January 18, 2016

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih


Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.





[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]






Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :





1. PANTAS BERTINDAK


Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.




2. SENANG & MUDAH


Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.




3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF


Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.




4. PENGIKTIRAFAN


Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.




5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI




Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.




Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 




Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*


SMS / WhatsApp : ‘CLEAR’ ke  019-544 3000





Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)


January 14, 2016

#CNBLUE6thAnniversary


 

Thank you for always giving us the best performances.


I hope you will always be CNBLUE until the last breath.


Keep on with producing great music for all of us. Fighting!

January 13, 2016

Surat dari Jung Yong Hwa

Assalamualaikum.

Tadi dapat parcel dari Wawa. Cik kak ni baru tak baru lah, balik dari honeymoon dia nun dekat Vietnam tu. Terharu lah iolls. Kiteorang kenal melalui Nora tapi tak pernah jumpa pun tapi berbual macam kenal lama. Padahal dua-dua ada perangai sama, iaitu kalau jumpa orang tak kenal akan jadi super pendiam! Hahaha.

So tadi tengoklah envelope tu, nampak ada surat. Sekali bila bukak ...


Macamana tak terkejut? Hahah! Sejenis yang gigih jugak makcik ni. Siap google signature Yong tu paling tak menahan. Hahaha!

Anw Wa, thank you bagi keychain :) Thank you bagi Yong! Eh, surat. Hahah.

January 4, 2016

2016, Adik's first day!

Assalamualaikum.

Happy new year korang! Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk bersama-sama dengan orang-orang tersayang. Syukur. 

So let's cerita apa yang terjadi sebelum new year haritu sampai lah harini.

2016, adik dah 7 tahun ye. So adik ada orientasi dekat sekolah baru dia. Semangat ni. Sebelum pergi daftar, dia belanja selfie sekeping dua. Muahahahha :D


Ye ye, pose poyo ni sudah menjadi trademark adik =.=' Belum tengok senyum poyo campur bibir terjongket dengan mata separuh bukak. Tu lagi poyoooo. Adik adik ~~~ !!
 

Sebelum adik pergi sekolah, aku dah pesan siap-siap, jangan duduk belakang. Nanti tak nampak / dengar apa cikgu ajar. Biar duduk depan. Padahal kakak abang-abang dia semua sukaaa duduk belakang. Kahkahkahh. Takpe dik, tunggu awak besar, duduklah mana awak nak duduk. Darjah 1, duduk depan cukup!

1 Harmoni. Fuhh harmoni ke tak kelas ni, tunggu hari perjumpaan ibubapa nanti. haha.
 

Adik's first day! 


Bangun agak awal ye budak ni. Around 6.15am macam tu. Since sekolah dia agak jauh dari rumah (dari tadika sampai darjah 1, sekolah adik paling jauh), tu kena bangun awal. Lagipun harini kan first day, haruslah datang awal. 

Ma masakkan sarapan. Sempat dia termenung masa nak makan. Entah apa yang difikir pun tak tau lah. First time jugak dia kata bag dia berat. Muahahah! 
Ingat awak tadika lagi ke Faiz woii ?!
Lastly, kepada adik-adik kakak yang gedik Zikri and Faiz Aziz, good luck! Ingat, belajar elok-elok.


p/s: tengah cari rollerblade ni. Ada sesiapa tahu mana yang jual harga mampu milik? Thanks.

December 31, 2015

Wedding - #FirdausTasneem

Assalamualaikum.

Memandangkan banyak jugak entri pasal majlis kahwin ni aku skip (sorry su!), maka dengan itu, sempena hari terakhir 2015, aku updatelah satu entri khas untuk tontonan uolls. Aku pun tak sure the cousins ada baca ke tak blog aku ni tapi kalau baca, hey gais! Hahaha. Tapi make sure korang get ready dengan entri yang super panjang ni okay. 3 majlis tau. hahah

So let's #FirdausTasneem

Akhirnya pada 11.12.15, #FirdausTasneem selamat diijabkabul. Alhamdulillah. Majlis berlangsung selepas solat Asar. 


Keesokkan harinya yakni 12.12.15, berlangsung majlis belah perempuan (Tasneem). Kiteorang ni belah lelaki. So memandangkan rumah aku dengan rumah Tasneem tersangatlah dekat, jadi kiteorang gerak lambat. Sempatlah singgah Putrajaya amik CikArah. Maknanya, kiteorang patah balik. Kajang - Putrajaya - Kajang.




Alhamdulillah thank you Tasneem sekeluarga. Makanan best! Aku duduk je dekat meja family tu tapi tak makan pun lauk situ. Haha. Ada nasi ayam, keropok lekor, aiskrim Malaysia, mee/bihun sup jugak. So aku makan nasi ayam sebab aku macam teringin kan. Share dengan Kak PP. Hahah share lah sangat -.-

Okay, let's moved to Firdaus's side. 



Antara orang yang paling awal sampai. Hahah! Siap sesat okay. Yelah LHDN kan ada dua pintu masuk. Takdalah sesat mana pun. Salah pintu je. Ingat kiteorang je sesat. Eh semua orang pun! Nasiblah. Baba pun belum sampai lagi masa ni. Baba kerja kerja pagi ni sekejap.


Lepas kiteorang bergambar ni, baba pun sampai. So Achik dengan Zikri pergi amik baju melayu baba dalam kereta. Bertukarlah baba ~~ Tapi ni gambar baba masa dah habis majlis. Sampin pun dah tanggal. Muehehhee :D
 

Sebelum majlis mula. 


Aku suka gilaaaa baju ni. Walaupun ia hampir ke arah 'ketat' sebab aku membesar dengan begitu jayanya tapi aku suka baju ni. Tak panas. Thankyou ma, belikan :)


Aku dah booked Achik a month before majlis. Walaupun dia adik aku tapi nak tengok dia ada dekat majlis-majlis keluarga sangat susah ye. Dia jenis pemalas nak amik cuti emergency. Baju dia ni, haaa Sabtu baru beli. Kalau aku tak ingatkan, memang lari tema lah dia. 


Okaylah, sambung lagi selfie sambil tunggu pengantin datang. Ye ye, gambar semua dari phone busu. Lawa weh. Oppppppoo. Hahaha. Thankyou busu.




Selfie sampai lebam...

  

Ye pangantin dah get ready. Sempatlah wefie dengan kakak pengantin seround.


#FirdausTasneem


Yeahh itu dia. Pengantin #FirdausTasneem berarak masuk kedalam dewan. Masa ni dah ramai orang kat dalam tu. Semua tunggu pengantin. 

Trivia: Pasangan pengantin #FirdausTasneem berkenalan dari sekolah lagi. Tak silap aku, dua-dua ni classmates. Amboii kemain eh Fidaus ..

Sedang semua orang tengah menjamu selera sambil bergelak ketawa dengan para jemputan, adik buat hal sendiri. Mula-mula dia dengan Iman dekat stage tu. Eh aleh-aleh dia sorang. Dia nak take over stage tu okay. Bukan nak menyanyi tapi dia buat macam pelamin tu dia yang punya! Hahaha. 




Hahhaha kau mampu pose macam ni masa orang tengah ramai dekat bawah? Hahaha ye ye, adik je mampu! Hahaha. Adik win ah!!

Nak bagi adik senyap senang je. Bagi je dia phone. Dia mainlah game tu sampai habis bateri. Hahaha. Kalau dia dah bosan, ye dia akan pergi kat buffet tu and makan, makan dan makan. Takpun, buat hal sendiri. Good job adik.


Hahahha wefie lagi ..


It's our time. Finally!
Masa ni kebanyakkan tetamu ramai yang dah balik. Tapi tapi tahap parkinson aku tetaplah ada masa nak wefie ramai-ramai ni. Haha. Aku sampai sekarang rasa pelik, macamana aku boleh menyanyi dulu walaupun parkinson ni ada? =.=



Umi dengan ayahanda pengantin sibuk layan tetamu. Memang takda langsung gambar dengan maklang and paklang. Sudahnya, weolls lagi berwefie. Muahahahhaa!


Tengok jam, dah 3.30pm .  Okay pergi setelkan pape yang patut sebelum habis waktu. Woii jauh gilaa menapak. Pastu panas dia, fuhhh tak terkata. Boleh berasap. Hahha okay tipu je tapi memang panas!

Dalam 5.30pm macam tu, semua dah siap. Dewan dah kemas. Tinggal nak sapu je. Sebelum kita balik, wefie lagi seround! Hhahaha






Video tak boleh letak sini. Tak tau pasal apa. Check SINI kalau nak tengok. Haha kelakar. Aku mampu gelak je kat belakang itttewww :p

Balik dari kenduri, setelkan pape yang patut. Nasib sempat. Terus siap-siap, pergi Tesco Kajang. Sebab apa? Adik nak jumpa OME's cast weh! Aku memang ingat ramailah casts nya. Okay, sorang je. And part paling best nya ialah masa kiteorang sampai tu, dorang tengah kemas-kemas nak kemas tapi ramai gilaaa orang duk serbu dj ni. So adik kan kecik lagi. Dia bijak. Dia masuk celah-celah orang ramai tu dan Achik whatsapp kat group family gambar bawah ni ...


Hahahahah sempat kan! Semangat adik untuk jumpa dengan DJ tercapai. Mission accomplished !! Bravoooo adik bravooo 

December 28, 2015

Entri terakhir?

Assalamualaikum.

Gosh! It's almost end of the month (and year too!) And this is my first post for this month (December) Hahaha. Sorry! I've been busy for a month (and still). I'm trying to looking some precious time for posting anything here, but I can't.

Okay. 

Masih lagi sibuk dengan websites. Sepatutnya Jumaat dah boleh launch tapi kerana beberapa perkara, website still under construction. Eh bukan website untuk iolls. Ni untuk office. Banyak nauu errors. So kena betulkan, betulkan dan keep on betulkan. Dah juling mata tengok template semua. Pening uolls!

Aku ada hutang korang satu entri (actually banyak!). Kalau ada masa, aku update. Kalau tak, biarlah entri tu berkubur macam entri maksu Nor kahwin haritu. Hahah! Gambar pengantin sikit je sebenarnya. Yang banyak gambar selfie je. Hahaha! Still, gambar jugak kan? kehs!

Apa lagi nak borak sementara mood nak buat website datang?

Aku mengantuk ni. Dah berapa hari tido tak ikut masa sepatutnya. Bila nak habis buat website ni? Haaa ni lagi leceh dari semua kerja aku pernah buat. Hahah.

Ye, pejah, teruskanlah dengan alasan ... kau malas sebenarnya - kata hati

Mungkinlah, mungkin ini entri terakhir untuk bulan ini? Entri terakhir untuk tahun ni? Kita tungggggguuuuuuuuuuu ~~