



.jpeg)
.jpeg)




.jpeg)
.jpeg)


Assalamualaikum.
2023 bakal menutup tirai, 2024 bakal memulakan "tugas"nya pada Isnin depan. Pejam celik pejam celik, dah nak tahun baru, umur baru, azam baru dan mungkin yang ada anggota keluarga baru dan sebagainya.
Macam aku, masih maintain berdua. Manalah tau ada rezeki bertiga, berempat tahun 2024? Insyaallah amiin. Seram jugak nak type hehe tapi jika itu rezekiNya, aku terima dengan seikhlasnya. mudah-mudahan.
So pagi tadi dengar kat radio, pengalaman sepanjang 2023. Apa yang berlaku? Pahit, manis, suka dan duka.
Untuk aku pulak, 2023 banyak memori yang tak disangka. Suka dan duka pun terlalu banyak sampaikan tak track dah. Banyak sangat! Hahaha
Hmm azam aku untuk 2024? Well, nak kata azam tu tak jugak sebab hmm azam aku tak pernahnya jadi. HAHAHA. Sekadar melepas batuk di tangga. Buat tak pernah habis. Tau-tau separuh jalan aku dah kemana-mana.
So doa aku tahun ni tak banyak. Semoga aku sihat sejahtera dan diperluaskan rezeki olehNya. Insyaallah.
Aku tak pernah experience mc leave kat office habis. Tahun 2023, aku catat sejarah tu. HAHAHAHAH bukan main lagi keluar masuk klinik macam keluar masuk toilet. Setiap bulan, mesti/wajib jumpa doctor. Aku pun tak faham π€¦π»♀️
Oh, lepas tu, ini bukanlah azam sebab aku tau aku tak pernah lepas dari berat 60kg. Cuma aku berharap aku jumpa no 6 tu lagi walaupun susah bethoooooool. π π€ Tapi kita cuba.
Pound? hmm Aku cubalah sedaya upaya untuk pergi setiap kelas 4x sebulan tu. Aku cuba. Walaupun M aku tu menebal sangat-sangat. Oh, semalam aku dapatlah pergi kelas terakhir untuk 2023. Tahniah Faizah. Anda berjaya menarik kaki tu pergi walaupun macam nak tercabut kaki menggigil. HAHAHA
![]() |
| Last Pound Class 2023 |
Terima kasih 2023. Terima kasih diatas segala memori untuk sepanjang tahun ni. Terima kasih diatas air mata kegembiraan, kesedihan yang kita lalui. Terima kasih.
Semoga kita berjumpa lagi dan Happy New Year, korang!

Assalamualaikum.
Selesai sudah quarantine 5 hari bersempena covid buat kali ke2!
HAHAHAHAH faizah oo faizahhh ππ
and guess what happen after that? FANS sambut baton π Sorry sayang!
Assalamualaikum.

Kakna memang lately macam susah nak bergambar. Rasanya raya tahun ni pun, dia takda dalam gambar family. Tau-tau dia lepak dapur dah, prepare untuk semua orang nak makan. Kakna, rindu ...
Perginya seorang Kakna yang aku dan semua orang sayangi.
Alhamdulillah, aku berkesempatan untuk berjumpa dan berborak buat terakhir kali dengan Kakna Sabtu, 28/10 tu. Walaupun jumpa kejap je tapi hmm aku berharap aku dapat berbual lama lagi dengan kakna.
Siapa sangka seawal ini Kakna pergi tinggalkan kiteorang semua?
Aku siap pesan dengan Kakna, "nanti balik rumah, pakai lotion banyak-banyak tau. kering sangat kaki kakna ni.." rupanya, dia balik tapi tak sempat pun pakai lotion tu.
Dear Kakna, terima kasih untuk semuanya sepanjang perkenalan kita. Terima kasih menjadi seorang kakak yang terbaik untuk kiteorang semua. Terima kasih Kakna jaga dan teman Opah.
Terima kasih jugak selalu teman Faizah makan lah, pergi bengkel lah, beli itu ini lah and belanja makan walaupun Faizah selalu cakap Faizah ada je duit nak bayar. Ngade tau.
Lepas ni, dah takda orang nak teman Faizah makan kat Nanding ke, JJCM dalam Langat ke ... Gang Nasi Lemak pun dah hilang sorang :(
Faizah akan sentiasa ingat moment malam sebelum nikah Faizah. Kakna masak nasi goreng untuk kiteorang semua at 1am sambil gossip kat bawah khemah. Thank you, Kakna.
Berdamailah disana, Kakna. Kakna dah tak payah fikir pasal batuk, pasal oxygen dah. You will be missed, Siti Nordina Binti Zulkefleeπ