To: Faizah

To: Faizah

Assalamualaikum.
Fuh tau-tau dah habis raya, dah nak habis bulan Mei pun. Malas kemain pejah nowadays. Rasa nak baring jeeeee tanpa buat pape tapi nanti badan, kepala confirm sakit.
Tapi tapi selepas beberapa kali aku delete apa aku type kat sini, aku rasa macam nak share few gambar raya kat sini. Bermula satu raya sampailah hari terakhir raya.
Jom!


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)



.jpeg)


.jpeg)
Assalamualaikum.
Hari terakhir bekerja sebelum cuti panjang untuk rayaaaa. Excited, tak sabar semua ada. Tetiba rasa nak makan pizza pulak. RASA jelah. Belum tentu makan ๐
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk beraya, menggedik dengan family, adik beradik semua. wakakaka. Time tu lah nak gosok baju, time tu lah nak isi kuih, time tulah nak buat final check. Macam-macam!
Tahun ni lupa nak restock instax film, balance tahun lepas ada sekotak tapi macam tak cukup je rasanya. So kita ambil gambar pakai phone jelah ye. Album instax pun dah hampir penuh. Gitteww
So apa plan korang malam ni?
Aku punya plan actually plan last week. Tapi tulah, busy mengalahkan PMX. So kalau diberi kesempatan rajin tu, malam ni baru nak kemas-kemas rumah, bag baju dsb, sebelum balik kampung. Pehh bunyi "balik kampung" macam jauh kan? Padahal tahun ni belah aku je pun. HAHAA 15min dari rumah. Lagu pun tak sempat nak habis orang cakap.
Tak sabar nak makan rendang dipagi rayaaaa. Tak sabar nak makan my fav kuah kacang and nasi impit walaupun hari-hari boleh makan sebab memang ada standby kuah kacang dekat rumah. Tapi bila makan masa raya, feel dia lain macam. Uishh tak sabar. Oh, tak sabar nak check kuih-kuih raya kat rumah Opah. Tak sure lah ada ke tak biskut sampan tahun ni. Sedap tu.
So sebelum balik ni, aku nak siapkan/prepare kerja-kerja yang aku pending atau bakal hand over untuk beberapa hari. Semoga sempat and tak salahlah. Tu paling penting.
Sebab aku tau esok, lusa , tulat, I won't update anything here,

Assalamualaikum.
Banyak sangat cerita pending dalam ni tapi tulah, masih takda kesempatan untuk teruskan menaip macam dulu-dulu. Sekarang rasa semua pun malas. Hahahah. Biasalah, Faizah kan.
Tiba-tiba je nak puasa dah kita semua.
Apabila dalam kata dan perbuatan terukir salah dan khilaf, Yakni dengan segala kerendahan hati kecil ini ingin terucap mohon maaf setulus-tulusnya. Selamat menunaikan ibadan puasa ramadan.
bye.
#tiberhabis