February 18, 2016

Iman's 8th Birthday

Assalamualaikum.

Kita kembali lagi dengan entri makanan. Grrr lepas aku upload semua gambar ni, mulalah perut aku kruk krak kruk krak. Terliur sangat ni.. Rasa macam tak puas makan haritu. Padahal perut dah senak, macam-macam masuk -.-'

Okay back to our main story here. Cerita berlaku sehari sebelum CNY, yakni 7hb ye. Guess what, it's Iman's birthday! Happy 8th Birthday Budak! 

Decided nak buat bakar-bakar, so ada ayam, ikan, kambing (of course) and sosej sebagai penambah rasa.




Tak lupa juga kepada bihun dan mee sup dan buah-buahan tempatan supaya ia sebati. hahaha aku merepek dah ni. Eh nasi, kuah asam dengan sambal cili pun ada tau.


Our fav. Kambing bakar! (tips: kalau nak cari marinated lamb yang sedap, sila beli dekat Mydin USJ. Situ punya sedap gilaaaa compare to Mydin lain)


Our birthday girl ^^ Happy Birthday Nuriman Najwa ! Lawaaaa kek awak :)




Bakar-bakar diteruskan lagi sampailah rasa makanan terlalu banyak! Hahaha. Kambing dengan ikan pun ada yang tak habis bakar, so simpan je dalam freezer. Kambing paling laku sebab yelah, paling awal masak en. Kenyanggg gila masa ni. 

Setel bakar-bakar, potong kek semua, sambung berborak dengan KakNa and Iqah pulak. Borak punya borak, it's time to balik rumah. Hahah!

p/s: cerita pendek sangat sebab malas nak fikir. Hhaha

February 17, 2016

25th of Pina Musa

*** birthday shoutout ***


Happy 25th Birthday Bestfriend !!

Semoga kerja kau dapat siap sebelum dateline Jumaat ni
dan pergi cari software cepat !!
Rare punya wish ni.

Have a greatawesome birthday today! ^^

January 27, 2016

Nora is back!

Assalamualaikum.

Haaaaa aku rasa aku terlupa nak up satu cerita. Yelah, aku dah lama tak jumpa budak gedik ni, so nak cerita apa je kan? Cerita ni berlaku awal bulan Januari haritu. Hahaha masih dalam bulan yang sama ye. Phewww~ Tapi kan, aku rasa macam lapar. Sekejap, aku nak sarapan dulu.

** ke pantry makan maggi / ketiaw goreng **

Alhamdulillah kenyang dah.

Okay back to our main story. Well actually, takda benda apa pun nak cerita. Tapi sebab budak gedik, so aku decided untuk up kat sini. Lamaaa nau fikir nak up ke tak. Hahhaa! Weh aku jumpa Cik Noura okay! Kawan satu rumah sewa / kelas / makan pagi tengahari petang malam / kawan membebel  4 sem + 1 sem repeat okay!!

31 Dec, Nora ada up status pasal rezeki dia sepanjang 2015. Dulu masa belajar, Nora selalu cakap 
Nora nak kerja, gaji 3k !
Well guys, she's proved it! Since dia business sekarang. Alhamdulillah I'm a proud friend :)

So borak lah dekat komen fb dia. 

1 Januari, aku ada kenduri dekat Shah Alam, atau lebih spesifik, dekat 24. Dah area rumah Nora tu. Aku macam terfikirlah kalaulah terjumpa Nora, kan best? Hahaaha padahal tiap kali aku datang Shah Alam, itu memang benda wajib aku akan fikir. Haha.

Yelah, Allah tu maha mendengar kan. Waktu kenduri tu, dalam dewan memang pack gilaa! So memang takkan perasan sesiapa lah kan. Nak dijadikan cerita, masa nak balik. Aku baru masuk kereta, lepas tu, aku pandang tingkap nampak orang lah kan pastu aku nampak seorang pakcik makcik yang macam familiar gilaaa!
Eh tu Nora!! 
Aku jerit panggil nama dia. Hahaha! Terus berlari keluar dari kereta. Nasib baik ma dengan baba tak marah. Hahaha. Yelah, main keluar je dari kereta kan. Kang terlanggar ke apa, sape susah? Diri sendiri jugak.

So dengar drama swasta Nora kejap. Haa pengantin perempuan tu jiran Nora rupanya. Pengantin lelaki sepupu ma. Hahaha dunia kecik gila! Lepas tu apa lagi, benda paling Nora favourite, it's Selfie time! Hahahha! Since gambar tu dekat phone Nora, so aku tunggu jelah Nora update dekat Facebook dia. Haaa esoknya baru dia update. Bz letttewww :p 
 
redha please gambar sebesar alam. kuikuikuii


First, aku tak tau kenapa mulut kau macam tu. Hahha! Macam senget pastu tak center. Gila bengong ah!! Lepas ni aku nak senyum nampak gigi jelah walaupun gigi macam dracula. Kahkahkahh matilah kutuk gigi sendiri =.='

Looking forward our next meet up. Cehh! Next meet up konon. Blahh lah pejah -_______________-"

January 25, 2016

Cuti bebeh!!

Assalamualaikum..

Korang, kerja ke? Takpelah, kerjalah. *cough*

Iolls cuti harini. Muahahhaha!





January 22, 2016

Adik, seorang beginner.

Assalamualaikum.

Okay, ni cerita Ahad lepas. Muahahahha dah nak seminggu dah cerita ni. Bertabahlah korang. Aku memang selalu lambat. Takpelah, nanti aku rajin, aku update hari-hari. Itu pun KALAU aku rajin. mihmihmihh.

Adalah budak tu kan baru dapat roller blade en? So bila ada masa je, dia mesti ajak main roller blade ni. Being me, aku malas nak turun bawah sebab dah lah cuaca sekarang panas tak ingat punya, pastu aku malas. Hhaha!

So nasib baik minggu lepas Zikri balik dua hari, so Zikri lah jadi mangsa teman adik. kekeke. Mula-mula adik ajak Achik teman. Okay dia teman, lepas tu bertukar orang sebab Achik kena pergi pasar Kajang beli nangka. Hehehe.
 

Masih seorang beginner. 

Perlukah seorang pro menunjukkan skil nya kepada adik? Eh sape pro tu? ehemmm *cough* aku lerrr !! Muahahhahaa!

January 21, 2016

Adik 7th Birthday

Assalamualaikum.

Cerita yang hampir dah nak sebulan tapi baru nak up harini sebab apa? Sebab aku busy weh! Serious aku busy. Busy dengan masalah dunia yang semakin hari semakin menakutkan ni. Busy dengan hal sendiri. Hahah busy mengalahkan menteri katakau! Kah! Tapi harini aku macam free sikit. So sebelum aku masuk pantry untuk makan nasi lemak yang aku beli kat depan padang tadi, meh aku update cerita yang hampir sebulan ni.

Sebulan sebelum birthday, adik dah hint nak roller blade. Dia nak yang jenis oldskool 


ni. Kau rasa aku nak beli? YA! Aku nak beli memula. Tapi bila aku survey, aku macam takut tengok design dia. First Adik tak reti langsung main roller blade ni. Second, peratus untuk mengalami kecederaan dibahagian buku lali/kaki sangat tinggi untuk beginner macam adik.

So aku decided untuk survey lagi. Nahhh, jumpa yang ada promotion. RM100 je. Murah! Aku tunggu seminggu jugak ni. Sebab owner pergi bercuti. Eh dah seminggu, aku whatsapp lagi, dia boleh kata dah habis stock. Weh dah seminggu tau tunggu.

Sepanjang seminggu tu, aku kena tazkirah dengan adik ..

Kakak! mana hadiah adik? Kata Selasa? Kakak bagi hadiah apa?

Aku tahan sambil membebel

Adik punya barang jauh. Dari Jepun. Dia pos lambat! Buku je punnn

Hahah padahal barang takda. Terpaksa menipu lah. Hahaha sorry bro!

So hari Rabu, Achik cuti. Aku ada ushar website roller blade yang oldskool tu, aku tengok ada roller blade yang murah dari semua igshop yang aku tengok. So aku ada whatsapp orang tu, sebab malas nak suruh Achik pergi Alamanda. Jauh. Owner tu kata ada kedai lain dekat PKNS. Okay, aku hantar Achik pergi sana. Setel masalah. Aku terus rasa bersyukur sebab takyah dengar tazkirah adik lagi. Muahahaha!!

Balik kerja, aku balut dulu sebab ma suruh balut.



Seorang kakak yang gigih. Balut lah walaupun tak kemas sebab tape tu taknak lekat langsung. Aku dah lah lapar, yelah baru balik kerja en. Ada aku makan roller blade ni karang. 

Lepas makan, aku suruh adik siapkan kerja sekolah dulu. Dah siap? Dah ready? Haa pergi amik barang dalam bilik kakak sana! Kata aku kepada adik!



sukalah budak bebel ni.

Sambil bukak, dia cakap 
Adik dah agak dah roller blade. Tapi kenapa tak buku?
Awak nak ke tak? Kalau taknak, akak main.

Bagi aku ni paling muraaaaaaaaah dari semua yang aku survey lah. Tesco Kajang pun dah RM200 tau. Itu pun roller blade sajo. Mahal gilaa. Aku beli dua barang ni (roller balde + guard) baru RM150. Guard tu aku rasa semua sama harga lah kot sebab kat Tesco pun RM20 jugak. So aku dah jimat RM70. Selamaaaaaaat!

Bergembiralah adik. Terus main dalam rumah. Malam-malam okay. Nasib jiran tak ketuk pintu bising-bising. Hahaha. Dah puas main, masuk bilik tidurlah ... Sekolah en.

Birthday 8 Januari. Dapat hadiah 13 Januari. 5 hari jugaklah adik tazkirah. Hahaha!

Happy 7th Birthday Faiz Aziz! Kakak loves you ♥♥

Thanks Nolskate

p/s: aku dah cari sebelum birthday adik lagi. so total sampai hadiah sampai depan mata adik adalah dalam seminggu lebih lah.