May 29, 2023

RAYA 2023

Assalamualaikum.

Fuh tau-tau dah habis raya, dah nak habis bulan Mei pun. Malas kemain pejah nowadays. Rasa nak baring jeeeee tanpa buat pape tapi nanti badan, kepala confirm sakit. 

Tapi tapi selepas beberapa kali aku delete apa aku type kat sini, aku rasa macam nak share few gambar raya kat sini. Bermula satu raya sampailah hari terakhir raya.

Jom!



Meriah pagi raya tu. Nak berkumpul semua ada tu, payah betul. Nanti ada yang kat dapur lah, kat rumah lah. Tapi meriah macam kat pasar. HAHAHA. Siap bertiktok sekarang. Maju maju ๐Ÿ˜ So tahun ni bertemakan Hitam/Black.


My forever ๐Ÿ–ค


Jarang-jarang berlaku lah welfie ni ๐Ÿ˜


Tak semua ada tapi yeah, we're cousins.


Biasalah ni. Kalau phone aku dapat dekat dia, memang berpuluh selfie gaya gini ada. Separuh memory phone memang gambar dia saja. HAHAHA. Sabar-sabar, tahun depan kita letak sini. 


Another welfie. Otw balik Sepang pulakk. Fuhh panas tak boleh bincang ye.


Setelah berjam-jam melayan tetamu, sempatlah panggil baba ma untuk ambil gambar kat tangga rumah atok ni. Normally kalau raya sepang, tangga ni memang port bergambar. Eh tak raya pun, memang amik gambar kat sini. 


Raya keempat beraya di Kulai. Tau-tau ada bbq kat rumah makwe. Mantapps. tapi penyesalan berlaku bila tak makan sangat kat rumah makwe. makan tapi sikit. nasi kerabu moksu terpaling umphh. sedap, pedassssss. nasib baik ada bawak balik, dapat makan sikit. heheh mengada perut/tekak ni.


Tau-tau ma baba plan open house. Jemputan dari 8.30 am - 5.30 pm ye. Makanan jangan cakap. TAK CUKUP! Hahahahah first time rasanya jadi macam ni. Duluuuuu pernah jugak buat open house dari pagi sampai pagi tapi makanan ok je, ada stock. ni takda, habis. dasyat.


Then masjid area rumah parents ada buat open house. yeahh ada makanan. jadi disitu juga ada faizah. HAHAHAHAHAH. bukan satu je open house, ada 2 open house lagi lepas tu. masa ni tak sihat sangat. batuk teruk gila. nasib gagah.


Tiba-tiba mama ayah plan open house kat Kulai. 50-50 nak balik sebab FANS takda cuti then tiba-tiba dapat tau weekend tu dia cuti, so plan last minute, balik sekali dengan kaklong and kids. around 2+am jugaklah sampai. borak-borak, tidur.


bangun seawal 6am sebab tak boleh tidur. tolong apa-apa yang patut dan nahhh craving satisfied! dari balik raya ke4 dah teringin nak makan laksa johor. sedap sedap. 

maka berakhir sudah cerita raya saya untuk tahun ni. 

kita jumpa raya tahun depan! 
muahahahhahaha ๐Ÿ˜‚

April 20, 2023

Raya Raya Rayaaaa Eve

Assalamualaikum.

Hari terakhir bekerja sebelum cuti panjang untuk rayaaaa. Excited, tak sabar semua ada. Tetiba rasa nak makan pizza pulak. RASA jelah. Belum tentu makan ๐Ÿ˜

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk beraya, menggedik dengan family, adik beradik semua. wakakaka. Time tu lah nak gosok baju, time tu lah nak isi kuih, time tulah nak buat final check. Macam-macam!

Tahun ni lupa nak restock instax film, balance tahun lepas ada sekotak tapi macam tak cukup je rasanya. So kita ambil gambar pakai phone jelah ye. Album instax pun dah hampir penuh. Gitteww

So apa plan korang malam ni?

Aku punya plan actually plan last week. Tapi tulah, busy mengalahkan PMX. So kalau diberi kesempatan rajin tu, malam ni baru nak kemas-kemas rumah, bag baju dsb, sebelum balik kampung. Pehh bunyi "balik kampung" macam jauh kan? Padahal tahun ni belah aku je pun. HAHAA 15min dari rumah. Lagu pun tak sempat nak habis orang cakap.

Tak sabar nak makan rendang dipagi rayaaaa. Tak sabar nak makan my fav kuah kacang and nasi impit walaupun hari-hari boleh makan sebab memang ada standby kuah kacang dekat rumah. Tapi bila makan masa raya, feel dia lain macam. Uishh tak sabar. Oh, tak sabar nak check kuih-kuih raya kat rumah Opah. Tak sure lah ada ke tak biskut sampan tahun ni. Sedap tu.

So sebelum balik ni, aku nak siapkan/prepare kerja-kerja yang aku pending atau bakal hand over untuk beberapa hari. Semoga sempat and tak salahlah. Tu paling penting.

Sebab aku tau esok, lusa , tulat, I won't update anything here, 



March 22, 2023

Salam Ramadan

Assalamualaikum.

Banyak sangat cerita pending dalam ni tapi tulah, masih takda kesempatan untuk teruskan menaip macam dulu-dulu. Sekarang rasa semua pun malas. Hahahah. Biasalah, Faizah kan. 

Tiba-tiba je nak puasa dah kita semua.

Apabila dalam kata dan perbuatan terukir salah dan khilaf, Yakni dengan segala kerendahan hati kecil ini ingin terucap mohon maaf setulus-tulusnya. Selamat menunaikan ibadan puasa ramadan.

bye.

#tiberhabis

March 15, 2023

January 8, 2023

Happy 2nd Anniversary, Love!

Happy 2nd Anniversary, Love!

Terasa macam dah lamaaaaaaa sampai confuse, dah berapa lama ni kiteorang kahwin? setahun? dua tahun? tiga tahun? confuse mak, nyah. 

Fuhh, diam tak diam dah dua tahun. Dua tahun jugaklah seorang FANS berjaya melayan kerenah seorang Faizah yang tah apa-apa kadang-kadang tu. Long wayyyyy to go! ๐Ÿ˜

Tiba-tiba sentap. Tiba-tiba berangin satu badan. Tiba-tiba gila. Tiba-tiba ajak pergi MCD drive thru sebab nak chocotop. Tiba-tiba ajak makan shawarma. Lahh mental eh Faizah?

Alhamdulillah, FANS melayan. Kalau dia tak melayan, dia order je kat foodpanda tu. Dia kalau dah sampai rumah, memang macam kena gam. Malas nak keluar balik. Tapi that's not my problem. HAHAHAHA ๐Ÿ˜‚

To my dear husband, thank you for all the little things and the big things that you do. We may have some bad, some ups and downs, but I am lucky to have shared them all with you. Walaupun kadang-kadang tu rasa berapi je. HAHAHA.

Looking forward to celebrating many more anniversaries, full of love and laughter together ๐Ÿ’‹๐Ÿ’–

Happy Anniversary, dear husband ๐Ÿ’œ

Adik dah 14 tahun!

Happy 14th Birthday, Adik!


Sorry can't celebrate together tahun ni macam tahun lepas.
Tapi tapi semoga Adik happy dengan hadiah dari kakak and abglong okeh ๐Ÿ‘

See you when I see you, Adik ๐Ÿ˜Š