May 3, 2012

60 tahun.


Bagaimana rupa anda 60 tahun akan datang? malas ah nak tanya setakat lima atau enam tahun, tak mencabar nak fikir. Hehehe.
Masa buat Moral5 tadi, tengok gambar tangan ni. Macam takut pun ada, sedih pun ada. Kulit dah macam transparent tau, nampak tulang lagi.


Tengok tu atas tu.

Jomlah kita fikir rupa dan kehidupan kita 60 tahun akan datang .. (make sure korang 21 tahun pada 2012) :)

AlHijab

Masa final sem yang lepas, ada trip pergi Kolej Komuniti Selayang. Bukan unformal trip tau tapi untuk InoREKA 2011. Rasa macam pernah update pasal InoREKA ni tapi kali ni bukan nak cerita yang Im the only one girl yang masuk final untuk Film Promo tapi nak cerita pasal filem Al Hijab.

Kebetulan tempat penginapan untuk KKKualaLangat didalam sebuah mall yang macam nak hidup pun segan-segan lagi. Hehee. Lupa dah nama hotel tu tapi perkhidmatannya adalah yang terbaik bagi student yang jakun batak tak hengat ni -_-'


Tilam tu empuk gila plus toilet dia menjadi pujaan hatiku. Sumpah lawarr ! Senior dengan junior semua macam batak, ketuk pintu bilik lepas tu buat muka pelik sambil mengomel sesorang dekat muka pintu ‘siapa yang ketuk tadi?’ , bukan tu je, ada yang main call-call la bagai, okay tau lah call tu FREE! Yang girls je baik, tak batak macam the guys -___-"


Presentation Film Promo – Faizahazmi sebagai peserta tunggal wanita. Mengigil habis masa presentation -.- oh salah seorang dari juri tu offer buat V.O dekat FINAS. Alhamdulillah. Terima kasih. CN dengan Qila sebab sudi teman masa presentation. Please abaikan muka yang mintak penampar tu!
Malam kedua dekat Selayang, semua duk tanya nak pergi tengok AlHijab ke tak? Eh tak main lah tanya depan. Kata phonecalls FREE plus ada wifi, makanya medium-medium seperti Twitter, Fb dan calleds digunakan sebaik yang mungkin. Hewhewhew..

Semua set nak tengok sekali kecuali Din dengan Haikal sebab depa nak pi tengok malam kiteorang sampai. Sampai hati korang tak ajak! Tempat wayang horror habis. Eh lupa nak bagitau, tempat wayang dengan hotel kiteorang satu floor je :) punyalah banyak seats kosong, Animasi’s (kiteorang lettew) conquer 3 rows, tak ramai mana tapi nak duduk dalam kelompok yang sikit.

WANgen, WANchik, Ayie dengan Amir duduk 1 row. Dibelakang Qila, Noura, Faizahazmi dengan Nabil. Mamu dengan Wafiy row belakang kiteorang. Bila semua dok pakat menjerit AHHHHHHHHHHHH sana, AHHHHHHHHHHHHH sini, Faizahazmi dengan muka tak bersalah boleh tertidur lima minit gara-gara tak minat cerita horror ni -.- (sumpah membazir) lepas tu siNabil boleh kejutkan, aishh mengganggu.

Memandangkan tak nampak reaksi kawankawan yang berada di baris hadapan, tengok jelah baris sendiri. Qila dengan Noura dah pakat peluk-peluk macam wayang tu nak runtuh -.-‘  Nabil rilex lagi sampailah part nenek kebayan keluar. Part ni memang aku gelak tengok Nabil punya reaksi. Dari tadi dia diam je, lepas nenek kebayan keluar dia boleh maki-maki nenek kebayan tu sebab dia memang tak suka dengan NENEK KEBAYAN! HAHAHAHA!

Bila habis cerita ni, semua pakat nak balik bilik sebab takut. Masing-masing tak macho dahh, semua cerita reaksi tengok cerita ni, semua nak cover ‘eh aku tak menjerit la’ ‘cerita ni takdelah takut sangat’ dan banyak lagi alasannnnn ....... blablablaaaaa..


Bila ku cerita pasal reaksi Nabil, dia boleh tak mengaku. Eh Hello, I sitting beside you eh! Bilalah nak keluar tengok wayang lagi, perhaps masa rehersel semua nak pergi tengok wayang dekat Mines, itu je paling dekat en.

Bye.

May 2, 2012


more days.
Can't wait :)

Part 1 – Mengenali SiSEPET


Muhammad Solleh Imami, nama adik sepet saya. Dia ni sekarang diisytiharkan sebagai warga Nepal gara-gara tiada pengenalan diri. Walaupun mata sepet, tapi taknak gelarkan dia budak cina ke apa. Makanya Nepal is NEPAL ! hahahaha (mati aku kalau dia baca ni) :)

Keep asking me bila nak cerita tentang dia dalam blog, setelah hampir berminggu-minggu perah otak ni, barulah petang ni dapat idea nak cerita (sebab awak bahan akak, maka akak akan bahan awak balik). Mari-mari ke chapter seterusnya ....

Meminati DJ Blend, tapi sumpah ku tak kenal pun siapa mamat DJ Blend ni -_- blender Ma dekat dapur jenama Panasonic tu aku tau ah. Biarlah, asalkan aku tau nama dia. lalallalalalal .... Si Nepal ni eh siSolleh ni minat muzik rasanya sebab dia cakap dia suka mamat Blend ni kan. Tapi dia bercita-cita untuk bergelar seorang pendidik pada suatu hari nanti. Insyaallah dek, ada rezeki jadilah awak sebagai guru.

Fashionista? Okay! Mat kemeja dia ni :)

Baru sebulan kenal dia, tapi macam dah kenal bertahun-tahun sebab dia ni sentiasa ada dengan Faizahazmi. Maksudnya? Weekends jumpa, weekdays ada je benda nak borak + bahan = pening kepala -.- Melayan kerenah siNepal ni boleh buat kita rasa nak hentak kepala dekat pagar besi CS. Hahahaa seriously.

SiNEPAL siSOLLEH ni baik, dia selalu buat kakak dia yang tak pandai eja ni gelak. Like ALWAYS!
Bye.

Part 2, incoming okay.