December 29, 2023

2023, Thank you for everything.

Assalamualaikum.

2023 bakal menutup tirai, 2024 bakal memulakan "tugas"nya pada Isnin depan. Pejam celik pejam celik, dah nak tahun baru, umur baru, azam baru dan mungkin yang ada anggota keluarga baru dan sebagainya.

Macam aku, masih maintain berdua. Manalah tau ada rezeki bertiga, berempat tahun 2024? Insyaallah amiin. Seram jugak nak type hehe tapi jika itu rezekiNya, aku terima dengan seikhlasnya. mudah-mudahan.

So pagi tadi dengar kat radio, pengalaman sepanjang 2023. Apa yang berlaku? Pahit, manis, suka dan duka.

Untuk aku pulak, 2023 banyak memori yang tak disangka. Suka dan duka pun terlalu banyak sampaikan tak track dah. Banyak sangat! Hahaha

Hmm azam aku untuk 2024? Well, nak kata azam tu tak jugak sebab hmm azam aku tak pernahnya jadi. HAHAHA. Sekadar melepas batuk di tangga. Buat tak pernah habis. Tau-tau separuh jalan aku dah kemana-mana.

So doa aku tahun ni tak banyak. Semoga aku sihat sejahtera dan diperluaskan rezeki olehNya. Insyaallah.

Aku tak pernah experience mc leave kat office habis. Tahun 2023, aku catat sejarah tu. HAHAHAHAH bukan main lagi keluar masuk klinik macam keluar masuk toilet. Setiap bulan, mesti/wajib jumpa doctor. Aku pun tak faham ๐Ÿคฆ๐Ÿป‍♀️

Oh, lepas tu, ini bukanlah azam sebab aku tau aku tak pernah lepas dari berat 60kg. Cuma aku berharap aku jumpa no 6 tu lagi walaupun susah bethoooooool. ๐Ÿ˜…๐Ÿคญ Tapi kita cuba. 

Pound? hmm Aku cubalah sedaya upaya untuk pergi setiap kelas 4x sebulan tu. Aku cuba. Walaupun M aku tu menebal sangat-sangat. Oh, semalam aku dapatlah pergi kelas terakhir untuk 2023. Tahniah Faizah. Anda berjaya menarik kaki tu pergi walaupun macam nak tercabut kaki menggigil. HAHAHA

Last Pound Class 2023

Terima kasih 2023. Terima kasih diatas segala memori untuk sepanjang tahun ni. Terima kasih diatas air mata kegembiraan, kesedihan yang kita lalui. Terima kasih.

Semoga kita berjumpa lagi dan Happy New Year, korang!

December 13, 2023

Covid19 untuk kali kedua ๐Ÿ˜’

Assalamualaikum.

Selesai sudah quarantine 5 hari bersempena covid buat kali ke2! 

HAHAHAHAH faizah oo faizahhh ๐Ÿ˜“๐Ÿ˜’

and guess what happen after that? FANS sambut baton ๐Ÿ˜ Sorry sayang!

November 6, 2023

Berdamailah disana, wahai Kakna sayang ๐Ÿ˜”

Assalamualaikum.

Kakna memang lately macam susah nak bergambar. Rasanya raya tahun ni pun, dia takda dalam gambar family. Tau-tau dia lepak dapur dah, prepare untuk semua orang nak makan. Kakna, rindu ...

Perginya seorang Kakna yang aku dan semua orang sayangi. 

Alhamdulillah, aku berkesempatan untuk berjumpa dan berborak buat terakhir kali dengan Kakna Sabtu, 28/10 tu. Walaupun jumpa kejap je tapi hmm aku berharap aku dapat berbual lama lagi dengan kakna. 

Siapa sangka seawal ini Kakna pergi tinggalkan kiteorang semua? 

Aku siap pesan dengan Kakna, "nanti balik rumah, pakai lotion banyak-banyak tau. kering sangat kaki kakna ni.." rupanya, dia balik tapi tak sempat pun pakai lotion tu.

Dear Kakna, terima kasih untuk semuanya sepanjang perkenalan kita. Terima kasih menjadi seorang kakak yang terbaik untuk kiteorang semua. Terima kasih Kakna jaga dan teman Opah. 

Terima kasih jugak selalu teman Faizah makan lah, pergi bengkel lah, beli itu ini lah and belanja makan walaupun Faizah selalu cakap Faizah ada je duit nak bayar. Ngade tau.

Lepas ni, dah takda orang nak teman Faizah makan kat Nanding ke, JJCM dalam Langat ke ... Gang Nasi Lemak pun dah hilang sorang :(

Faizah akan sentiasa ingat moment malam sebelum nikah Faizah. Kakna masak nasi goreng untuk kiteorang semua at 1am sambil gossip kat bawah khemah. Thank you, Kakna.

Berdamailah disana, Kakna. Kakna dah tak payah fikir pasal batuk, pasal oxygen dah. You will be missed, Siti Nordina Binti Zulkeflee๐Ÿ’›

October 30, 2023

Triggered

Assalamulaikum.

Dari Julai membawa ke awal Oktober, aku dengan klinik/hospital tak dapat dipisahkan. Bila mana cuaca pun kejap hujan, kejap panas, so samalah dengan tahap kesihatan diri aku ni. Kejap ok, kejap kang semput, kejap kan oxygen tak cantik, kejap kang batuk. Eh stress tau. FANS sabar dan tenang jeeee. Aku biasalah kabut tu dah sebati dalam diri. HAHAHAH

1 Oktober, pagi tu aku lepak HKL, jaga cousin aku kejap while Busu setelkan hal-hal beliau. Masa ni aku dah batuk teruk jugak tapi setakat duduk layan kdrama, aku ok je. Pastu petang tu, FANS pickup kat HKL dan terus ke Sunway nak cari barang kerja dia. 

Tekalah kiteorang jumpa siapa? NOH HUJAN! HAHAHAHAH

FANS memang minatlah dengan Noh. Member terkedu weh. HAHAHAHA. Nervous punya pasal, kiteorang takda bergambar pun dengan Noh. Sayangggg sekali. Sampai sekaranglah FANS rasa menyesal ๐Ÿ˜‚

Dekat Sunway tu, aku dah rasa tak selesa kat dada. Tapi jalan jelah sambil layan batuk, then cari ubat and so on. Rasa tak larat, duduk relax kejap. Pastu sampai satu tahap, aku tak boleh go dah. Aku ajak FANS pergi klinik terus. Dari Sunway, terus ke Maluri. Ye, jauh tapi FANS suka klinik ni. 

Masuk je bilik, doktor tanya "awak ke batuk kat luar tadi?" aku angguk jelah. sapa je lagi kat luar selain aku kan? "awak batuk memang oxygen drop ke?" haa sudah. aku mana boleh fikir dah. Aku panggil FANS masuk, and dia yang borak dengan doktor. Lalu aku kena cucuk ubat paru-paru lah, dan muntah. Pastu kena masuk air sebab oxygen drop. Jadi bertapa lah klinik sampai air habis.

Memang aku dah "discharge" TB tapi parut tu, tetap akan triggered bila masanya, kata doktor lah. 

Lepas dua hari, aku baru perasan dua-dua inhaler aku dah expired! HAHAHAHAHAHA apolah pejah. Semua tak perasan dah expired. Aku, doktor, nurse. hahahah.

Alhamdulillah sekarang so far semua baik-baik sahaja.

September 8, 2023

Post Hospitalization

Assalamualaikum.

HAHAHAHH cerita pasal scope je sampai 3 entri. Biasalah selagi boleh kan ๐Ÿ˜… 

Aku dapat cuti 10 hari termasuk hari aku warded and memanglah seronok tapi dalam masa yang sama aku stress sebab aku tinggalkan 2 shipments dengan D and E. Nasib baik aku dah prepare semua so takdalah takut sangat walaupun aku takut jugaklah if ada salah ke atau apa-apa yang aku terlepas pandang.

 

Jadi pada 24/7, aku kena pergi hospital untuk dengan doc explain pasal scope. Adalah dalam 10 ke 15min jumpa and discuss doc explain itu dan ini. Alhamdulillah aku free cancer. Benda paling takut tapi if tak jaga, aku boleh dapat tu. Harap-harap taklah.

Selesaikan semua perkara dengan CC, kiteorang decided untuk brunch dekat cafeteria. heheh. Aku makan lasagna and FANS makan lempeng sambal tumis. sambal dia bapaklah pedas. terkejut perut aku. lasagna aku bawak balik sebab banyak gilaa. memang puas hati lah.

Sekian sahaja cerita hospital saya. Bye!

September 7, 2023

Gastric

 Assalamualaikum.

Goooood morning everyone. Tbh, tak best nya rasa kalau selalu sangat on medical leave ni. Tapi tu lah, aku tak sure orang lain macamana but for me, lepas covid, macam-macam terjadi.

Tak pernah-pernah naik ambulance, kau merasa. Tak pernah-pernah warded, kau merasa jugak. 

MC lama ni aku pernah rasa masa sekolah je masa aku tengah on going ubat TB. Lepas dah free TB, dah discharged, aku tak pernah cuti lama. Kalau accident pun, just 2-3 hari.

Wahh sekarang bukan main. MC tu macam bff nowadays. Apa yang aku risaukan, orang ingat aku main-main sakit tu. tbh, aku bukan orang yang suka cuti if kau kenal aku. Sekarang ni, salah sikit, haaa mulalah badan buat hal. Hmm aku tak suka tapi aku cuba tak merungut. Tapi aku takut. 

Hari-hari aku sekarang adalah bff dengan ubat. Haihh boring. Aku ingat zaman ubat dah berakhir masa aku form 4 tu. lahhh umur 30 keatas, ubat macam gula-gula dah hahahhaha. 

Oklah, aku decided untuk wfh atau mc harini cos ulu hati aku masih pedih since malam tadi. Mungkin triggered dengan sweet potato kot. Aku craving lalu makanlah petang semalam. Hmm aku lupa benda tu angin. Tahniah lah pejah. Kau yang cari angin tu this time ๐Ÿ˜ฎ‍๐Ÿ’จ

Aku nak sambung buat kerja sebelum pergi klinik. Bye!