September 9, 2020

 “There are moments when I wish I could roll back the clock and take all the sadness away, but I have the feeling that if I did, the joy would be gone as well.”

– Nicholas Sparks

September 5, 2020

It's happened again.

 Assalamualaikum.


The moment kau tengah "perform" lagu Kurik Kundi atas scooter, tiba-tiba scooter mati didepan kereta lain dan get ready untuk bergerak (lampu hijau) ...

Just one word.

MALU.

HAHAHAHAHA it's happened again, masyaallah. Terkedu aku, tengah nak masuk lane, mati pulak tiba-tiba 🤦🏻‍♀️ Luckily, aku ada dekat kawasan sekitar diantara Cheras dan Hulu Langat.

Makanya Achik jadi penyelamat.

Paling kelakar, scooter boleh je start manual beb! HAHAHAAHA aku ingat tak boleh start langsung dah 🤣🤣 haishh pejah pejah .. suka betul mengaibkan diri 🤭🤦🏻‍♀️

August 30, 2020

Scariest

The Scariest Night Ever in My Life.

Nervous.
Shaking.

Hopefully everything will be good, Insyaallah 🙂

August 24, 2020

The Rojak Is Back 💋

Assalamualaikum.

Helloooo! It's been a while. Biasalah bila mood nak blog tu takda, dia punya malas tu haa berbakul-bakul lah jugak. Hari-hari fikir nak update apa tapi bila rasa nak login je, terus lost teruk, lepas tu tukar website lain pulak. Paling best cuci mata dekat booking.com . Kemonlahh, tengok bilik macam terapi kot. Wahahah terapi sangat. 

Aku dah beberapa hari mengantuk teruk, asal free tidur, asal masuk kereta je aku lena sepanjang jalan walhal sebelum ni, aku relax je pegi balik mata segar bugar. Aku syak sebab aku tidur lambat, lepas jam 12am. Memang lambat lah cerita dia. Sebab for me, nak segar esoknya, before 11pm, kau kena tidur dah. Wahh macam kanak-kanak sangat kau Pejah. HAHAHAHAH but betul. If aku tidur lepas jam 12am, memang aku struggle sikit untuk focus. I'm tryin!

Lagi apa, oh btw post ni mungkin pasal everything! Takda specific topic cos I'm lazy! Macam tak biasa pulak post aku rojak. Hueheheheh

Lepas tu tak sabar nak fly berdua dengan Adik. Tak sabar nak tengok excited dia. Tak sabar nak tengok dia kena prank dipagi hari sebab flight pagi kan. Haa tak sabar. Mesti seharian tu dia pot pek pot pek je. Aku kena siap sedia dengan bebelan dia tu. 

Omg, apa lagi eh nak cerita?

Oh yes, Selamat Bertunang Syaz & Abu 💍

July 13, 2020

Weekends in Southern 💜

Assalamualaikum.

Bersua kita kembali di entri yang kedua untuk bulan ini. Fuhh, dapatlah curi masa sekejap untuk update apa yang best bulan ni.

Jumaat - aku kerja separuh hari. Lepas tu siap-siap ke Melaka. 
Around 5.30pm sampai hotel, relax kejap sebab tailor ma datang hotel. Dasyatkan?

Lepas maghrib, ke Parameswara lah kitaaaa ... Sotong goreng tepung, ikan bakar .... yums!

dan buat pertama kalinya, takda merentas Bandar Melaka pun sebab lepas makan, terus balik hotel dan rehat sebab esok nak ke Mersing pulak. oh sempatlah tapau dua biji burger daging special with cheese.

Pagi-pagi dah check out dan sarapan dekat local gerai. Sambal tumis dia ya ampun pedas gilaaaaa 😰😰



Selesai sarapan, ke Mersing lah kita. Tujuan asal ke Mersing adalah melawat keluarga pekerja ma yang kematian suami. Dari Mersing, sepatutnya ke Tebrau untuk jumpa dengan Maklong tapi Maklong pulak ada kerja jadinya kita ke Kulai untuk pergi rumah FANS

Mama FANS buat Ayam Penyet. Kebetulan kiteorang semua belum makan lagi. Alhamdulillah rezeki. Oh sebab seorang Faizah nervous tak ingat, dia tak jamah pun keropok lekor dengan jeruk dengan nescafe tu. Konon kenyang.. kononlahhhhhhhh 😜

Thank you seisi keluarga FANS yang sudi melayan kita sekeluarga.

Dar Kulai, terus cari hotel di Kluang ya tapi ...

HOTEL SCARY OMG OMG OMG ! 👻
Terus cancel booking and cari lain. 2x kena scammed, and we ended up with Be Boutique Hotel dekat Kluang. Alhamdulillah hotel yang serupa hotel. Pheww. Sebelah Pizza Hut, berdepan dengan KFC. 

Sajalah tu suruh aku tidur pun ingat makan.

Maka, tibalah hari terakhir di negeri Johor Darul Takzim. Lepas sarapan dekat kawasan hotel, check out dan ke Muar sebab ingatkan nak lunch Mee Udang tapi kita jumpa durian je. HAHAHAHA. Mee Udang sampai kesudah tak jumpa weh!

Sebab tak lunch lagi, kita masuk Melaka untuk yaaaa asam pedas tapi tapi sebab apa tak tau lah, kita semua lunch goreng-goreng sehaja dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah ..


Maka berakhirlah sudah perjalanan 3 hari dua malam di selatan tanah air.
The best weekend so far 😘


p/s: The date is confirmed!

July 9, 2020

😞

FRUSTRATED

Life is getting harder.
I'M.TIRED; TOOOOOO.TIRED

Do I need to make a decision?
hmmm ...

I couldn't sleep well and I need my beautiful sleep now.
N.O.W RIGHT NOW!

oh wait, I'm in the office.