je nak tonyoh benda-benda tajam tu dekat skrin ni. Ingat beli laptop pakai duit kau ke? Tolong hormat sikit barang orang. Jangan ingat kau tua, aku kena redha je.

Walaupun tak ada apa-apa scratch dekat skrin ni, tapi tolong la berhati-hati. Aku pun tak pernah buat macam tu dekat skrin pc kau.

Rasa hormat aku pada kau hilang sikit-sikit. Jangan sampai aku kurang ajar dengan kau.

Dah la dengan gaji lambat 3 hari. Semua orang dah dapat, tinggal aku je yang tak dapat. Nak kata barang tak laku, ada je orang beli aku tengok. Erm ni buat aku angin. Dalam purse ada RM4 je. Takkan nak minta BaMa?

Sekarang ni fikir nak tukar kerja je. Sebab? Antaranye sebab ni lah. Gaji lambat, kerja nak cepat. Tak tau lah bila dapat pc sendiri. Kalau laptop rosak, adakah office ni akan cover untuk bayar? Tu semua jadi tanda tanya .... semua pakai pc office, aku sorang pakai laptop sendiri. Laptop ni hak persendirian okay. Hey pelik-pelik je.

Dengan gaji yang tak berbaloi, entahlah. Kalau Kakak editor kata ikut pengalaman, praktikal je aku dah hampir 6 bulan dekat sini. Office yang sama, meja yang sama, kedudukan je lain. Apa lagi? Tapi gaji ciput. Ini bukan masalah syukur atau tak tapi kalau kerja macam nepal, memang taklah kan.

TAK FAHAM. NI SEMUA DUNIAWI. Herherherrrrrrr...

Mood : moody.

Kawan-kawan, maaf eh sebab tak dapat join niari. Insyaallah May kita konvo, kita jumpa eh.

Bye!

March 4, 2012

1st Novel

Kan Kukejar Cinta Kamu by Fauziah Ashari

Semangat taip sinopsis ayat demi ayat. Sungguh ku gagahkan diri walaupun boleh cari sinopsis tru incik google je -.- okay saja nak mengisi masa tengahari yang rasa macam lama ni. Haishhh ....

Berbalik pada novel Kan Kukejar Cinta Kamu ni, mengambil masa 1 hari untuk khatam. On the way nak pergi breakfast baca mukadimah dia dulu. Selesai breakfast, on the way nak pergi kerja, baca lagi. Sesampai office, tak sentuh langsung sebab nanti tak dapat nak fokus.

Sambung lepas balik kerja, while semua orang pergi pasar malam, me, duduk dalam kereta sorang-sorang sebab ada benda berlaku ini part semua perempuan tak suka. So dari termenung tengok bangla lalu lalang, buka beg amik novel dan sambung baca.

Sampai rumah mandi, makan ok aku makan kuih je, gara-gara kenyang makan nasi goreng mamak Miss Mok beli. Then around 9 lebih macam tu, online kejap dan yes, sambung baca novel sampai 2am. 2 PAGI OKAY !

Ok stop.

So in my opinion, novel ni senang faham dan jalan cerita yang menarik. Kita sebagai penbaca rasa ingin dan ingin tahu kenapa keluarga Datuk Hakim dan Datuk Raqib ni bergaduh.

Rasa kesian pada watak Alma kerana terpaksa mengharungi liku-liku sebagai isteri yang tiada tempat bergantung gara-gara Raiyan mengidap Amnesia selepas kemalangan.

Dan kepada penerbit filem, tolong visualkan naskah Fauziah Ashari ini dalam bentuk filem boleh? Mungkin akan jadi hit seperti Ombak Rindu? Ini cadangan saya sebagai penggemar filem Malaysia.

Rate untuk novel ni Faizahazmi bagi 4/5 :)

: Ty Kak Wani sebab bagi pinjam novel ni. Ok ada satu lagi novel yang nak khatamkan harini.

March 3, 2012

Malaysia + Nepal + Bangla + Indon

Amacam dengan tajuk post ? gempak? Hahaha! Tak ada lah gempak sangat cuma nak bagitau apa bezanya 4 negara ni.

Malaysia, Nepal, Bangla, Indonesia , actually takda beza sangat kot. Kenapa?

Sekarang ni bagitau korang.

Aku kerja dah macam mereka-mereka ni.

Selalu kerja 9am till 4 atau 5pm kan? Tapi aku 9am till 7pm.

Tu belum time tengah rushing, kalau tengah rushing 10pm pun belum tentu dekat katil bilik okay.

Kalau weekend, 9am till 1pm kan? Okay office aku buat 9am till 3pm tapi buat designer macam aku, 9am till 5pm paling lewat.

Actually aku bukan tak bersyukur ke apa tapi bila difikir-fikir balik, macam tak berbaloi. Kerja dekat sini macam tak ada life, serious aku tak tipu.

Rutin harian aku bila kerja sini.

8am – dah terpacak dekat depan office walaupun office bukak 9am -.-

7.20pm – balik rumah (obviously aku orang paling awal datang tapi paling lewat balik)

7.45pm – family’s dinner

Blablabla.. tengok tv bagai ..

9.30 / 10pm – masuk bilik tidur !

Dari pengamatan aku amik kau, kan dah guna ayat editor , bila masa pulak aku nak berjimba dengan kawan-kawan kalau weekends aku pun macam tu?

Kesimpulannya, masa tengah belajar dulu adalah masa yang paling INDAH sebab:

Dapat jumpa family

Dapat lepak dengan kawan-kawan

Fikir assignments dengan dateline je

Online-online-online

Bercuti bersama family/rakan taulan

Fikir nak kahwin *ehtetiba* :D

Kan best kalau dapat patah balik masa belajar. Best oii! Tetiba rasa macam nak apply belajar. Tak nak kerja!!!

Kbai.

: Isnin sampai Sabtu je office aku bukak :)