August 22, 2014

MH17


Assalamualaikum.

Dukacita hari ini (22 Ogos 2014) adalah hari berkabung untuk Malaysia. Salam takziah dari saya, Faizahazmi untuk ahli keluarga anak kapal serta penumpang MH17. Semoga kalian tenang disana. Al-Fatihah.


 
 

August 15, 2014

Lee Jong Hyun & Melody Day - 사실은 말야 (Young Love)

Assalamualaikum.

So harini aku masih lagi dalam mood santai depan pc dari pagi sampai balik nanti. Haha. Kerja dah siap sebelum lunch dan petang takda kerja. Eh ada tapi satu je dan dah setel pun. So sesambil berbalas mesej dari Pinot, aku macam terpandang satu gambar yang boleh buat semua Boice pengsan sambil menangis. Serious weh! Aku ada rasa nak pengsan tapi tak pengsan pun cuma tergamam je. Menangis pun tak. Heheh.


The view of Park Dalhyang's body !! Rasa nak pengsan kan? Hahaha I know *kesat air mata* Timeline aku penuh dengan gambar ni. Boice duk RT dari pagi tadi. Fuhh mula-mula tengok, nak gugur jugak jantung. Dulu takda pun expose macam ni, sekarang badan dah tough, amboii kemain awak ye, Yongg~

Tapi aku rasa, sekarang ni dia macam kurus melampau. Aku suka tengok masa zaman Heartstrings. Tak cengkung sangat macam sekarang. Ke mata aku yang problem? *curious* Tak kisahlah, janji dia sihat, sudah. Yang lain, pandang sipi je. Hiks. 

Apart from Yong's story, Lee Jong Hyun dah ada lagu baru. Feat dengan Melody Day. Siapa Melody Day? Hahaha aku tak kenal pun. Aku tau lagu ni sebab trending semalam dekat Twitter. Dan aku dah dengar dan aku dah TERsuka dan aku rasa lagu ni best gilaaa! Walaupun tak faham tapi aku suka muzik dia. Best. Tu kat bawah ni, aku ada letak lagu ni. Check it out ~~

Lee Jonghyun (이종현) [CNBLUE] & Melody Day (멜로디데이) - 사실은 말야 (Young Love)


Harap korang suka dan Happy Weekends uolls ^^

August 14, 2014

Raya di Melaka

Assalamualaikum.

Alkisahnya Jumaat lepas, aku halfday sebab petang tu nak pergi Melaka ye. Nak balik kampung opah. Jadi lepas ma balik, bergeraklah kita ke Melaka. Melaka part mana, jangan tanya. Aku memang tak tau. Hahha! Yang aku tau, masa ni aku lapar menggila sebab tak makan dari tengahari. Aku makan roti canai je pagi tu.

Sampai pun dah lewat malam. Nasib busu ada bawak kuih raya, ma beli ayam golek, aku mampu beli slurpee je. Haha. So berkelahlah depan tempat kiteorang tinggal tu. Aku tak tau tu resort ke hotel ke homestay ke apa ke, hmm korang pergilah check sendiri. Nama tempat tu Ismah Beach Resort, Pengkalan Balak

Jadi gambar malam memang takda sebab masing-masing dah kekenyangan dan kemalasan dan sangat mengantuk. Lepas selesai apa yang patut diselesaikan, aku terus tumbang. Hahah! Tapi aku biasalah, jangan kata tempat orang, bilik sendiri pun aku asyiklah terjaga disaat orang lain enak dibuai mimpi indah. Berapa kali aku terjaga entah. End up, 5.30am aku dah bangun tapi biasalah, golek-golek dulu. Hehehe :D

Pagi tu, sarapan almond london yang busu bawak sebab breakfast tak sampai lagi. Tempat aku stay ni, berdepan dengan laut tau. Jadi haruslah tahap keterujaan tu agak melampau sikit. Hahah! Aku bukanlah orang yang mandi laut ke pantai segala ni. So adik dan sepupu kecilku yang super excited, so moh ler kita pergi beramai-ramai. Tinggallah opah bersendirian didalam bilik sambil tengok tv (agaknya lah. hehe)
 

 Inilah anggota keluarga aku yang pergi ke Melaka. Dalam frame, opah jelah takda. Opah dekat bilikkan. Masa pagi ni, rasa macam PANTAI NI AKU PUNYA! hahah sebab takda orang langsung. Mungkin sebab pagi kan. Dalam pukul 7 lebih rasanya ni. Tapi bestlah bagi aku. Bersih je. Tak macam Bagan. Bagan tu kotor. Dulu lagi kotor, ada buih-buih putih lagi. Sekarang hmm takda dah kot? Entah, aku jarang pergi dekat air tu.



Adik memanglah suka explore sendiri. Ni dia korek pasir tu, aku panggil nama pun, sikit dia tak heran. Okay dek, akak sentap dengan awak! Huh saiko dengan adik sendiri. Wakakkaa!
 

Haa budak kecik ni pun sama. Entah apalah yang dia buat tu. Sikit pun taknak pandang. Penatlah aku jerit nama dia. Hampeh nak pandang. Okay Deeb.

Balik dari laut tu, budak-budak ni sambung dekat pool sebelah bilik pulak. Betul-betul sebelah bilik family aku. Jadinya, pool ni AKU LAH YANG PUNYA!! hahaha. Kolam dewasa pun tak macam dewasa punya. Sebab adik aku yang kecik tu pun rilek je kuak lentang dalam tu. Aku? Mampu tengok je sebab tak kuasa. Haha padahal tak tau berenang.



Masa untuk balik. Aku tangkap gambar ni dari dalam kereta je. Seriously aku rasa laut atau pantai ke or whatsoever ni, tempat dia sangat cantik. Sumpah tak tipu. Besar pun besar. Jauhlah air tu dengan darat. Banyak jugak chalet dekat sini. 
 


Itulah percutian raya aku. Kemana lagi selepas Melaka? TUNGGU ~~

August 13, 2014

Kemalangan

*back to normal font size*

ehemss .. Assalamualaikum!

Haluu~ Aku baru habis setel semua kerja aku. So sekarang tengah tunggu kerja lain atau bahasa mudahnya, aku nak tunggu pukul 4 petang untuk aku turun bawah check order baru. Kalau takda, takdalah aku kerja sampai esok pagi. Hehe. So agak bosan sebenarnya bila kerja siap awal. Memang aku target nak siapkan kerja sebelum 5 petang supaya aku boleh rilek sikit tapi terawal pulak. Pukul 3 lebih aku dah siapkan semua. Ni tengah tunggu senior double check, kot-kot aku ada salah buat ke apa. Harap-harap takda salahlah kan.

Oh aku baru terbaca pasal Wanita Maut Digilis Bas (boleh click, aku dah letak link dekat situ) . Semakin menjadi-jadi kes kemalangan sekarang. Aku dah lah tak pro dengan jalan raya yang banyak kenderaan ni lagi, pastu keluar cerita-cerita macam ni. Haish kecut perut jugaklah. Walaupun aku ni acah-acah IronGirl , tapi kalau dah perempuan tu tetaplah perempuan. Takut tak bertempat katanyaa -.-'

Aku jatuh Isnin lepas. Perghh sakit dia, terasa sampai sekarang. Macamana aku boleh jatuh? Hmm aku pun tak tau. Tau-tau dah tersasar, pastu nak naik balik, tak boleh then jatuhlah aku kat tepi jalan tu. Nasib tak kena mana-mana kenderaan lain kat situ. Kalau tak, dah satu hal nak membayornyaa :') Dah lah takda orang tolong. Aku bangun then aku terus blah pastu aku gelak sendiri sebab terasa malu pulak jatuh. Hahha! Nasib takda kenalan aku yang nampak. Kalau ada,
MALU Oii !!!
Lepas jatuh, aku rilek je pergi kerja dengan seluar koyak dekat lutut. Hahah gagah perkasa kononnya. Takda sape perasan pun. Haa eloklah. Pastu adik pergi bagitau opah, ma semua. Adoii malu iolls. Dah lah terasa diri seperti IronGirl pastu jatuh pastu HAAAA MALU malu malu =__='

Tapi tetaplah gagah cerita kat sini. Hahha. Sebab aku dah takda point nak cerita apa.

Kbai.

August 8, 2014

CNBLUE BALIK RAYA !!

Assalamualaikum.

Selamat pagi uolls ^^ Dah sarapan? Apa menu korang pagi ni? Haaa aku makan roti canai je dengan adik-adik aku kat mamak. Anw aku bukan nak cerita pasal roti canai ke apa ke, cuma aku tengah nak isi masa dengan mengupdate blog ni sementara sistem tengah update ke bulan Ogos. Aku dah standby kerja semua depan pc, tinggal nak on sistem je tapi tulah, depa tengah update lagi. Okay sabar.

Aku harini half day. Biasalah, nak jumpa boipreng. Dia baru sampai malam tadi. Kesian dia, muka penat tak ingat. Hahaha boipreng kununnn. Puihhh~ Hahah takdalah, aku nak pergi mengembara sebenarnya. Tak lama pun, kejap je. Isnin depan aku masuklah kerja balik :) Jangan rindu aku okay? Hhehe ^^

Oh berbalik cerita boipreng tu, yes, CNBLUE are here~ Dorang dah sampai malam tadi around 9.30pm macam tu. Aku tak sure. Yelah, esokkan konsert dorang kat Stadium Negara. Huh, how I wish I can go there .... Takpe, aku support dari jauh je :D

Paling win, hashtag untuk dorang yang dibuat oleh admin Boice MYCNBLUE. #CNBLUEbalikraya !! 

                                                Pic credit: @IceCool03

Memang kenalah dengan hashtag kan? Hahah. 

I is nervous okay masa tau dorang dah sampai KLIA. Hahah. Aku tak tau pasal apa aku nervous. Gigih check laman sosial nak tau update pasal dorang. Tulah, tengok muka Yonghwa, hmmm nampak sangat dia tengah penat. Get some rest please, Yongg~ Oh semua orang tertanya-tanya leher Jungshin dah kenapa? Macam merah-merah. Dah lah Malaysia panas sekarang, confirm pedih. CONFIRM! 

So to Boice, have fun tmr guys!

August 1, 2014

Raya oii !!

Assalamualaikum.

Raya kelima, aku dah start kerja. Memang mood tu ada swing sikitlah. Lagi-lagi tadi lunch kat rumah opah ada buat bakar-bakar. Aku dapat dua tiga suap je lemang tu sebab baru siap dan ia sangat panas gila tak ingat okay!!

Aku suka lagi lemang buat sendiri, sebab sedap dan sedap dan lembut. Kalau beli, jarang dapat lembut. Mesti dapat kerak keras tu. Huh, aku tak gemar lerr haiii.

So amacam raya korang? Raya aku biasa-biasa je. Sebab mood tu memang takda. Haha. Aku rasa tahun ni aku beraya tak macam tahun-tahun lepas. Sebab? Aku kurang makan. Seriously! Aku belum makan lagi lemang, ketupat dan segala rendang juadah raya dekat rumah orang. Aku makan dekat rumah nenek, opah, maktok je. Bukan taknak tapi entah, aku punya nafsu makan tu macam kurang je? Hahah.

Esok nak pergi beraya. Mudah-mudahan nafsu makan aku datanglah esok. Haha! Tak sabar nak beraya sakan esok. Sakan ke? Hekss!

Ni gambar raya ketiga. Birthday baba dengan wak jeman. Celebrated together-gether dekat rumah nenek. Aku pulak rasmi skirt baru bos dept bagi :) Thank you, Elena ^^

Okay bye.