January 22, 2022

31st 💜

22/01 - Happy 31st Birthday, Husband 💞


Sorrylah takda hadiah fancy-fancy, hanya roti canai sekeping dua 😂

Nasib baik takda singgah mana-mana lepas makan, memang terus balik. Sampai rumah, tengah kemas-kemas dapur, ada orang call katanya surprise delivery. Yang FANS ingatkan aku yang bagi. Haruslah bukan. Aku pun lupa kot. HAHAHA.

Mak Mertua dia bagi gais! Dah lah kek favourite sama dengan MIL. Asyik kata "sedap kek Mamasab tu .." Kemonn, mestilah kek sedap!

Muka banyak happy, pepagi dapat surprise 😂

Adalah one day, FANS kata dia rindu dekat Zahirah. Padahal baru jumpa masa 08/01 haritu tau. Mungkin tak puas gomol budak kecik tu lah agaknya. Pakngah pun suka menyakat budak tu.

Then petang tu, pergi KLCC untuk pickup barang. Tetiba ada surprise for him. Zahirah datang! And we go for makan-makan jugak dengan adik beradik FANS.

Kalau pagi muka seronok dapat surprise dari MIL/FIL, petang muka surprise dapat Zahirah! Nasib baik Zahirah pandang camera, kalau tak, stress lah pakngah awak 😜

dan diakhiri dengan gambar percuma dari KLCC

💜

January 8, 2022

Happy 13-teen Birthday, Adik

08/01/22 - HAPPY BIRTHDAY, ADIK!

Kalau tahun lepas Adik sentap sebab semua orang busy dengan majlis kakak dia instead of birthday dia, tapi tahun ni dia dah boleh hidu dah ada orang nak celebrate birthday dia. HAHAHAHAHA. Cuma dia tak tau ada cake. Yang dia tau, kenduri tu untuk dia. Ceh, padahal untuk doa selamat je.


Masih dalam keadaan terkejut, Adik pun happy bila nampak kek keluar dari pintu rumah. Malu kononnyaaaa. 

 

Nervous lettewww 😜 

 
 
Boleh tahan banyak ye kek adik tahun ni. Ada 2 atau 3 biji. Dasyat!

 
 
Dan esoknya kiteorang keluar berempat without FANS sebab dia kerja. Bertabahlah ye. Hehehehhee. Dua yang depan Adik tu, both dia punya WALAUPUN benda sama cuma satu air and satu lagi ice. CHOROREO MYKORI. Sedap jugak tapi not my type. Hehehe.

To Adik, Happy 13 Birthday.
Masih "12" walaupun dah 13. HAHAHAHAHA noob!
Semoga belajar rajin-rajin. Jangan selalu main game.
Lain-lain kakak dah wish kan, soooo bestlahh dapat basikal 😄
 
p/s: yes,we are sharing our anniversary date with Adik's birthday

1st Anniversary 💜

Happiest 1st Anniversary to US!

08/01 - 10:50 am tahun lepas, kita dua macam caya tak caya je dah kahwin.

08/01 - 10:50 am tahun ni, kita tengah kemas-kemas dapur untuk kenduri doa selamat dan kesyukuran petang nanti.

Alhamdulillah.

To FANS, kindly check your email. Zaman bercinta ke, bertunang ke, memang email lah kita pakai. Nak pakai e-card, ucapan kali ni extra panjang so tak muat. Hehehe.

Iloveyou 💜

January 2, 2022

[RESEPI] Nasi Goreng Simple

 Assalamualaikum.

Aku dan nasi goreng berpisah tiada. Lagi-lagi nasi goreng yang sendiri masak tapi aku memang suka nasi goreng. Sedap, mudah kekdahnya. Gaul-gaul, setel.

p/s: aku tak pandai masak pun, jadi untuk kelangsungan perut aku dan FANS, aku main belasah jelah bahan-bahan tu.

Harini aku nak share resepi nasi goreng simple yang aku buat setiap kali tekak nak makan nasi goreng and bahannya mengikut apa yang ada dalam peti ais ye.

Bahan-bahan;

1 biji bawang besar - dipotong halus atau dadu

2 ulas bawang putih - dipotong halus atau dadu

Cili api - mengikut tahap kepedasan masing-masing

2 biji telur

Garam

Kiub ayam/ikan bilis

Kacang panjang - terpulang nak pakai banyak mana

Sedikit isi ayam

Nasi putih

Cara-cara;

  1. Panaskan minyak masak dan masukkan telur, gaul dan hancurkan sehingga masak. Angkat dan asingkan.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili api, garam, kiub ayam/ikan bilis. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan gaul sehingga masak. Masukkan kacang panjang, telur dan nasi. Kacau sehingga sebati.
  4. Tutup api, angkat nasi dan hidangkan. 
 

 Alhamdulillah cantik kejadiannya. Hehehe

December 31, 2021

Good Bye, 2021. Hello 2022 🌸

  

 
2020 & 2021 has been tough year for all of us kan?
 
Assalamualaikum.
 
Soalan basic, adakah impian dan azam korang tercapai tahun ni? Share with me!
 
Untuk aku, ada yang tercapai dan ada yang tak. Rasanya yang tak tu, korang sendiri boleh tahu apa kan? HAHAHAHA. Ya ya, mision nak kurus tu. Entahlah eh, bila nak sedar diri pun tak tau lagi. Hahahaha. 
 
Jadi, jom recap apa yang terjadi dekat aku sepanjang tahun ni. Lets!
 
Januari
 
 
Setelah 2 tahun 24 hari, alhamdulillah selamat menjadi seorang isteri yang awesome untuk seorang FANS. HEHEHEHE. Outfit yang kiteorang pakai masa sanding ni lah paling menguji kesabaran. HAHAHAHA. Kalau ikutkan warna asal adalah baby blue tapi tu lah, kalau tailor ikut tekak dia je alter, tak boleh jugakkan? Sampai aku tak tahan, nangis depan ma baba. Frust nya tu sampai tak terluah. We ended up sewa dengan bridal lain untuk baju. Alhamdulillah went smooth and ikut size kiteorang yang unik ni 😎
 
Oh Happy 12th Birthday, Adik. Paling drama dihari kejadian sebab birthday and nikah on the same date. HAHAHAHHA.

Februari
Since kiteorang takda honeymoon, so we decided untuk staycation je kat Bangi. Saja nak menghabiskan sisa cuti yang memang sikit tu. HAHAHAHA

Mac
Happy 52nd Birthday, Ibu!
Happy 50th Birthday, Ma!

April
Our first puasa together and just two of us :)

May
 
 
 
Jun
Happy 30th Birthday to me and I'm vaccinated!
 
July
 Happy 57th Birthday, Baba!
Happy 21st Birthday, Zikri!
 
Dan disebabkan kena quarantine masa ni, terpaksalah beraya haji berdua je dekat rumah. Gigih belajar buat rendang daging. Fuhh sedap siot! HAHAHAHA
 
Ogos
Happy 29th Birthday, Achik!
Fully Vaccinated and food hunting. Kenyang gue malam tu.
 
September
Semua orang dah start bercakap "eh gemuk sekarang?!"
and welcoming on board, Zahirah and new cousin!
 
Dikala gembira, ada kedukaannya. Tengah happy-happy cousin aku nak majlis on 09/09, nenek pergi meninggalkan kami semua on 08/09. Innalillahiwainnailaihirojiun buat arwah nenekku, Hajah Siti Mariam Binti Wagio. Rindu nenek 😭
 
Oktober
Back and forth KUL-JHB untuk urusan paduka baginda FANS. 
Welcoming on board, Akhim and again, new cousin!

November
Our first flight together 😊

December
Banjir teruk sekitar lembah klang dan diikuti dengan negeri-negeri sekitar.
Langat banjir teruk gais. Sampai sekarang pun masih ada baki-baki banjir sepanjang jalan Hulu Langat ni. Berdebu jangan cakap. Semoga semuanya kembali seperti sedia kala. Insyaallah

 
Source: Twitter
 
Semoga urusan kita semua dipermudahkan.
Take care & Stay safe, everyone ❤


Thank you for the great and awesome memories.
2021, you will be remember as part of my wedding year jelah 😛
lain takda ye cos we duduk rumah je separuh tahun ni. Boring tau tak.

Other than that, semoga tahun 2022 membawa sinar kebahagian, rezeki yang bertambah-tambah, melimpah ruah dan sihat-sihat hendaknya. Amin.