January 15, 2014

Teaser: Achik's Convo


Gambar takdalah banyak mana tapi bolehlah untuk aku mengabadikan gambar-gambar masa konvo Achik Isnin lepas. Tapi bukan sekarang, tunggu aku dapat semua gambar, baru aku update. Sebab aku macam sibuk sikit minggu ni. Rasanya minggu depan baru free.

 

So tolong tunggu dengan hati yang tenang dan senyuman yang manis dimuka ye? hehe. Anw aku hutang korang satu post family day kan? Ha itu lagi satu hal. Aku dah mula tak ingat apa yang berlaku. Kalau tetiba aku ingat, aku update lah ye. Maaf. Hehee~

Babai.

January 10, 2014

Jung Yong Hwa vs Sleepy

Assalamualaikum.

Pagi Jumaat ni sejuk je dekat kawasan office ni. Macam biasa, aku mesti feeling dekat Korea. Hahaha! Aku tak tau kenapa aku asyik ingat Korea je, padahal tak pernah pergi sana pun. Ahhh ni semua Jung Yong Hwa punya pasal. Hehehe gila dah aku ni.

 
 
Mula-mula terfikir nak update benda lain sebab aku mengantuk gila tapi bila dah tertulis nama Yong Hwa, terus macam 
eh, nak selitkan pasal Yong Hwa lah :D *gelak jahat sorang-sorang dekat meja*
Sejak aku tengok Heartstrings, aku terus aim mamat Lee Shin dalam cerita tu. Aku suka dia main gitar. Like seriously, dia main gitar gila hebat! Lepas tu aku macam suka bila ada part gitar dengan alat tradisional muzik Korea tu bergabung. Mantap gila bunyi dia. Aku sampai google cari lagu tu. Akhirnyaaa jumpa jugak. So aku buat ringtones. 

Kalau dengar lama-lama, boleh tidur jugaklah tapi bila dah masuk part gitar, kau mampu ke nak tidur? Hahhaa aku gerenti korang tak akan tidur sebab elemen rock tu dah sampai. Tapi aku takdalah sampai lompat-lompat atas katil. Aku waras lagi, nanti patah/roboh katil tu, aku jugak kena marah dengan baba mama. So kita chill :)


Aku sendiri tak percaya yang aku boleh letak gambar ni (ye gambar ni) sebagai wallpaper kat phone aku. Ohh my! Kau dah kenapa Pejahh?! Tapi bila orang nak tengok phone je, aku cepat-cepat tukar wallpaper sebab aku masih tak boleh terima hakikat. Hahahah saiko!

Yelah aku yang dulu bukan aku yang sekarang .... (sambil nyanyi lagu Tegar)

Oh aku memang minat lagu-lagu CNBlue since aku tengok cerita The Gentleman Dignity lagi. Dan aku baru perasan kat phone aku ada lagu dorang. So koleksi lagu CNBlue bertambah lah sekarang. Dari lagu yang Jong Hyun nyanyi dalam TGD, sekarang dah ada lagu Because I Miss You, Where You Are (favourite) dengan You've Fallen For Me (favourite). Aku rasa macam ada lagi tapi ni je aku ingat. Hhahaha.

Aku google jugak pasal dorang ni, dan aku baru tau si Yong Hwa ada join We Got Married dan aku macam perasan dalam external aku ada program ni. So marilah kita tengok. Dah nak seminggu aku tengok, sampai sekarang tak habis lagi. Malam tadi aku tengok dah sampai Yong Hwa bagi hadiah birthday dekat Seohyun. Lepas tu mata aku dah tak tahan, so tutup laptop dan tidur. Malam ni sambung lagi memandangkan esok cuti. 

 

Gambar pertama dorang dalam We Got Married. Ye aku tau aku lambat (sangat lambat) mengikuti cerita ni tapi ada aku kisah? Aku baru nak berjinak gitu. Hhhee jadi bersabarlah. Jangan risau Lelaki Kacak masih di tangga teratas carta. Lalalalalaaaa... :D

Dah aku banyak merepek ni. Dan aku masih mengantuk. Aku nak cari headphone baru. Headphone aku dah dah putus wayar sebelah so tak boleh dengar dah Y__Y Penat google, semua tak mencapai piawaian aku. Hishh payah betul nak cari. Kbabai.

January 8, 2014

Happy 5th Birthday, Faiz Aziz Azmi

Assalamualaikum.

Sebenarnya dah dua minggu aku takda kerja. Bukan takda kerja langsung. Ada tapi tak bertimbun. Maknanya, boleh siap dalam jangka masa yang pendek. So selalunya bila kerja sikit, aku suka buat lambat-lambat sebab nanti nampak banyak padahal ala dua je?! Jadi takdalah aku tengok screen pc ni sampai nak terkeluar biji mata. Kang aku yang stress. Hahahhaa!

Aku bila takda idea nak update apa-apa pun aku boleh jadi stress. Sebab aku tau aku nak menulis tapi dalam masa yang sama aku takda idea nak tulis apa dalam ni. Hahaha gila ke aku? Tak tak tak, aku tak gila. Cuma aku poyo sikit. Hehhe dah biasa kan? Good *thumbs up*

Harini yakni 8hb Januari 2014 adalah ulangtahun adik bongsu aku, Muhammad Faiz Aziz bin Azmi. Alhamdulillah dah 5 tahun dah umur budak gedik ni. Makin besar makin becok. Asyik nak membebel je. Aku pun confuse mana dia dapat tenaga asyik bercakap pastu lompat sana sini bajet power rangers =.=' I is confuse you know. pftt~

Malam tadi pergi pekan Kajang, belilah jajan sikit untuk bagi dekat kawan-kawan sekolah dia pagi tadi. Adalah dalam 30 packs kot? Entah, achik yang kira. Aku tukan staple pack tu je semalam. Tahun ni tak sure ada celebrate ke tak sebab opah tak sihat. Selalunya, bulan Januari mesti ada kenduri dekat rumah Opah, sebab buat tahlil arwah atok jugak. Tapi dah tak sihat, takda buatlah kot. Tunggulah Opah sihat nanti.

Pagi tadi hantar goodies pergi sekolah dia. Kawan dia macam excited sikit. Heheh biasalah budak-budak, memang suka jajan ni. Dalam googies tu ada layer cake, pen, tamtam, coklat, jelly, belon dan roka ke apa ntah nama benda tu yang panjang tu. Aku pun tak tau apa nama dia sebab aku tak makan benda tu. 

Anw Happy 5th Birthday to my youngest gedik poyo lil brother, Faiz Aziz ♥

January 3, 2014

Hari Pendaftaran PraSekolah & Sekolah Rendah

Assalamualaikum.

Sabtu tahun lepas. Hehhe. Nampak sangat aku malas nak update blog sampai cerita tahun lepas pun masih ada. Jangan risau, ini cerita kedua akhir untuk tahun lepas. Hhehe. Cerita akhir nanti aku update bila aku dah ingat apa yang berlaku. (ke aku takkan update ni?)

Kejadian berlaku pada Sabtu minggu terakhir bulan Disember. Ada hari pendaftaran untuk pra-sekolah, darjah 1 dan darjah 6 rasanya. So untuk tahun 2014, busu meniaga dekat kantin sekolah rendah dekat rumah opah ni.

So pada hari kejadian, semua orang bertungkus lumus kerja. Yelah, kira 1st day meniaga lah kononnya. hehe.


Ini port pakteh dengan BangMer. Depa akan buat air. Sedap atau tak, mai datang rasa. Hewhewhew. Jangan risau, kami guna Milo. So confirm akan sentiasa rasa cergas dan bertenaga! Hahah


Sedang semua orang sibuk didepan melayan pelanggan, aku lebih rela duduk dekat dapur. So takda semak aku kira nombor. Hhahaha. So kita selfie lah sendiri. Tanpa filter. Ye aku semakin tembam dengan sangat-sangat BERJAYA! Sigh.



Dipilih ... dipilih .. Semua makanan ni buat sendiri okay. Kecuali air kotak and all those jajan.





Begitulah keadaan di kantin sekolah rendah ni. Nampak semua orang bekerja keras. Bagus! Keep it up guys :D

January 2, 2014

Kejadian berlaku ketika Krismas

Assalamualaikum.

Hari Krismas yang lepas, kan semua orang cuti? So baba dengan officemates dia buat picnic dekat kampung halaman baba. Dimana lagi kalau bukan di Bagan Lalang. Heheh 22 tahun aku picnic sini. Lalallaa...
















Sempatlah jugak sambut anniversry kawan baba (pakcik yang tengah potong kek tu) Anak dia yang tudung hijau tu baker. So dia buat. Cupcake (gambar atas-atas) pun dia buat. Sedaplah.



Akhirnya lepas asar, semua pakat beransur. Pulanglah ke tempat tinggal masing-masing. Memang best. Penat sangat padahal aku duduk depan kuali je masak ayam goreng tapi tak panas pun. Maksud aku cuaca, serious tak panas. Tak berpeluh okay.

Fine. Aku takda idea sebenarnya. Plus dah banyak lupa. Biasalah cerita krismas kan? Harini dah 2hb Januari 2014 pulak. So dah berhari-hari berlalu. Heheh.

Kbai.

January 1, 2014

Wordless Wednesday: Haish

Hmm ..


Sampai sekarang aku fikir, kenapa duduk dengan cangkung tu lain harga?
Adakah dorang akan tengok masa kita membuang? Hmm..
Merepek betul.

Jangan nak YIKUT EREHAN sangat eh  -__-''