October 16, 2017

Kisah Pondok 4A

Assalamualaikum.

Last two weeks, Aziela datang Putrajaya and dia whatsapp gambar-gambar ni dalam group. Wow perangai dia -.- Dia tak tau ke kawan-kawan dia (dalam group) semua rindu 4A? Tempat lepak, tempat main, tempat belajar, tempat dating, tempat memekak, tempat amik gambar. Eh name it! Apa je tak buat kat taman 4A tu? Wahahahhaha. Rindu.



Nampak pondok tu? Most of our time dekat situ. Study group lah kononnya tapi macam lebih kepada bergossip, bergaduh dengan pakcik rumah bawah tu sebab sibuk 24jam tu je? HAHAHAHAHA tapi still lah. Kiteorang belajar ok kat situ. Balik sekolah je, semua lepak pondok. That's why nama group whatsapp Geng Pondok. Heheheh. 

Banyak sebenarnya kenangan kat pondok tu. Rindu, memang rindu. Bila kat taman ada event hari raya ke senamrobik ke apa, memang kiteorang akan lepak pondok. Kalau ada orang lain atau pakcik makcik lepak pun, kiteorang akan menyelit jugak. Hahahhaa.

And kalau nak tau pondok ada orang ke takda, haaa aku atau Zuraini lah yang akan ushar. Tapi rumah Zuraini lah paling jelas, sebab dia G floor kan. Aku tingkat 3. Samar-samarlah pun. Kalau takda, aku jugaklah yang menjerit 

Aqilaaaaaaaaaaaa ~~ !!
Azielaaaaaaaaaaa ~~ !!
Solehaaaaaaaaaaa ~~!!

Jom lepak pondok !!


Hahaahha aku rasa orang-orang 4A pun dah biasa dengan suara aku. Bertabahlah jiran-jiranku :) Kenapa aku tak jerit Teyka? Sebab rumah teyka satu floor dengan Zuraini. Aku hanya perlu turun menggunakan lif dan tekan G dan pergi ke belah kanan untuk rumah Teyka dan kiri ke rumah Zuraini.



Court 4A ! Asalnya court ni, nak buat swimming pool. Kalau tak silap aku lah. Tapi dorang buat court instead. Oklahkan. And court ni pun, macam-macam aktiviti kiteorang buat. Main galah panjang, main badminton, main kejar-kejar, weh apa je tak buat court ni? Aku first time karaoke pun dekat sini! HAHAHHAHA malu weh malu. Tapi apa nak buat. Seronok kot. 

Dewan serbaguna tu pun, aku belajar menari dekat situ jugak. Semua event kecil-kecilan pun dekat situ jugak. Memang kalau nampak dewan ada orang, itu bermaksud DEWAN ADA MAKANAN BANYAK ! Hahahahahhahaha. Seronok uolls. 

Dari rumah aku memang clear lah. Selain aku, Zikri (adik aku) pun ada kenangan dekat sini. Haa dia pernah kena kayu besbol dekat dahi dekat court ni. HAHAHAHHAHAHA ya ya memang kelakar. Balik rumah, hamikk kau, flower horn dah muka sebab dah benjol kan? HAHAHHAA. Aku buat apa? Menjerit ah dari rumah, marah siapa buat dia. Padahal boleh je turun bawah kan? Biasalah, dah suka menjerit. HAHAHHAA eh masa tu jelah.



Kenapa ada gambar ni? Aku pun tak tau motif Aziela bagi gambar ni. Yang aku dapat pastikan, dulu haiwan lain ye benda jongkit ni. Sekarang haiwan lain. HAHAHAH. Berapa kali tukar pun aku dah lost track dah sejak pindah dari 4A.

UPDATED: 
Aziela: Motif gambo mainan tu...sbb dlu gemok2 skg dah keding...hahahahaha...
So, secara am nya, semua Geng Pondok dah keluar dari Putrajaya. Zuraini masih lagi alamat Putrajaya kalau tak silap aku sebab rumah dia macam sempadan je. Teyka (Bangi/Kajang/Putrajaya), Aziela (Perak), Aqilah (Selayang), Soleha (Kuala Selangor). Tapi bila ada kawan-kawan sekolah kita orang yang kahwin, haruslah bercerita tentang 4A. Tak pernah missed lagi.

Dah lah. Rindu dah.

October 6, 2017

Dari container ke jogging ke cuti seminggu!

Assalamualaikum.

5.03pm, waktu sekarang. Apa aku tengah buat? Tengah bermonolog, 

bila container nak sampai? 

Jadi apa aku boleh buat sekarang adalah mengupdate segala dokumen jelah sambil menjeling ke arah kanan bawah pc.

Ada apa?

Jam lah weh! Tak sabar nak balik. Rasa mengantuk gilaaaaa dari pagi. Mungkin sebab malam tadi aku tidur dah lepas dari waktu sepatutnya. Yelah, aku kalau tidur lepas 11pm, memang mengundang menguap non stop lah keesokkan harinya. Dah dapat agak dah. Walaupun aku tidur lewat sejam je.

Plan esok? Macam nak masuk office, check container (kalau sampai harini) tapi tengok dulu. 

Lepas tu dah berminggu-minggu aku ajak adik-adik aku jogging. Tapi dorang dah memang tau aku punya semangat nak jogging tu, mula-mula je. Lepas tu bila hari dah tiba, aku akan buat-buat lupa ataupun mengeluarkan ayat 

alaaaaa.. malaslah. aku nak pergi kerja ni

manalah tak angin dorang tu -___________-

Tapi kalau nak jogging pun, esok Zikri takda. Ada kelas jugak. Haaaaa mana sempat.

Ok. Tamat cerita jogging.

Lesung takda seminggu next week! Yabedabeduuuuu? HAHAHAHAHHAH

Dan tiba-tiba guruh. Cuaca kat luar terang je ....

September 28, 2017

Vivo V7+ dah ada kat Senheng/senQ !

Assalamualaikum.

Ok korang, aku ada berita gembira yang pastinya akan membuat korang rasa nak berlari sekarang walaupun aku tak khabarkan lagi berita gembira itu. Over lah korang ni. Dah duduk balik, tarik nafas dalam-dalam dan pastikan lepas. Kang tak lepas, jadi apa-apa, aku taknak layan eh. Hiks. Anyway, bila ada berita gembira, aku pasti akan share dengan korang dan kali ni berita tu lain sikit dari biasa. 

Aku nak bagitau korang yang Vivo dah keluarkan model baru lagi canggih iaitu Vivo V7+ weh! Omg omg omg! Rasa bernyawa balik tak? Oh please excited balik gais!


Mengancam tak? Memang style aku lah ni kalau simple macam ni. Korang dah boleh dapatkan Vivo V7+ ni di semua cawangan Senheng/senQ yang berdekatan dengan korang. 

Aku up lagi apa yang best Vivo V7+ ni.

 
Best weh! Aku kan suka tengok drama / movie / novel dalam phone. Wide view diaaaaaaaa!!!

Ok, terpaling penting untuk aku selain camera adalah sound dia. Yelah, aku kan selalu buat konsert free. Kalau sound tak best, kesian ah fans aku. Huh fans kununnnn


Eh macamana nak pre-order ni? Tak sabar ni woii!

Yang mana ada atau baru nak join membership PlusOne, korang bukan je dapat buat pre-order Vivo V7+ ni, malah korang juga akan dapat enjoy extra satu tahun warranty ok! Fuhh. Apa lagi nikmat yang korang dustakan? Tawaran ni memang istimewa lah cerita dia.

Ok. first, pilih dulu nak warna apa sebab Vivo V7+ ada dua warna.


Black vs Gold
pilih jangan tak pilih. Warna ongkayooooooo

Korang juga boleh membuat bayaran secara full payment iaitu dengan harga RM1499 atau secara ansuran (RM62.46 x 24 months). Ikut tekak dan poket korang lah ok. Yang penting korang happy lepas beli tu :)

Bila dah beli, duduk jelah diam-diam dekat rumah tu. Standby je depan pintu, tunggu Vivo V7+ sampai sebab Senheng/senQ ada buat penghantaran ke seluruh negara secara percuma. Haaaaa kan dah jimat duit minyak, masa and tenaga tu. Phewww legaaa....
  
Ish aku pun rasa macam nak trade in current phone aku lah. Sebab kalau kita trade in dekat Senheng, kita boleh dapat harga dengan lebih murah dengan rebate yang disediakan. Apa lagi gais ..... *amik calculator*

Kalau korang nak tau lebih lanjut, korang boleh cekidaut website ini > Vivo V7+

September 27, 2017

Tangisan.

Assalamualaikum.

Sepatutnya Jumaat lepas, akan ada entri-entri yang memenuhi ruang blog ni sebab Jumaat macam free gilaaaaaa and aku pun ingat nak balik awal. Awal dari semua oranglah cerita dia. Tapi tu lah, kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. 

Walaupun pada mulanya aku hanya merancang nak balik awal tapi hati aku tak pasti dengan keputusan tu sebab nya aku tengah tunggu container sampai tapi tak sampai-sampai. So aku plan lepas sampai and email documents baru balik lah kan. Tapi ...

AKU BALIK AWAL HARI JUMAAT TU. AWAL DARI SEMUA ORANG. fuh.

Dan aku balik tanpa aku tunggu container sampai. Dan aku juga balik tanpa email documents dekat agents.

Sebab apa?

Sebab ada kejadian yang tak diingini berlaku dekat office dan ia melibatkan Kakna. Korang fikir, kalaulah aku balik awal haritu, apa akan terjadi? Maksudnya siapa yang akan call the makciks and pakciks aku? Ok mungkinlah dorang akan godek phone Kakna tapi ....

Menggeletar aku 

Masa tu aku cuma fikir itu adalah hari terakhir aku akan jumpa, tatap muka Kakna. 

Sedih? Memang sedih.

Kita tak makan sushi lagi Kakna! - Kata aku pada Kakna masa dia tak sedarkan diri. Allahu. Jatuh airmata aku. Tak sangka. Terkejut. Terkedu.

Alhamdulillah, aku punya colleagues yang sangat baik dan banyak membantu masa Kakna tak sedarkan diri haritu. Kalau dorang takda, mati kutu aku. Alhamdulillah.

Selepas 12 tahun, aku naik lagi ambulance. Kali ni menemani Kakna ke hospital. Nervous. Takut. Menunggu di hospital sehingga jam 7 malam untuk tau result dan alhamdulillah Kakna takda apa-apa dan boleh balik.

Fuh alhamdulillah

September 22, 2017

Bincangkan persoalan ini. Soalan diakhir perenggan. HAHAHA

Assalamualaikum.

It's public holiday today in Malaysia.

Tapi aku dekat office ni, bekerja demi sesuap mekdi yang kini jarang ku telan itu. Nak buat macamana, siapa suruh takda delivery ke rumah, kalau ada, pasti aku kembali menjadi pelanggan setia seperti zaman kolejku dulu yang mana setiap dua hari atau minggu, pasti ku jejak mekdi Banting tu. Tapi tulah, tu dulu! 

Secara am nya, kerja aku dah siap dah. Biasalah sebelum 11am (paling awal) kerja aku dah siap. Paling lambat selalunya sebelum 12pm. Alaaaa ni pun sebab container tak sampai-sampai lagi dari semalam. Sepatut dah sampai semalam tapi entahlah, benda tak boleh jangka. Nak call pun, tengah PH. Nak siapa angkat call kau? Hantu? Errr jangan buat hal eh. E kata call esok kalau tak sampai harini. So baiklah.

Baiklah. Apa lagi yang perlu dibebelkan lagi?


HAHAHAHAHHA walaupun gif takda kena mengena. Cuma suka gif ni. Macam mintak kena sepak sangat. But anw aku lupa aku dah tengok movie ni sampai habis ke belum? Ke dah? Haaa lupa lupa lupa. Nak kena tanya adik ni sebab selalunya aku tengok dengan dia. Tapi adik pun ... ingatkah dia? 

Ok apa lagi?

Adakah kebarangkalian aku akan buat double tripple update harini ? Haa semoga aku tak begitu bosan seperti sekarang lah, jika tidak, pastinya kalian akan nampak mungkin dua, tiga, empat atau seratus entri untuk harini saja. Waahhh kemain seratus. Satu pun macam nak bergaduh -.-

Tapi aku pelik. 

Kenapa?

Ya ya kenapa?

Kenapa bila aku update entri yang merepek, yang tiada hala tuju, isi nya penuh seperti tiga ataupun empat atau lebih muka surat A4? Kenapa? Kenapa bila entri yang agak fokus aku macam ketandusan idea dan terus bisu dan mengambil masa yang fuyoooo lama weh, siap battery laptop habis lah, end up aku tutup dan simpan balik dalam bag. Haaa loser apa kau pejah!

Jadi bincangkan kenapa?

Eh tetiba ada soalan.

Dah bye lah.

September 21, 2017

Lama tak borak santai pasal makan. Eh makanan lagi ke? Alaa ada JYH dengan kopi jugak. Dah baca sana!

Assalamualaikum.

Pagi ni lets borak santai sebab aku nak tunggu 9:30am untuk aku turun kebawah dan memulakan tugas sulung aku untuk harini. Wow tugas sulung. Dah macam poyo sangat bunyi nya tu. Alaaaa biarlah. Aku tengah lapar ni. Jadi macam-macam perkataan tengah berebut nak keluar dari akal aku. Wakakakak gelabah. Yayayaya aku tau -.-

Sabtu lepas, pergi rumah kawan ma. Cik Halim sekeluarga buat kenduri doa selamat sikit sebab anak dia nak balik UK dah, class dah nak start kan. So kiteorang datanglah satu keluarga and yang pasti Achik takda pun. Biasalah mamat tu kerja je tau. 

Pergi dan datang sambil membawa laksa untuk orang yang datang makan. Dorang order dekat ma Laksa yang sedap ittewwww ☺ Gambar laksa takda. Eh ada tapi lupa nak transfer jadi takyah. Dah selalu tengok kan?

-------
 
Ok. Dah 9:50am dan aku dah turun pun tadi (9:35am) and sambung menaip balik sebelum aku sign off.
 
So dalam banyak-banyak makanan masa tu, aku tertarik dengan satu kuih ni. Unik. Sedap pulak. And sampai sekarang aku tak tau nama dia pun. Tapi macam ada custart tapi tak mungkinlah sebab warna putih kot? Sedap.


Sedap weh! Aku dah tau harga dia. Lalalalalaa gigih kan tanya tuan rumah apa nama kuih ni tapi makcik tu bagitau berapa harga instead. HAHAHAHAHAH bolehlah.

Semalam nampak kat timeline Twitter, Soompi tanya soalan ni ..


Berkobar jugaklah nak buat. Dalam hati biarlah JYH atau LJS. HAHAHHAA kalau dapat dua lagi tu pun takpelah. Nama pun support semua. Gittewww. Tapi dekat office, line Celcom macam lembab sikit. Takpe, kita pin dulu. So sebelum tidur baru teringat lalu aku buat ....

And the result ...

 

Hahah 3x aku buat, 3x aku dapat orang yang sama. Adakah ini jodoh? HAHAHHAHHAHHA alaa relax ahh. Aku gurau je. Jangan ada yang kecam aku dah lah. eeee bergurau pun tak boleh. Dah lah.


This one, now officially my favourite!

Dah lah pahit, and Zikri tak suka sebab pahit katanya. Eh kisah? Hahahaha.

So bought one today. Bila nak minum, tu tak tau lagi. Harini aku busy. Bye.