August 18, 2016

Rindu.

Orang tua cakap kalau kita tak suka, janganlah sesekali sebut atau taip atau meluahkan dengan apa cara sekali pun. Haaa baru tadi aku bagitau yang setiap Khamis aku sibuk dan aku bagitau yang tengahari tadi yang aku sedikit sibuk. Haaa aku betul-betul sibuk sebenarnya ni. Serious aku tak main-main. Aku nak kena siapkan semuanya dalam masa hmm sejam lagi. Fuhh struggle lebih sikitlah sebelum balik ni.
 
Struggle lah sangat -______________________-
 
Haa esok, kalau nampak aku dekat mana-mana tegurlah. Wahh kau pejah, gelabah betul kau ni ...
 
Sebab aku struggle sangat sampai terlepas pandang satu kerja ni. Aku tak check pun dia ada dua muka surat. So mamat lesung dah suruh aku betulkan balik. Tapi tak susah pun. Jadi ....

Aku nak siapkan pape yang patut secara pukal ni. Jangan kacau aku.

Haa Ahad ni genap arwah pakteh 100 hari. Rindu pakteh. Kalau tak, hari-hari dengar dia menjerit, batuk annoying dia tu. Hmm rindu Y_Y

Dah lah, aku kena cekalkan hati. Jangan nangis. Jangan sedih. Kang kalau sedih, aku menangis. Bila menangis, aku lapar. Bila aku lapar, aku makan. Bila aku makan, aku mengantuk. Bila aku mengantuk, eh tidur lah lepas tu. Nak buat apa lagi? Takkan marathon satu Kajang pulak. Blerghhh..

Sedang makan epal hijau.



Eh diet ke? *usap dagu*

Kalau lencunlah pagi tadi ...

Ingat pagi ni nak gerak pukul 8 lah macam biasa. Pastu selak langsir, wow langit dah mendung berarak dah ni. Terus cepat-cepat siap. Pastu baba pun suruh cepat, kang hujan rintik-rintik air bergelora, siapa susah kalau bukan aku? Aku dah lah perempuan yang malas nak sarung baju hujan. Baju tu dah lah berat, tebal gilaaaa. Jadi makin malaslah aku nak sarung. Kalau hujan masa balik kerja, memang aku tak pakai lah baju hujan. Redha basah-basah balik. Aku kan gigih -_______-

Sebab aku tak pakai baju hujan, jadi aku speed lebih sikit pagi ni. Tapi takdalah lebih 100km lagi. Mau terbang semuanya. HAHAHA! Aku sempatlah memotong dua atau lebih kereta staff office aku. HAHHAHA! Rasa macam tengah racing, padahal speed sebab taknak basah lagi. Seluar aku lagi sikit nak lencun. Aku dah fikir tadi ni kalau lencun memang singgah rumah opah lah, halfday terus. Yelah aku tak gila lagi pergi kerja baju seluar basah. Aku dah pernah buat sekali. So sekali tu je aku gila. Sekarang aku dah waras alhamdulillah dah ^^

Kejaplah, aku nak buat kerja sikit. Kang aku sambung membebel.

----

Masih buat kerja ....

----

Masih buat kerja ....

----

Akhirnyaaaaaaa! Siap segala benda yang nak buat kat sistem. Tapi ada lagi yang terkandas ditengah jalan sebab Shir baru nak sort out dekat bahagian dia, jadi petang-petanglah baru buat yang tu. And after lunch baru fikir artworks yang tak siap lagi tu. Dari semalam baru letak nama je. Haaa semua sebab size board tu panjang gilaaaaaa aku cakap kau. Huh. So memang amik masa nak siapkan. Eh nampak macam alasan tak? Hahaha biasalah pejah kan?! =.=

Ada lagi enam minit sebelum aku melangkah ke pantry makan nasi bungkus. Kenapa tak balik rumah opah macam biasa? Sebab setiap Khamis, meja aku mesti menerima kerja yang super banyak dari hari-hari biasa. Memanglah aku jarang buat masa lunch hour tapi aku letih tengok. Oh letih lagi aku nak melangkah keluar office. HAHA satu lagi alasan yang tak boleh pakai dari pejah. Tapi seriously, Khamis je meja aku akan bertimbun dengan semua benda. Kalau kerja tak banyak, aku pasti pasti PASTI balik rumah opah untuk menikmati makanan tengahari yang super enak itu. Waaa poyo sangat -.-

Sebab Wawa bagitau yang dia lunch nasi kerabu harini, makanya esok aku buat misi mencari nasi kerabu as breakfast. So to Kak Timah we goooooooooo ~~ esoklah esok. Bukan sekarang lah. Sekarang mungkin Kak Timah sedang menyapu halaman rumah sambil tunggu Wanita Hari Ini. Mungkinlah mungkin aku cakap. Ishh.

Eh aku perasan entri makanan je mesti hit kat blog ni. Fuhh aku ada geng makan rupanya. Yey!! Haaa~ korang tau mana nak dapat croissant telur asin tak sekitar Kajang Cheras ni? Aku macam teringin, sebab Kings dah takda jual. Tak banyak permintaan kot. Haa sedihnya hati aku ni. Remuk habis bila dengar perkhabaran ituu. Kejam kejam sangat kejam korang terhadap tekak aku yang sentiasa inginkan makanan sedap-sedap ni!! 



Dah aku nak lunch. 

August 17, 2016

Murung pahal?!

Aku tengah buat artwork sambil baca blog Nurulism sambil makan kerepek tiram ni ha. Sedap. Nipis, rangup, haishh sedap. Makanan apa yang tak sedap ditekak pejah? Eh ada ok. Ada. Kau jangan ingat aku jenis mente ni tak tau menilai makanan. Kalau engkau berfikiran macam tu, haaaaaaaaaaaaaa kau silap 100%!! Percayalah. Hahah

Grrr, aku kehabisan point nak bermadah helah kat sini. Serious. Takda benda dah. Mata ni asyik pandang desktop kanan bawah. Bila nak 6:30pm ni? Bosan tau bosan! Aku dengan Wawa dari pagi 

bosan .. bosan.. bosan ... murung.. murung.. hahaha saiko apa masing-masing -.-

Secara jujurnya, aku dah rasa bosan dari tadi. Dah beberapa hari aku tak turun petang. Bukan sebab takda benda nak buat tapi lebih kepada malas. Hahah malas dengan pejah berpisah tiada. Shir cakap banyaaaaaaaaaaaaaaaaaak documents kat bawah. Esok jelah kutip satu-satu. Sekarang malas. Sekarang nak tidur. Sekarang macam nak makan yong taufu. Eh? tetiba sangat.

Oh Yong ada cakap usually buah-buahan dekat Korea mahal. Eh yeke? Aku tak tau sebab tak pernah jejak sana lagi. one day. one day. 

Aku rasa macam nak tukar semua benda dekat template tapi tulah malas. Aku dah tukar sikit-sikit je ni. Hmm haaa malas-malas. Okay barang adik-beradik aku dah dapat. Tak sabar nak membuat edaran seperti Bolt kepada mereka bertiga. Eh termasuk akulah. Kata adik-beradik. Aku kan kakak mereka. Hehehe

Dah lah. Cerita pun dah campur carca merba ni. Mengundang marabahaya betullah!

WTFish!! Tapi bukan salah ikan pun -.-

Menunggu lunch hour dengan penuh kesabaran didada walaupun perut takdalah lapar mana pun. Poyo gilaaa cakap tak lapar. Kang nampak lauk, nampak nasi, terus terbuntang biji mata. Hahaha! Terus senduk nasi, makan dengan rakus pastu membebel perut senak sebab makan macam tak pernah jumpa nasi sebulan. Padahal dua minggu je experience.

Kalau aku menunggu lunch hour atau waktu balik atau waktu-waktu yang boleh aku keluar dari office, itu bermaksud mood aku memang kelaut nak buat apa-apa. 

Mood lapar lagi! Hahah baru tadi bagitau tak lapar. Haaa booo lah pejah.. booo!!! Alaa biarlah, makan tetap makan. Kalau tak makan, nanti aku kempunan, aku kempunan lagilah membuak-buak perasaan nak makan tu. Pastu turun 5kg je punnnnnnnnnn~~

Tapi yang pasti mood aku sekarang memang kelaut disebabkan ada orang tu telah memperlekehkan aku dengan cara mungkin tak sengaja atau bergurau. Eh tapi dia tak gelak atau senyum. So tak bergurau lah. Dia serius. Ya, serius. Aku tak kisah, yang penting aku macam nak bagi satu sepakan padu kat dia tapi dia tua dari aku. Eh tua setahun je tapi bolehkan? Hmm aku angin ni angin!!
 
Aku tak pasti sama ada aku yang cepat sensitif ke atau orang-orang ni memang sengaja nak cari pasal dengan mood aku? Weh tak boleh ke cakap elok-elok atau erti kata lain, bertanya dengan penuh sopan? Takkan tu pun aku nak ajar? Adoii. Sakit hati betul. Kau tak tau, tak pernah aku sindir kau eh you tak tau ke ni semua ni? Takda okay. Sampai dekat aku, wow mulut macam nak kena cili sindir tu. Sakit pulak hati ni. Memang mencari nahas betul mamat lesung ni tau.

Dua hari lepas #mamatannoying1 pulak buat hal. Aku dah email semua artwork yang dia mintak on Friday. Boleh pulak Isnin dia call, tanya mana kerja dia. Hoii sakit hati aku. Pastu dari meja D, dia dah terjerit-jerit tanya artwork. WTFish!! Nampak sangat dia tak check emails. Cuba kalau aku yang tak check emails dia bagi, fuhhh mulut dia macam maknenek. Membebel non stop. Yelah bukan salah dia kan. Haaa salah dia, wahh pandai ni terus blah, terus oh bukan I punya, Dan punya. WTFish sekali lagi. Stress betul hati aku.

Bertambah-tambah tahap mengantuk aku sekarang. Nak balik!!!

Pengat pisang nangka tepung gentel idaman kalbu

Hahahahha aku masih tak percaya semalam aku blog non stop sampai tiga entry!! Seriously aku buat? Tapi semalam takdalah free sangat, sebab ada artwork carta ni ha. Siap bersambung lagi pagi ni tapi entah. Aku nak bebual, tapi takda sape nak join bebual. Nasib baik sangat-sangat yang aku ada blog. Haaa habis semua aku cerita. Nak tweet pun malas. Yang memerlukan cerita pendek dan ringkas, bolehlah. Tapi tetap tak puas sebab pejah kan gila kuasa. Nak taip panjang-panjang, walhal siapa je baca? Booooo!!

 

Ni sarapan aku pagi tadi. Eh dengan nasi lemak sebungkus. Beli untuk Adeeb, belikanlah untuk diri sendiri jugak sebab aku tau dengan bubur yang maha sedap ni tidak dapat cover tahap kelaparan aku yang super kuat melantak ni. Hehehhe. Ma buat. Aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gila. Sebab ma buat, pastu ada tepung gentel. Sedap oi. 

Alkisahnya, pagi tadi konon nak tolong. Aku dah set alarm 5:30am, pastu aku terjaga dan aku matikan jam dan OMG AKU TERTIDO sampailah aku sedar dah pukul 6am, terus keluar, tengok bubur dah siap -_-' Sorry ma. Memang dah niat nak tolong, tapi tertolong dalam mimpi rupanya. Ampun ampun.

Aku rasa sebab aku tido lewat kot semalam. Aku tak tau kenapa lately aku tido kemain lambat, padahal dah menguap macam buaya kelaparan, tapi mata mengada taknak tido. Haaa paksa jugak mata ni, baru tido. Sumpahlah aku macam bebudak yang kena paksa tido -.-''

Haa aku lupa something!! Assalamualaikumm gais~~ :')

Dahdah aku nak sambung buat artwork. Board kali ni panjang. Bila panjang amik masa, bila amik masa, aku cepat malas. Hahahah apa kejadah malas-malas tah? Sebab bila board panjang, nama pun banyaklah nak key in dalam board, pastu nanti ada je salah, ada je nak tambah itu ini. Haaa terus aku angin, terus aku meninggikan suara kepada orang-orang yang tak bersalah. Kesian mereka.

Kbai.