September 14, 2011

14hb

Bangun awal harini. Konon-konon nak pergi breakfast MCD, RM4.50 je kan :D Aleh-aleh breakfast nasi lemak ayam goreng je dengan Nora dekat Banting Baru (BB). Makan tu je dah harga RM5+ , macam makan tengahari okay! Tapi asal perut ni kenyang, ok aja dehhh. Lepas makan, baca Metro *dahmacamorangtua* -.-“ tak kisahlah, lagipun takde berita yang best pun selain daripada sms dari pembaca tu. Tu fav kolum Faizahazmi dalam Metro ni. Tengah-tengah fokus baca hiburan, Wafiy text cakap nak datang pinjam helmet. Wafiy datang dan ambil hard disk Ain untuk repair, tak jadi pinjam helmet.

Part paling best untuk harini ialah waktu makan tengahari. Rumah dikunjungi oleh sahabat handai *dahmacambuatopenhousewalaupundorangdatangbawakmakanansendiri* hahaha :D cool tak cool lah kan. Nora dengan I je tak makan sebab masih dalam mood kekenyangan breakfast tadi -.- lepas makan, Kiteorang dengan Alin join Qila dengan Nik berborak dekat meja makan. Kina dengan classmates dia lepak depan tv pulak. Meriahkan? Eh janganlah jeles ^.^ Macam-macam dibualkan, dari zaman practical hinggalah zaman Blackberry ni. Dah puas berborak, semua berpindah ke ruang tamu untuk buat storyboard. While me, sibuk dalam bilik menaip sesuatu dekat word. Mula ingat nak kemas bilik tapi bila semua dah bertandang dekat rumah, memang kerja semua TERPAKSA tangguhlah.

Texted Zera ajak pergi ziarah kawan sekolah kiteorang yang sakit dan terlantar dirumah, tak tahulah pergi ke tak. Biasalah planning je lebih, end up yang buat spoiled Faizahazmi jugak. Aduhh maaf ye teman-teman :( dengan mood raya yang masih ada lagi, masih banyak open house yang terpaksa dihadiri oleh Faizahazmi dan famili *bajetkauartislahkan* Faizahazmi akan cuba hadiri semua rumah teman-teman rapat sebelum raya melabuhkan tirainya dalam 2 minggu lagi. Mudah-mudahan sempatlah datang. dan pada kawan-kawan yang lain, sila-silalah hadir rumah terbuka famili Faizahazmi di Sg Tekali pada 1st October ni. Rumah untuk iklan ramadan rebina “Kelas kau jah!” ingatkan? Hahahah :D datang tau!

Dari tengahari tadi hujan lebat, petang berhenti kejap. Malam hujan lebat balik. Tak jadi pergi pasar malam dengan Nora. Kempunan pergi pasar malam, hahaha! Makan malam pun order dekat Alin dengan kawan-kawan dia. Semua bungkus makan dekat rumah. Ibarat open house versi malam punyalah. Bau paprik ni memang menusuk kalbu beb! Lapar-lapar! Makan dulu ya ^.^

September 13, 2011

13hb

Hari yang sangat memenatkan. Penat segala-galanya. Kesian dengan otak yang asyik berfikir dari mulanya kelas. Assignments pun makin lama, makin banyak. Mula-mula dapat Assignments untuk kelas Portfolio, tak rasa sekejap pun. Rasa macam lama lagi duedate nak hantar. Tapi bila kerja tu ditangguh dari sehari ke sehari, end up lagi 3 hari sebelum duedate, baru terhegeh-hegeh cari software, gambar dan video bagai. Adatlah pelajar macam kami yang LEBIH gemar buat kerja bertangguh ni. Betul tak kawan-kawan? Hhaaha :)

Sekarang ni bila masuk 3D Lab, mesti nak baca blog orang. Baru tahu seronok rupanya baca blog ni. Aduhh macam baru nak belajar berblog pulak :D dan saya kini adalah peminat blog Hanis Zalikha dan Yuyu Zulaikha. Kak Hanis sangat cantik dan suka tengok gambar-gambar dia. Kak Yuyu pulak comel je. Mereka ni sangatlah famous! Tumblr pun best jugak. Gambar-gambar menarik tapi bila baca Tumblr mesti sakit hati. Kawan-kawan cakap “kau tak payahlah baca if kau sakit hati!” ahh wateverlah.

Harini jugak mood tidak mengizinkan untuk berCERIA. Tak tahu lah kenapa? Muka tension je. Masa Cumy datang tadi, masih boleh bergelak ketawa tapi malam ni, aduh bajet-bajet macam nak nangis je. Sebenarnya rindu Ibu, rindu ketawa + bergosip dengan ibu. Kalau dulu ada orang yang nak dengar cerita pasal ibu tapi sekarang dengar pun orang dah tanak. Pffft! Saya dah takda ibulah :’( erm kawan-kawan rapat yang baca blog ni mesti boleh baca apa yang ada dalam fikiran Faizahazmi. Kawan-kawan, itu pun termasuk jugak kot -.-” entah, quite confusing actually. Nak makan pun macam agak-agak je walaupun itu saat paling MENGUJAKAN ^.^

Macam nak tidur. Saya belum ehem-ehem lah -.-” Pening dah memikirkan hal ni. Bila nak okay ni? Haishhhh. Kawan-kawan, terima kasih tau sebab memahami emosi Faizahazmi c: Masa untuk kemas katil, katil dah macam tongkang! Mati kalau Ma tengok keadaan bilik dirumah sewa ini. Susah hendak menerangkan bagaimana keadaan didalam bilik ini. Yang pasti 2 almari didalam bilik ini adalah milik Faizahazmi :] Jangan jeles kawan-kawan.

Rindu pada teman-teman rapat. Kita kena berjimba! Jumpa nanti.

Selamat Malam. Tidur dengan tenang ya. Al-Fatihah untuk arwah ibuku, semoga ibu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. *sayasangatmerinduiibusaya*

September 3, 2011

Raya 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin
Kepada Semua Yang Mengenali Faizahazmi :)
Maaflah Jika Faizahazmi Ada Buat Salah Silap,
Biasalah Manusia Ni Mudah Melakukan Kesilapan -.-"

Well Raya Went Well . Walaupun Duit Raya Dapat Sikit Je . heheh .
Dahh Besar Katanya -.- 1st Raya Di Rumah Nenek .
Gambar Banyak Dekat Nikon Cik Ejan .
So Nanti Bila Dah Amik, Faizahazmi Uploadkan Yer .
Layan Jelah Gambar Yang Ada . Heheh :D








Adik & Kesya




Raya Pertama - Di Sepang

En Azmi & Pn Zarina

**Gambar Tidak Mengikut Susunan. Maaf.

August 5, 2011

August 3, 2011

Housemates .

Thanks Housemates .
You Guys Make My Day ^_____________^
Thanks eh make me laugh kuat2 :) best !
aduh feel mcm nak jogging je malam ni. tapi takut pulak . haishh !

THANKS AGAIN HOUSEMATES :)

For You.


WTF !
I've read this one post. well Im think she's talking abt me.
and yeah, like I care?
kalau nak bilang dkt dia, go ahead !

so anyways , HYE ppl ^___________^
Hate today sebab kena denda dkt tempat perabot.
wth! amik animasi but kena bertukang bagai? haishhh -.-"
tersasar jauh dari kos yg diambil !!
lalu balik meninggalkan kawan2 ku . BYE GUYS! hahaha.

berbuka dengan ayam kurma dan daging kicap plus sirap ais!
SEDAP!!! :) kuih je tak abeh2 lagi. mcm biasalah tu. nafsu!

esok 3D's class :) aduhh bosan!
hantar proposal Web Animation pulak. dah la pembetulan dia
masih dalam rangka lagi. -.-"

dan sampai sekarang masih tak faham dengan perangai classmates aku (guys) yang macam apa je dorang ni bila nampak aku online. batak semacam. haishhh =.=" sawan apalah korang ni ..

mood : Web Animation

BYE. TAKE CARE :)