January 26, 2018

Kellogg's Nutty Choc Cereal Bar

Assalamualaikum.

Masa aku scroll Twitter diwaktu senggang, Farhan pernah tweet pasal satu cereal bar ni. Dia kata sedap. Tapi aku tau aku tak boleh percayakan taste dia tu sebab hmm tak semua sedap. HAHAHAHAHAH sorry geng.

Dan pada suatu hari yang tak berapa indah, aku jumpa cereal bar tu dekat 7Eleven dan aku beli.

YA, AKU BELI !


Mempersembahkan Kellogg's Nutty Choc Cereal Bar !
 

Zoom sikit. Halal tau -.-
 

Sebagai seorang penggemar kacang yang tidak gentar ada jerawat kat muka, perghh statement aku HAHAHAHHA padahal stress tengok jerawat kat muka tapi takpelah.
 

Ok sambung ayat atas tu, seorang penggemar kacang gajus, YA, Nutty Choc ni pakai kacang tanah je bukan gajus pun tapi pada pendapat aku, hmm bar ni oklah. Belum dalam kategori sedap pun lah. Hahahah jujur habis. Tapi bagi aku mengenyangkan lah untuk sejam dua :)

Aku tetap Cashew Nut's Fan forever 💓

Happy Weekend gais!

January 25, 2018

Oh Bunga Kantanku ...

08:58 am

Assalamualaikum.
Selamat pagi gais ☺

Sebelum aku start harini dengan kerja, marilah kita berbual dahulu. Tapi sebenarnya, korang tak payah berbual. Biar aku je membebel sorang-sorang dengan menggunakan jari jemari ku yang rancak menaip di papan keyboard ini. Haaa ayat perghhh :D



Dah kenapa tetiba aku letak bungan kantan dekat sini?



Sebab Bunga Kantan ni lawa! Dia punya kembang, dah boleh buat bouquet ok. So aku bagi idea for those yang  nak buat bouquet tu, apa kata korang tukar bunga rose ke apa ke, ke Bunga Kantan? Well BUNGA jugak kan? Hehehehe tapi cari yang dah kembang macam ni lah. Rumah Opah bersepah wehh!




Soon akan jadi wallpaper dekat pc office. Hehehe. Siapa yang pernah tengok either laptop atau pc aku, dorang tau lah wallpaper aku sentiasa bertukar dengan gambar-gambar makanan. Haaa DP Whatsapp aku tu, dah bertahun tak tukar. Once Farah pernah tanya ...
Agak-agak, bila kau nak tukar dp ni?
HAHAHAHAHH malas! Tapi ramai orang tak tau tu adalah kambing bakar! Dorang mesti teka salah tau. Tak suka! Tapi takpe, aku maafkan korang. Eh?

Tetiba masuk cerita DP Whatsapp -.-'

January 8, 2018

Happy 9th Birthday, Adik !

Assalamualaikum.

First and foremost, Happy 9th Birthday Muhammad Faiz Aziz Bin Azmi! Kakak doakan Adik panjang umur, jangan selalu emosi / sentap, jangan asyik menangis je dan WE LOVE YOU!

 Amaran, ini adalah entri panjang yang penuh dengan gambar. 

Walaupun birthday Adik harini (8hb) tapi Adik dah bergembira sejak hari Sabtu dan Ahad. Dasyat tak dasyat? Tapi still tak boleh lawan kakak dia ni. HAHAHHAA.

So Sabtu, Ma Baba buat makan-makan sikit dekat rumah Opah. Ramai weh datang. Almost 100 jemputan? Orang ingat majlis tunang iolls! HAHAHAHA belum lagi belum lagi. Ada nanti, akan diuar-uarkan di station tv berhampiran. Eh amboii.

 

Since Adik minat gilaaaaaaaaaaa dengan bola, Ma telah pun menempah sebiji kek padang bola untuk Adik. Jangan tanya aku apa team fav dia sebab aku hmm macam malas nak ambil tau. Hhahaha.

 

Antara ahli keluarga yang datang. Actualy ramai je datang. Family belah Sepang datang, belah maktok pun datang. Oh thank you Farah sebab sudi datang. Eh Naufal (anak Farah) jugak!

 

Sebenarnya kiteorang semua tak plan pun nak bertema hitam tau. Tapi bila hari kejadian yakni hari Sabtu, masing-masing macam terkejut eh kenapa semua hitam?!


Popia Sira by Busu, requested by me me meee~~! Aku request tapi sebiji pun aku tak makan. Aku dah ambil 3 biji (dalam gambar), aku ambil gambar lepas tu aku tak terasa nak makan, jadi aku bagi dekat meja Mak Lang aku. So dorang makan. Pastu majlis dah habis, baru aku perasan popia dah takda. Hahaahha bengong pejah.

 -------

Siblings Day Out ❤

Last kiteorang keluar berempat hmm, lama dah. Tu pun dekat Aeon Cheras Selatan je. Dan kali ni, kiteorang pergi jauh sikit; ke Times Square lah kita!

Last aku pergi TS masa TS ni baru bukak. Jadi kedai pun tak berapa nak banyaklah cerita dia. While Achik datang area TS untuk kerja. Adik dengan Zikri memang tak pernah jejak so dorang berdua agak excited. Eh aku jugak :D


Sampai je TS, terus alas perut. Biasalah makan dan hmm pejah tak dapat dipisahkan :)
 
 

Oh yeah, motif utama kiteorang jejak TS adalah kerana Theme Park! Since ma dah belikan tiket masa Matta Fair haritu, jadi kiteorang cuma beli kad yang berharga RM10 (RM5 deposit + RM5) untuk game yang tak include dalam tiket. Jangan risau, korang boleh topup card tu kalau isi RM5 tadi tu dah habis dan bila korang nak balik, silalah pulangkan balik card ni dan akan dapat balik RM5 tu. Oh dengan baki sekali kalau ada.


Birthday boy
 
 




Tepat 2:30 pm, baru melangkah keluar. Ikutkan Adik, dia memang nak tidur terus dalam tu. Hahahahha. Taknak keluar. Apalah dik -.- Takpe lah, nanti dah tinggi sikit, kita datang lagi. Adik punya ketinggian tidak mencapai piawaian untuk dua game terpenting dalam tu.


Yes, dua game ni. And for me, achievement unlocked!
 

Lepas habis main dekat theme park, perut lapar gilaa weh. Dah berGhazal buat Rabiah dalam perut. Hahahaha. Nak makan McD, penuh pulak. Nampak pulak sebelah dia ada Sushi King, eh jomlah! Adik kan penggemar sushi!
 

Habis makan, kiteorang berlegar-legar dalam TS tu untuk cari hadiah Adik tapi tak jumpa yang berkenan. Kalau ada pun, mahal sangat dan merepek sangat. So marilah kita balik. Haa nak balik pun sama. Siap tersalah turun station weh. HAHAHAHA penat jangan cakap. 

Malam tu, keluar lagi pergi beli hadiah Adik. Finally Adik ada sepasang kasut bola. 

Sekian. Happy Birthday Gedik!

January 5, 2018

You did well, #PurWhi ❤

Assalamualaikum.

Kita kembali lagi. Nampak sangatlah aku hmm bosan? Tapi jarak pun lama ni. Biasalah aku jalan-jalan cari kerja dulu ni.

Anyway ...

Adakah anda masih ingat dengan #PurWhi? Jika anda masih ingat? Baguslah. Takda hadiah pun kalau betul. Hahaha. Oh yeah, dia kini tiada disisiku lagi. Sedih?

EH MESTI LAH SEDIH!
4.8.2012 - 29.12-2017

#PurWhi dah selamat aku gantikan dengan yang baru yakni tiada nama lagi untuk yang ini. Gembira sebab dia tinggi compared to #PurWhi tapi tetap sedih sebab lima tahun aku dengan #PurWhi tu.Pastu dia pun harta aku yang pertama. 

Tapi tulah, takda benda yang kekal pun dalam hidup ni.
Eh cehh ayat kau.

Dah lah. Aku sedih kot.
Nak sambung buat kerja balik. Tiba-tiba dapat kerja. Kerja sangat cemburu dengan aku.

Tiga Kali Bosan Jawabnya Gila. HAHAHA

Assalamualaikum.

Hi korang. Macam lamaaaaa tak check in sini kan? Sorry. Aku buat-buat busy lah macam biasa.

Tapi macam sekarang ni, aku betul-betul free. Ajaib bukan? Ya, itulah yang terjadi sekarang. Sampai aku tak tau nak buat apa dah. Pergi toilet je dari tadi sebab kesejukkan. Ya, aku masih di Malaysia. Jangan risau. Hehehe :D

Pandang tepi meja, ada karipap. Baiklah aku makan sebiji dan tinggal sebiji lagi untuk jam 4:30 petang karang. Kenapa tinggalkan? Sebab aku sekarang asyik lapar je. Konon azam nak kurus tahun ni (dan tahun-tahun lepas jugak) tapi hampeh. Masih dengan aktiviti dulu jugak (makan). 

Stress bukan? -___-"

Dah lah. Aku nak sign out. Tapi kalau aku bosan lagi, aku update lagi. 
HAHAHHAHAHA

December 22, 2017

Tak sabar nak terbang dengan Malaysia Airlines!

Assalamualaikum.

Kalau sebut pasal Malaysia Airlines, apa je yang akan terlintas dekat laluan fikiran korang tu? hmm ... Duty Freeeeeeeee! Yessssss. Sesambil berlegar kat hall tu, cuci mata lah uolls dengan perfumes, chocolates dan macam-macam lagi. Haa perokok tegar syok lah. Boleh dapatkan rokok secara carton dan murah. Haa ni aku tak sarankan. No No!


Used to be Top 10 World Best Airlines, Top 10 World Best Cabin Staff and holding 5 star title. Yes, we as Malaysian should be proud of it. Walaupun Malaysia Airlines telah mengharungi pelbagai peristiwa sedih sejak beberapa tahun kebelakangan ini tapi aku percaya, warga Malaysia Airlines mahupun rakyat Malaysia sendiri sentiasa support each other 💪 


Sekarang pun Malaysia Airlines masih lagi struggle untuk dapatkan kepercayaan daripada semua pihak, tak kira siapa pun agar tiada yang berhenti menggunakan perkhidmatan mereka. Pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh pihak Malaysia Airlines antaranya memberikan pelbagai tawaran menarik. Bak orang putih kata unbelievable promotion! 😧 Haaa seronok bukan?

Weh tu baru mukadimah! Aku semakin gila dengan mukadimah yang panjang berjela! HAHAHAHHAHAHAHAHAHAH takpelah at least korang focus. Aku ada story nak cerita tentang peluang yang cousin aku dapat.

Cousin aku BERJAYA untuk grab ticket promotion yang Malaysia Airlines buat. Paling best, All-in-one weh! Aku tau je, terus aku murung! Sebab dia tak ajak aku T_T Dapat pulak Business Class, manalah aku tak murung. Cousin aku cakap dia tak pernah terfikir pun nak naik Business Class since dia cakap naik Economy pun dah habis bersyukur dah!


Tu lah, bila peluang datang, apa yang kita perlu buat selain grabbing the chance? Betul tak? Memang rezeki dia lah tu. Naik Business Class tu antara angan-angan yang aku sendiri tak tau bila aku boleh merealisasikan ia untuk menjadi satu kenyataan. Yelah, dah lah naik Business Class, dapat layanan tiptop pulak. Haa part paling best, MAKANAN yang super enak, yang ala-ala taraf five stars punya weh. Fuhh! Itu baru dalam flight. Kalau dekat lounge dia pulak? Lagilah macam-macam, dengan pilihan makanan yang pelbagai, eh buffet lagi. Siapa tak suka? Tak payah rebut-rebut kannnn… *awan timbul atas kepala*



Yang aku tau, kalau dah naik Business Class, korang akan ada laluan sendiri yakni laluan express untuk passenger Business and First Class untuk security dan immigration checking. Wow bolehlah feeling vvip lalu situ. Waahahha. Memang korang takkan bertembung dengan passenger Economy lah cite dia. Nak lagi cepat, haa check in siap-siap dekat Malaysia Airlines Online check in. Tak payah fikir pasal boarding ke apa. Lepak kat lounge tengok kdrama sambil makan a full meal set 😋😁

Aku adalah tanya dekat cousin aku, macamana dia boleh dapat tiket business class murah? Haa terkejut punya pasal, kpochi terus pejah 😅
Traveloka.
Satu perkataan yang cousin aku cakap. Aku tau akan kewujudan Traveloka ni tapi tak pernah guna since aku banyak travel guna kereta je weh. Sis tak mampu lagi naik flight. Hehehe.

Cousin aku cakap guna Traveloka adalah cara terpaling mudah dan pantas. Tak payah bukak website airlines satu-satu. Masuk je dalam Traveloka, isi details macam tarikh and tempat korang nak pergi, haaa satu-satu airlines dia list kan. Korang hanya pilih yang terpaut dihati korang je. Kalau terpaut hati aku, habis duit aku. Hehehhe. So tak payah korang terkejut sangat kalau korang tengok harga ticket more cheaper than harga official airlines website lah. Seghonok kau! 💃🕺 

Kalau korang nak purchase airline tickets, make sure korang guna incognito mode on your browser. Incognito ni macam private browsing lah. Kalau yang suka check harga tickets pagi pastu terkejut bila dah petang, harga jadi lebih mahal, ini dinamakan technical trick ye anak-anak. Bila korang masuk website airlines, dorang akan letak cookies untuk detect lokasi kita. Bila korang asyik bukak pastu tutup pastu bukak (aku lettewww), dorang akan assume korang ni tak ready nak purchase. Bila korang tengok harga dah naik, haaa baru naik akai. Baru kabut nak beli bagai. Masa tu nak nangis pun takda feel dah sebab harga dah naik. Ok takda kena mengena kan tapi yeahhh.

Jadi, gunalah incognito atau private browser untuk elakkan emosi korang terganggu. Lagi sekali, macam aku lettewww 🙄

Ni semua pesanan dari cousin aku. Gigih tak aku taip balik apa yang dia share dengan aku? Hoii aku kan kakak sedara fav beliau. Haruslah aku share. Kan ke prinsip aku benda best, kena share? Jadi layarilah website Traveloka untuk mengetahui promosi terkini dengan Malaysia Airlines !

Happy Traveling!

credit picture: KLIA, Google, MAS, Pexels