June 23, 2023

Lunch with Colleagues 🍺

Assalamualaikum.

Jumaat yang gloomy. Pagi tadi hujan. Tengahari macam redup tapi macam panas sebab aku berpeluh tadi. Agak-agak bos nak bagi balik awal tak ek? #mimpi

So, dah dua hari aku lunch luar dengan E and HR. Aku pun memang takda idea dah nak masak apa kat rumah. Aku masak sekadar alas perut and untuk FANS je. Kesian dia. Balik kerja penat. 

So semalam makan nasi padang. 


Sedap dan pedas. Hmm macam tak berapi pulak perut aku lepas tu hahah.

Masa ni dah plan esok (Jumaat) nak makan apa.


We had Nasi Ayam for lunch on Friday!
Aku memang dah biasa makan nasi ayam ni. Sebab nasi ayam ni, pagi-pagi pukul 7am dah jual tau. awal gilaaa. Murah pun murah. Sedap tu insyaallah sedap. Kenyang.


Dan harini, kita ada CEMPEDAK GORENG!!
Yummmssss. HR teringin katanya. Kita tunaikan permintaan. Hehehe.

Sekarang ni cempedak dekat meja aku. Bau dia betullah menggoda jiwa. Nak makan segan. HAHAHAHAHHAHAHA. Confirm satu office tercari-cari bau cempedak ni. Sorry gaiss sebab kena ambil bau 😅

Bye!

June 13, 2023

Thank you very much 💋

Assalamualaikum.

Celebrated birthday this year dengan penuh simple sebab kepenatan. HAHAHAHA. Haa cuma pagi birthday, masuk office awal dari biasa sebab bangun 05:30 am kan, FANS nak pergi kerja awal. Lepas tu, being faizah, memang susah nak sambung tidur balik. Tu yang masuk awal office tu. Jarang-jarang berlaku tu 😁

Anw, terima kasih diatas pemberian sempena seorang Faizah masuk umur 32 tahun. Masih dapat ucapan doa-doa, masih mendapat hadiah, masih ada orang nak belanja makan. Alhamdulillah. Semoga semuanya dimurahkan rezeki.

Kita mulakan sekarang. Ayuh!


Cerita 1
Malam tu aku tengok Big Stage sambil masak dan lepas masak. While waiting the result, aku tertido ye. Kepenatan yang amat sangat. Then aku terjaga lepas ada call masuk. Haa FANS inform dia  nak balik dah dan aku pulak, lupa tak mandi lagi lepas masak, jadi teruslah mandi. Bila selesai mandi, aku ingat FANS dah sampai sebab minggu stock take, dia dekat area rumah je. Supposedly dah sampai.

Sesambil aku tengok IG, FANS pun balik dengan bawak kek McCafe! HAHAHAHAH member pergi MCD rupanya beli kek and ayam goreng. Surprise katanya. Ok menjadii lah kiranya sebab aku tak expect pun 😂 Jarang-jarang berlaku lepas kahwin ni. Thank you shayangggg 💜


Cerita 2
My very first DUCK item! and yes, I am getting ducked! HAHAHAA.
Terus tengok landyard sendiri yang elok tergantung kat leher "hmm buruk dah kot landyard ni?" 😅 so harini kita pakai landyard baru. weeee~~
Thank you, E 😎


Cerita 3
I used to have room spray tapi bila dah habis spray nya, aku tak guna dah. Malas nak beli. Even YL pun aku jarang pakai. Pakai bila rasa badan penat je. But terkejut bila HR bagi ni and I like it so much. Plus badan memang kepenatan teruk lately. Semalam sebelum tidur, spray dulu dekat bantal banyak-banyak. Lena weh. Rasa macam taknak bangun! HAHAHA. Malam ni nak try secret garden lah pulak.
Thank you, HR 😎


Cerita 4
My 2nd birthday cake of the year. My fav cake.
Macam biasa, kalau dengan family, jaranglah tak boleh bau ada surprise ni. Selalu memang akan terkantoi dengan sendiri. This time, Baba lah penyebab kantoi. HAHAHAHAHHAHAA


Elok ya, sederet ni semua celebrate birthday. Semua staff nyanyi lagu birthday. HAHAHAH comel gila. 
Thank you, Baba, Ma and Adik 💛

-----

Terima kasih semuanya untuk ucapan dan doanya. Semoga doa-doa berbalik juga kepada semua. Insyaallah Aamiin ya Rabbal Alamin 💚

June 12, 2023

32 already 😱

To: Faizah


Happy 32nd Birthday!

My wishes for myself today are more grace, more prosperity,
more happiness and more years ahead. Insyaallah 💗

Thank you for everyone who wished me well 💋

May 29, 2023

RAYA 2023

Assalamualaikum.

Fuh tau-tau dah habis raya, dah nak habis bulan Mei pun. Malas kemain pejah nowadays. Rasa nak baring jeeeee tanpa buat pape tapi nanti badan, kepala confirm sakit. 

Tapi tapi selepas beberapa kali aku delete apa aku type kat sini, aku rasa macam nak share few gambar raya kat sini. Bermula satu raya sampailah hari terakhir raya.

Jom!



Meriah pagi raya tu. Nak berkumpul semua ada tu, payah betul. Nanti ada yang kat dapur lah, kat rumah lah. Tapi meriah macam kat pasar. HAHAHA. Siap bertiktok sekarang. Maju maju 😏 So tahun ni bertemakan Hitam/Black.


My forever 🖤


Jarang-jarang berlaku lah welfie ni 😁


Tak semua ada tapi yeah, we're cousins.


Biasalah ni. Kalau phone aku dapat dekat dia, memang berpuluh selfie gaya gini ada. Separuh memory phone memang gambar dia saja. HAHAHA. Sabar-sabar, tahun depan kita letak sini. 


Another welfie. Otw balik Sepang pulakk. Fuhh panas tak boleh bincang ye.


Setelah berjam-jam melayan tetamu, sempatlah panggil baba ma untuk ambil gambar kat tangga rumah atok ni. Normally kalau raya sepang, tangga ni memang port bergambar. Eh tak raya pun, memang amik gambar kat sini. 


Raya keempat beraya di Kulai. Tau-tau ada bbq kat rumah makwe. Mantapps. tapi penyesalan berlaku bila tak makan sangat kat rumah makwe. makan tapi sikit. nasi kerabu moksu terpaling umphh. sedap, pedassssss. nasib baik ada bawak balik, dapat makan sikit. heheh mengada perut/tekak ni.


Tau-tau ma baba plan open house. Jemputan dari 8.30 am - 5.30 pm ye. Makanan jangan cakap. TAK CUKUP! Hahahahah first time rasanya jadi macam ni. Duluuuuu pernah jugak buat open house dari pagi sampai pagi tapi makanan ok je, ada stock. ni takda, habis. dasyat.


Then masjid area rumah parents ada buat open house. yeahh ada makanan. jadi disitu juga ada faizah. HAHAHAHAHAH. bukan satu je open house, ada 2 open house lagi lepas tu. masa ni tak sihat sangat. batuk teruk gila. nasib gagah.


Tiba-tiba mama ayah plan open house kat Kulai. 50-50 nak balik sebab FANS takda cuti then tiba-tiba dapat tau weekend tu dia cuti, so plan last minute, balik sekali dengan kaklong and kids. around 2+am jugaklah sampai. borak-borak, tidur.


bangun seawal 6am sebab tak boleh tidur. tolong apa-apa yang patut dan nahhh craving satisfied! dari balik raya ke4 dah teringin nak makan laksa johor. sedap sedap. 

maka berakhir sudah cerita raya saya untuk tahun ni. 

kita jumpa raya tahun depan! 
muahahahhahaha 😂

April 20, 2023

Raya Raya Rayaaaa Eve

Assalamualaikum.

Hari terakhir bekerja sebelum cuti panjang untuk rayaaaa. Excited, tak sabar semua ada. Tetiba rasa nak makan pizza pulak. RASA jelah. Belum tentu makan 😏

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk beraya, menggedik dengan family, adik beradik semua. wakakaka. Time tu lah nak gosok baju, time tu lah nak isi kuih, time tulah nak buat final check. Macam-macam!

Tahun ni lupa nak restock instax film, balance tahun lepas ada sekotak tapi macam tak cukup je rasanya. So kita ambil gambar pakai phone jelah ye. Album instax pun dah hampir penuh. Gitteww

So apa plan korang malam ni?

Aku punya plan actually plan last week. Tapi tulah, busy mengalahkan PMX. So kalau diberi kesempatan rajin tu, malam ni baru nak kemas-kemas rumah, bag baju dsb, sebelum balik kampung. Pehh bunyi "balik kampung" macam jauh kan? Padahal tahun ni belah aku je pun. HAHAA 15min dari rumah. Lagu pun tak sempat nak habis orang cakap.

Tak sabar nak makan rendang dipagi rayaaaa. Tak sabar nak makan my fav kuah kacang and nasi impit walaupun hari-hari boleh makan sebab memang ada standby kuah kacang dekat rumah. Tapi bila makan masa raya, feel dia lain macam. Uishh tak sabar. Oh, tak sabar nak check kuih-kuih raya kat rumah Opah. Tak sure lah ada ke tak biskut sampan tahun ni. Sedap tu.

So sebelum balik ni, aku nak siapkan/prepare kerja-kerja yang aku pending atau bakal hand over untuk beberapa hari. Semoga sempat and tak salahlah. Tu paling penting.

Sebab aku tau esok, lusa , tulat, I won't update anything here,