May 26, 2022

Malam Hurry Rayaaaaa

Assalamualaikum.

Raya hampir ke penghujung, macamana raya korang so far?

Raya aku adalah biasa je rasanya. Agak kelam kabut pada permulaan syawal dan aku rasa semua orang pun macam tu kan? Last minute raya! HAHAHAH kabut kabut!!

Kiteorang raya Johor tahun ni, balik pun last minute which is Ahad. Sampai pun lebih kurang setengah jam sebelum berbuka. Sempatlah beli donut sambal yang digembar gemburkan oleh FANS. Verdict? Bolehlahh. Aku prefer original donut lagi. Muehehe.

Lepas berbuka, kiteorang tunggu pengumuman raya depan tv. Aku dah expect raya Isnin tapi tu lah, belum ada kata putus en? Tiba-tiba diumumkan raya ISNIN!!! haa menggelabah semua dalam rumah. Mana nak kemas rumah, mana nak beli ayam, mana nak gosok baju. HAHAHAHAH riuh serumah!

Kiteorang terus keluar beli ayam. Fuhh beratur jangan cakap, panjanggggg bethooool ya gais. Semua tu mesti plan nak beli ayam Isnin. Then lepas setel beli ayam, balik kemas rumah pulak. Mana nak gosok baju, gosok baju. Mana main mercun, tetaplah main mercun. Hehehe.

Sampai Kota Tinggi around 1+am, tolong-tolong apa yang patut, 3am cari hotel dengan Erin. Lepas subuh, baru dapat tidur -_____-

 

to be cont ...

April 15, 2022

Di Suatu Petang Yang Sejuk ..

Assalamualaikum.

13 Ramadhan, masih ok tak tu?

Aku masih bertahan, berdiri teguh sambil memikirkan juadah berbuka puasa. Sahur aku tak berapa nak fikir sangat UNLESS, aku berbuka luar macam kat rumah family ke. Tapi kadang-kadang ada je bekal aku bawak balik dari rumah family. Hehehe. 

Selama aku masak ayam kunyit, SEMALAM punya ayam kunyit adalah paling sedap aku buat. HAHAHAHA. Padahal tu terpaling simple and kejap bethoooool siapnya. Kiranya aku sempat mandi lah sebelum berbuka. Cepat gila! 

So harini pun nak berbuka lauk ayam kunyit lah. Sahur esok pun lah. Hahaha. Sebab aku dah kehabisan idea nak sahur apa. Teringin nak pizza tapi biasalah, selagi tak berbuka, semuaaaaaa kau tengok, semuaaaaaa kau nak makan. Korang jangan cakap tak eh. Jangan nak membongak. 

Aku malas nak cerita persiapan raya sebab apa pun tak buat lagi. Oh baju jelah aku dah tempah sepasang. FANS lagi dasyat, dia DUA pasang! 

Sorry, customer called. Terkejut saya.

Sekarang aku tengah tunggu waktu balik. Aku tak sabar nak balik sebab nak baring. Belakang ni macam sakit. Nak letupkan sendiri tak reti, letupkan jari and pergelangan tangan aku retilah. Kadang aku tengok FANS letupkan badan dia, fuhh gilalah. Dasyat sangat. Takutlah saya. Kang terpatah terus camne? Habis dia. Wahahhaa


Bye!

April 7, 2022

Suatu Ketika Dahulu ..

Assalamualaikum.

So pagi ni saja checking on my THREAD by ZALORA ni. Lamaaaaa dah tak contribute story dalam tu. Kekangan masa yang sangat-sangat mencemburui aku kita. HAHAHAHA padahal malas, saja kata masa cemburu lah apa. 

Tiga tahun rupanya aku berkecimpung dengan Zalora ni. Dari bujang, sampailah membawa ke satu lembaran baru, yakni percintaan 😝 Hujung-hujung tu dah sibuk bercinta, takda masa nak story apa-apa dah. HAHAHAHA. Last post pun tahun 2019, tahun aku tengah rancak preparation nak kahwin, last-last kena postpone sebab PKP 😅

Lepas tu memang aku senyap dah dari menulis dekat THREAD. Mood pun dah kelaut. Then aku dapat email dari Editor kalau aku nak teruskan ke tak, tapi aku hanya mendiamkan diri. Sebab aku sendiri tak sure, aku nak teruskan atau tak. Aku suka menulis bila aku in mood.

Tbh, menulis ni seronok. The way aku express diri aku adalah dengan menulis.

Kalau tak seronok, takdalah blogspot ni aktif untuk tahun ke 14. Alhamdulillah.

Ok, aku dah bosan balik. HAHAHAH.

Berbuka apa gais?

March 31, 2022

Selamat Hari Pre Raya!

Assalamualaikum.

Selamat Hari Pre Raya! 

5 hari selesai. Phewww. Sebab aku jarang kena ganti puasa. Bila kena ganti, aku pulak lupaaaaaaaa berapa hari. Terjadilah ganti puasa dihujung-hujung tanduk ni. 5 hari tu bagaikan 5 tahun. HAHAHAHA 

Dasar lu!

Untuk buka semalam, aku tak tau nak makan apa. Adalah teringin itu ini, biasalah puasa kan. Tengah buat kerja pun rasa burger ramli kat tekak. APOOOO

Pastu ingat nak tapaulah burger balik kerja, hujannnnn lebat ye gais. Memang taklah aku nak menyinggah. Bahan nak masak asam pedas pun ku leburkan jua. Harini jelah kita masak asam pedas tu, oh dengan harapan tak hujan lah masa balik nanti.

Then aku buka samyang carbonara je. Walaupun aku tak boleh makan maggi ke samyang ke, tapi kadang-kadang tekak teringin lalu kenalah makan walaupun tekak meronta-ronta taknak. Bersabarlah tekak, dunia memang tak adil 😑


While waiting waktu berbuka, FANS tanya nak apa-apa tak? HEY OF COS LAH NAK BURGER TEPI JALAN! weeee~ Tapi nak tunggu FANS balik tu lah ... takpe, I is redha jelah. hehehe 😌


Nampak sedap bukan? Memang sedap!

Anywaysss, I'm so excited for upcoming ramadhan. Insyaallah ramadhan kali ni membawa keberkatan untuk kita semua 😊

Selamat Berpuasa Semua 💚

March 25, 2022

Hectic Day!

Assalamualaikum.

So far my March went really well. Alhamdulillah.

Setelah berbulan-bulan lamanya menanti, finally 11/03 dapat email untuk interview SPA. 

Preparations tu memang last minute lah sebab masa dapat email tu badan tak sihat asyik rasa nak pitam je. Dah buat RTK, alhamdulillah semua ok. Check doctor pun ok, cuma side effect ubat je. So April kita skip balik sebab plan nak puasa penuh. Hehehe. Doakan!

Lah tersasar ke puasa pulak dah 😑

Anw, semalam pagi pun sempat buat last minute checking dalam kereta while jammed. Biasalah Sg Ramal tu, bila je tak jem kan? Samalah macam Langat. Mungkin adik beradik terpisah? Lahh tersasar lagi 😑😑

Alhamdulillah sampai 30mins awal. Phew *proud*, naik tingkat 2 dan daftar and menunggulah kitaaaaa

 

Lebih kurang 0945, selesai semuanya. Hilang rasa nervous. Hilang rasa nak pergi toilet. Haa rasa lapar yang membuak-buak je tak hilang 😁 Tu biasalah. Faizah kot. Nasib memang bawak bekal ketiaw dari rumah. Sapedek lah apa lagi.

Kiranya semalam memang seharian busy. Dari SPA ke TS (untuk UMobile) ke Jln Ipoh (untuk roadtax), balik tumbang memasing. Bangun lapar. HAHAHA. Pastu alhamdulillah masih ada rezeki dengan VM. Syukur.

Bak kata Yumi "I'll see you next year ya!" Hhahah YESSS!

February 28, 2022

Tamak

Assalamualaikum.

8min lagi sebelum masuk waktu lunch. Aku dah lapar teruk ni. Pagi ni je aku dah habiskan around RM14 untuk sebungkus nasi goreng + ayam, kuih RM3, air oren 2 kotak, asam, gula-gula and roti coklat 2 packs

Jangan risau, aku takdalah makan semua tu harini. Air oren and asam tu mungkinlah habis harini disebabkan aku loya tahap tak boleh bawak bincang. Eh, itu side effect ubat je. Doctor memang dah warned haritu, yang akan ada rasa loya semua. Kalau kat office, aku cuba untuk tak muntah. Tapi dah seminggu ni, baru sekali aku muntah. Weekend lah pun. Entahlah, tak tahan. Kepala sakit, tekak loya. Kita muntahkan jelah ...

Nasib baik nasi lemak ayam berempah semalam tak terkeluar. Hampir-hampir jugak tu 😓

Harini masih rasa tak sihat. Loya pun dah berlegar-legar kat tekak ni ha. Hampir mc jugak harini tapi disebabkan ada satu order, aku masuk jelah office. Sebab aku memang tunggu order tu. 

Oh, korang tau jagung cheese leleh yang tengah viral tu? Aku beli semalam lepas nampak Elfira Loy update ada kat kawasan rumah dia. Gigih geng aku beratur gerimis-gerimis tu ye. Sekali nak tau apa jadi kat jagung tu? Ha, elok je bertapa dalam fridge tu. HAHAHAH. Banyak siot! Dah lah tamak beli 2 cups. Tak habis.

Betullah, orang tamak selalu rugi. Siapa tamak? Aku lah 😂😁😜