April 9, 2012

Social Network

Assalammualaikum.

Memandangkan zaman sekarang ni zaman berteknologi tinggi, maka tidak hairanlah jika nenek-nenek, atok-atok kita dekat kampung tu pakai Facebook atau Twitter atau lain-lain sosial network. Bila ditanya “nenek ada facebook?” maka dijawablah pertanyaan itu “ada, apa kau ingat kau je ada? Aku pun nak cari kawan-kawan masa muda-muda doluu!” Terus siCUCU gelak guling-guling sampai halaman rumah jiran sebelah. KAHKAHKAH! Amboii kelas siNENEK :]

Actually bukanlah nak cerita pasal atok, nenek, jiran sebelah punya adik punya pakcik punya facebook or etc tapi korang pernah dengar Blaving? Just find out last week :)

Blaving.com macam Twitter sebenarnya. Walaupun page dia serabut macam lalang dekat belakang kedai Cik Din tapi ramai jugaklah yang register aku yang lambat sebenarnya :D

Yang membezakan Blaving dengan Twitter ialah di Twitter kita update Twit dengan menaipkan? Tapi di Blaving, kita update status dengan menggunakan suara kita. Ibarat macam uolls cakap sorang-soranglah. Uolls boleh nyanyi terus dekat situ, macam sesetengah artis buat padahal baru dengar AfiqHakimAhmad nyanyi lagu Ombak Rindu -.-

So for those yang suka bercakap dari berkata-kata, korang should try Blaving. Its gonna be fun! Lepas ni kalau terasa nak merepek, terus je update dekat Blaving. Tak payah buat vblogs pastu satu kerja lagi nak upload dekat Youtube. Remeh !@#$%^&*

Cepat-cepat, Blaving.com ya teman-teman

Follow Faizahazmi at Blaving.com excited tunggu followers

Bulan

Oh bulan, enggan melayari diriku lagi, pabila air mata membasahi pipi .... At night when the stars, light up my room, I sit by myself, Talking to the Moon, Trying to get to You, In hopes you're on, the other side, Talking to me too, Or am I a fool, who sits alone, Talking to the moon...

Tetiba lagu Yuna dengan Bruno Mars pulak kan? So bukan Yuna dan Bruno Mars je suka bebual dengan bulan tau, yes me too !

Terlalu banyak cerita suka, duka, panas, gosip telah ku ceritakan pada siBULAN. Walaupun siBULAN hanya mendengar tanpa berkata tapi itu sudah cukup membuat ku rasa lega.

Tapi semalam, ku perlukan siBULAN. Menunggu ditepi jendela seperti hari-hari biasa, memanggil namamu tapi hampa, siBULAN tidak juga kelihatan :(

Alangkah bahagia jika siBULAN dapat membaca isi hatiku sekarang. Bulan, benarkan ku tidak layak untuk mendapatkan yang terbaik dari seseorang? Benarkah itu, Bulan?

Semangatku hilang, sudah lebih 24 jam ku tidak melelapkan mata demi mencari jawapan yang sesuai. Apa yang aku sedar sekarang, mungkin benar apa yang diucapkan oleh seorang Hamba Allah itu. Terima kasih kerana menyedarkan ku.

Bulan, ku perlukan kau ......

April 5, 2012

Upcoming :)


Waiting.

Kegilaan


Ha tengoklah tu, kalau dah bosan, macam-macam perkara yang tak pernah terlintas nak buat pun boleh buat. serious kau gila Faizah !!

April 3, 2012

Touched

Intro : Selamat Pengantin Baru Amy ! Cepat dapat baby tau :) Semoga kalian kekal hingga ke akhir hayat. Amin

Boom clap, Boom de clap de clap, Boom clap, Boom de clap de clap (nyanyi reramai cepat)

Okay sila duduk di posisi asal. Dah? Ready? (amboii tak sabar)

Boleh baca sekarang.

“nanti kau rasa kau jauh dari aku, macamana?”

“sorry sebab berjauh dengan kau”

The touched statement that i’ve a heard from someone yesterday. So touched, sweet and yes, Im happy :) Thanks beb. #terharu

“bila kita nak serious?” – Adik Sepet

Terkejut + rasa nak hentak kepala dekat kepala katil yang lawar ni. Hahah! Adik! Akak pun teruja ada adik mata sepet macam awak. Hewhewhew. Sabtu nanti kite bebual okay?

Macam-macam berlaku semalam. Sebelum tidur dapat texted touched, masa tidur dapat called dari kawan lama. Okay ini lagi terkejut sebab dia baik sangat, yes I know you miss me. (nak perasan jap). Dari statement yang sungguh touched sampai tahap yang nak hentak kepala -.- mereka semua berjaya buat Faizahazmi senyum panjang sampai tertembus Singapura (nampak benar menipunya) Tyssssdvvmmmm !! (panjang punya ty aku bagi)

Kehidupan baru yang semakin lama, semakin bagus. Alhamdulillah, ini semua berkat doa keluarga dan rakan-rakan. Walaupun tak semua dapat dilupakn tapi kira berjaya jugaklah. #happy

Masih lagi dalam mood untuk mengenali diri ini.

Untill next post peeps. Eh i sayang uollsss tau

Toodlesss. Bye!

April 2, 2012

Misteri jalan lama


Semenjak dah habis belajar dan bekerja ni, dah takde masa untuk diri sendiri. Means, no time for movies and karaoke. Sekarang masa hanya untuk office dan business. Yes kinda boring there tapi nak buat macamana, nak hidup, kenalah cari duit. No money, means you’re nothing. Em right?

Okay back to the headline, Misteri Jalan Lama. Sebelum ni adalah dengar pasal movie ni dari FarahSidek tapi tetap jugak tidak berkesempatan untuk tengok. Yes im too late, i know -.-

Bila ditugaskan untuk membuat trace ni, banyaklah masa terluang. Yelah kalau hadap lukisan tu 24 hours, mata boleh sakit. Bak kata lecturers, we need a green colour :) so masa-masa macam ni lah digunakan untuk tengok semua tele, drama, movies yang tak sempat nak tengok.

May I make some review abt this movie (ok ni cerita melayu!)

Kalau tak silap lah, poster cerita ni macam horror sikit. Macam cerita hantu but then takde pun hantu?

Cerita ni macam nak buat macam cerita Merlin kan? Tapi outfit casts dalam cerita ni memang tak boleh blah. Paling kelakar baju ada ketul-ketul tu!

Kapal boleh bergerak atas jalan tar ke? Cuba bayangkan kalau ganti dengan kawasaki? Ok merepeks.

Jalan cerita dia macam tak best, ending pun tergantung. Kita mesti tertanya-tanya, Ilya dengan hulubalang tu dapat ke selamatkan kawasan dorang..

Liyana Jasmay gedik dalam cerita ni but nice! Ok i nak Nissan Skylady Pink jugak! Heee~

Tu jelah kot? Later I review Nora Elena pulak. Ni pun baru khatam lima hari lepas :)

Bye! Adiosss (^^,)