October 18, 2022

BabyN finally here!

Assalamualaikum.

Welcoming on board, BabyN on last month. Alhamdulillah Erin selamat melahirkan seorang baby girl yang shooocute!

Met her last weekend, haa she's shoooooo cute! eventho she tidurrrr je sepanjang makngah ada kat sana. hahah

Dah, tu je aku nak update. 

October 17, 2022

Post Covid

Assalamualaikum.

I'm not sure if it's me or someone else going through the same thing but post covid it's real. 

Lepas je habis quarantine for covid, aku still batuk sampai menggigil kesejukkan selama dua hari berturut-turut. Satu hari dekat rumah, satu hari dekat office. Menggigil macam tempat tu sejuk sangat-sangat. Padahal rumah aku takdalah sejuk mana. Lepas tu, tiba-tiba badan panas. Then terus pergi klinik, sampai klinik kena tunggu almost 2-3jam. Serious. Tau-tau menggigil aku dah reda, demam dah hilang. Pelik kan?

Kiranya dua kali menggigil, dua kali aku pergi klinik. Kali kedua, aku rekod suhu badan semua. Panas beb. Doctor cakap post covid memang macam tu tapi aku cakap aku tak mampu nak handle sebab sakit sangat badan. Nak tidur tak lena, makan pun takda selera. Paling best, berat turun tapi tulah. Turun macam menyinggah je sampailah ada appointment hospital, doc pelik macamana berat aku  boleh drop? Sebab selama ni tak pernah drop, naik je manjang kan.

Kalau semput tu, jangan cakaplah. Sampai sekarang pun masih on off. Then nafas aku ni macam annoying. Sebab dia berbunyi wisel. Which is mengganggu aku untuk tidur. 

Paling kelakar bila FANS cari bunyi tu masa kiteorang nak tidur. Last-last dia baru perasan tu dari nafas aku. Padahal sebelum ni memang tau nafas berbunyi tapi kiranya ni lagi kuat. 

Jadi sekarang, hari-hari aku akan mulakan hari atau "breakfast" dengan inhaler 3x pump. Pastu honey lime mints. any brands should be ok untuk legakan tekak aku. Later lah aku cari difflam. Tekak aku pun gatal ni. Penat batuk. Sakit dada.

Dan aku yakin, minggu ni aku akan lemah gemalai je sebab batuk baik. Harap-harap baiklah soon. 

Dah lah, aku dah start penat ni. Luar pun macam nak hujan. Semoga waktu aku nak balik nanti, cuaca dah elok lah ye.

September 29, 2022

“The only thing a person can never have too much of is common sense.”

― Kathryn Smith, Anna and the Duke

August 31, 2022

PART 3 - Bye Cameron Highlands

Assalamualaikum.

Hari terakhir, hari yang kiteorang ingatkan dah tak ramai kat Coffee House. Nampaknya tekaan meleset teruk ye. Harini lagi ramai daripada semalam dan tak dapat meja depan buffet. Jauh tercampak dekat bahagian luar.

Bread pudding adalah wajib dihari terakhir. Harini makan sikit dari semalam sebab batuk getting worst. Lepas makan naik bilik dan sambung tidur untuk cari energy nak balik nanti. Aku tidur tidur kejap je sebab kemas-kemas bag kan.

By 11.30am, kiteorang turun check out dan terus ke 200 Seeds Cafe untuk makan waffle sebelum balik. Korang tau dekat sini que dia boleh tahan ye panjang. Tengah beratur, staff kata something. Ada yang habis. Penat je que lama-lama. Then kiteorang decided untuk pergi cafe berdepan iaitu Aidilbadri Strawberries Cafe & Farm


Waffle dia pun sedap jugak. Hot tea boleh kurang manis jugak. Lepas kiteorang beli strawberry, teruslah menuju ke Simpang Pulai. 

Oh ontheway balik, ajak FANS singgah tempat paling fav bila datang CH. Finally sampai jugak Avant Chocolate. Bought almond and hazelnut chocolate untuk jajan dekat highway. Then sebelum gerak balik KL, my private doctor aka FANS suruh makan ubat. HAHAHAHAH memang membuta lah aku lepas keluar tol Simpang Pulai tu sampai Jejantas Sg Buloh.

Bangun terus lapar beb! HAHAHAHA. Niat nak makan KFC. Macam tetiba teringin tapi macam biasalah que panjang ye gais. Ended up kiteorang makan nasi campur je. Kenyangggg!

Alhamdulillah our trip finally happen! 

Next kemana? Hahahah dah plan tapi jadi atau tak, nantikan.. gitteww

Malaysia Independence Day 🇲🇾

 
 
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 65, Malaysia 🇲🇾

August 30, 2022

PART 2 - HAPPY BIRTHDAY FAIZAH AZMI 💋

Assalamualaikum.

Happy 31st Birthday, Faizah Azmi!

Hahaha motif sangat pilih dekat dengan birthday. Anyway jom sambung hari kedua dekat CH.

12/06 - seorang pejah sangat-sangat suka buffet hotel. So aku make sure ada breakfat buffet masa nak booking hotel. So, pagi tu kiteorang turun breakfast around 7.30am ke Coffee Shop hotel. First round adalah tengok menu and guess what, my fav bread pudding ada! korang tau kan how much I love bread pudding? 2x aku refill gaiss.


Dah kenyang, kiteorang naik bilik untuk tukar baju. Called maintenance untuk tengokkan toilet problem. While waiting, management call untuk mintak kiteorang turun dalam 15mins untuk package yang kiteorang dapat. Kelam kabut weh dengan FANS sakit perut, dengan tunggu maintenance nya. Aku memang sebelum breakfast dah siap. Kita pantas!

Bila dah turun, ingatkan dah lambat. Rupanya kena tunggu satu family lagi yang turun lagi lambat dari kiteorang. So kiteorang tunggu dekat bench chair. Bila semua dah ready, baru driver gerak ke tourist attractions. Basically CH ni semua tempat adalah sama. Semua jual bunga, strawberi, dan teh. Dan SEMUA tempat pun kiteorang beli teh untuk souvenirs.

Cactus Point > S'corner Central Market > Arked Peladang > Sg Palas BOH Plantation > Ee Feng Gu Bee Farm > Kea Farm Vegetable Market > Hotel

dan bila sampainya ke Sg Palas BOH Plantation, memang best lah. Ngam-ngam birthday kan. FANS belikan Strawberry Cheese Cake and hot tea and his fav, Hot Green Tea.


 

Actually aku nak kek lain sebab semalam ada nampak satu kek ni cantik sangat. Ingatkan kek yang sama tapi rupanya lain. Takpelah, cheese cake ni pun dah sedap dan tak manis sangat. Just the way I like it. Thanks Love



Lepas makan, sambung beli teh sekotak dekat situ while waiting the van sampai. Then bila dah sampai, driver tanya nak pergi Kea Farm? Majoriti kata nak balik hotel. So driver drop semua dekat hotel. Masuk bilik, aku terus makan ubat dan tidurrrrrr ..

Holiday ni memang kerja aku tidur, tidur dan tidur jelah. Puncanya sebab aku demam sehari sebelum datang CH.

Hujan lebat dari kiteorang balik tu sampailah ke malam. Dah plan nak makan steamboat dekat luar tapi sebab hujan, konon nak tukar plan makan steamboat dekat coffee house. Ended up, FANS ajak pergi steamboat dekat luar. Maka ke Restoran Taman Apple Cameron Steamboat & Grill lah kita .. Masa sampai, ingat salah tempat rupanya kena berjalan ke dalam lagi. Lepas bayar, masing-masing macam piranha. Lapar. HAHAHA. Satu benda kiteorang menyesal adalah salah pilih meja. Makanan banyak tapi meja kecik. Masalah bethooool!
 

 

 


Dah kenyang, FANS ajak jalan-jalan dekat Cameron Centrum. Malam dia meriah ye dekat situ. Macam-macam ada. Kalau korang jenis 24h coffee, tak susah lah.
 



Lepas penat, terus balik hotel dan sambung tidur. HAHAHA.

Part 3 - nak balik dah ...