January 29, 2015

Asyik sama je. Stress awak!

Assalamualaikum.

Dari semalam sebenarnya aku stress dengan satu benda. Mungkin pada orang lain, benda ni dah biasa terjadi tapi bagi aku NO NO NO !! Aku paling tak suka benda ni terjadi. Kalau terjadi dengan orang tak kenal pun aku dah stress, apatah lagi dengan orang yang aku kenal dan hari-hari jumpa.

Ceritanya, dah dua hari sama warna tudung dengan Dayah. Hak elehh, sama tudung kecoh! Kecoh ah weh. Segan kot. Semalam warna hijau turqoise tapi berbeza dari segi tudung. Harini ha amik kau, maroon dan tudung bawal masing-masing. Lagi aku double stress. 

Aku dah teragak nak whatsapp Dayah tanya warna apa dia nak pakai, tapi aku malaslah sebab tak pernah pulak aku tanya. Haa rasakan Pejah!!!

 

Aku rasa macam nak balik tukar tudung je. Nasib baik rumah jauh T___T

January 23, 2015

Wabak

Assalamualaikum.


 

Sekarang ni aku suka makan donut gula. Semua sebab Bread Talk ada jual donut gula yang lembut menggila. So aku dah addicted. Semalam aku makan satu je sebab tekak pahit. So lagi satu Achik yang makan.

Hari Rabu pagi tu, aku dah mula rasa tak sedap badan. Hari-hari sebelum tu cuma rasa batuk dengan selsema jelah. Oh dengan sengal badan je. Tapi Rabu tu memang aku tak tahan dah sejuk menggigil dekat office so decided pergi klinik panel untuk check. Yeah, dapat satu hari cuti walaupun dah kerja pagi tu.


Minum petang aku. Ubat yang banyak ni, tapi aku makan tiga jenis je. Hahaha! Yang bulat besar tu, tak kuasa aku nak makan. Kalau nak tengok aku muntah ubat tu balik, silalah suruh aku makan. Jadi kita simpan je buat pekasam. Hahaha. Aku bukan takut ubat tapi tekak aku memang tak boleh terima ubat besar-besar pahit ni. Dari aku kecik kot. Memang aku akan muntah balik. Aku makan ubat yang jenis tube atau yang kecik2 tu je. Sebab tak susah nak telan. Huuhuhuh.

Balik klinik, terus amik budak bebel dekat rumah jagaan dia. Terkejut ke apa tah tengok kakak dia amik awal gila! Budak ni aku awal bebel, aku lambat pun dia bebel. Tekak aku masa ni macam teringin nak makan Nasi Ayam. Meh lah cari. Sesambil adik bebel, dia cakap 
Adik: Kakak, haritukan adik makan ayam yang ada masin-masin tu.
Aku: Ayam masin? Semua ayam ada masin letak garam.
Adik: Tak. Yang potong-potong tu.
Aku: Yang sebelah jual pau tu ke?
Adik: Aah!! *suara teruja* 
Aku: So, nak ke?
Adik: yelah *gelak*

 

Okay, aku layankan je sebab aku pun lapar. Kalau aku tak lapar, takda keje nak singgah-singgah lah hai. Balik je dari beli Nasi Ayam dengan ayam potong-potong (which is Ayam Uncle Bob), adik apa lagi, makan ah dengan rakus. Dia bagi aku sikit je ayam dia. Aku okay lagi kalau adik mintak makan. Tak kisah. Yang aku kisah bila dia mintak mainan. Angin aku. Sebab jangka hayat mainan tu takkan lebih satu hari. Kan membazir dah. Adik ohh adik ~~!


Semalam (Khamis) rasa badan tak berapa nak sihat lagi. Jadi aku decided untuk pergi klinik lagi untuk request another mc untuk semalam.

 

First time aku pergi Klinik 1 Malaysia ni. Untuk aku pergi kali kedua, aku akan cakap TAK. Sebab? servis lambat ya ampun. Berjanggut aku tunggu. Lepas tu, sambil check patient, dia boleh main phone. Haishh boleh pulak macam tu. Pastu aku request mc, dia TAK BAGI okay. Dia cuma bagi aku notis yang mengatakan aku ada datang klinik je. Aku tak tau nak menangis ke gembira ke apa. Aku sabar jelah.

Dan harini aku masuk office dekat rasa saki baki sakit kepala dan batuk lagi. Nasib baik kerja tak banyak. So aku rilek dulu sambil update entri ni. Heheh. Oh dan notis klinik aku dapat semalam TIDAK BOLEH GUNA dekat office jadi kena potong cuti aku (kalau ada lagi) Gila sedih! Manager aku semua tanya KENAPA YOU TAK PERGI PANEL? Aku macam boleh ke? saya dah pergi Rabu. Dan dorang kata BOLEH LAH!!

Ok. Aku nak menangis ㅠㅠㅠ

p/s: dapat rezeki semalam. pertama kali. Alhamdulillah.

January 20, 2015

One Fine Day - Jung Yong Hwa

Assalamualaikum.

Finally, another mv is OUT ! 

One Fine Day - Jung Yong Hwa


Embedded image permalink 




Embedded image permalink

I'm happy and proud of this guy :)
Enjoy!

#OneFineDay  #정용화  #어느멋진날

Solemnization #FuzaNapi

Assalamualaikum.

Hari nikah, 17 Januari 2015.

Aku datang rumah maktok agak lambat sebab tolong ma siapkan lauk tambahan dekat rumah. Senang. So lepas dah siap semua, ke rumah maktok lah kita semua. Majlis nikah yang sepatutnya berlangsung jam 3 petang, tunda ke jam 4.30petang (lebih kurang since pihak lelaki lambat). Weolls, dah penat tunggu ok. Sabar jelah haishh.

 

Aku kira sempat balik Tekali jap jumpa Opah sebab majlis delayed kan. So gambar atas ni boleh dikira OOTD aku lah kan? Hahha jadilah dari takda. Aku sebenarnya nak amik gambar adik tapi tak nampak. Gelap! 

Lepas tu, dah nak 3.30petang, baliklah ke rumah maktok. Tengok dorang semua duk selfie dengan pengantin. So takkan aku nak tengok je? Aku tengok ada props, so aku cari yang berkenan je. Dapatlah .... (refer gambar bawah)


Muahahhaha korang jangan keji aku banyak sangat. Ada lagi satu, tapi aku macam tak jumpa dalam phone. Ke gambar tu dalam camera pakndak? Hmm biarlah, sekarang aku tepek je mana yang ada yooo~~
 
 

Pengantin dan mak pengantin.
Maklang & Fuza




Pengantin dengan bestfriend dia

Bila aku check phone aku, sebenarnya belambak gambar dorang selfie. Semua bergambar guna phone aku. Tapi sorry gals, I letak gambar yang cantik dan of course, gambar I kena lebih. Hahhaa!
 

Happy for you, dek :)

Kini masanya telah tiba ....
 
 

Dan jam 5petang (lebih kurang lagi), Fuza dah selamat menjadi isteri kepada Napi dengan satu lafaz sahaja. Alhamdulillah.


Doa dan harapan dari ibubapa pengantin perempuan.
Maklang oo maklang ~~ hehe


 

Gambar bersama pengantin ^^ Cantik Uja
 

Gambar atas ni adalah request si pengantin. Hahaha dek,
KakF memang pakar mimik muka ni. Jadi terimalah .. ~~


Selfie lagi ^^


We're cousins!
(tak semua ada)

cite pengantin sikit je. Gambar yang over. Haha.

Selamat Pengantin Baru Fuza & Napi.

p/s: Aku tak rajin lagi buat part reception. So korang tunggu jelah eh.

January 19, 2015

Teaser: #FuzaNapi

Assalamualaikum.

 

Disebabkan aku tak berapa nak rajin harini dan mood kelaut sebab mengantuk gila, so aku letak satu gambar je dulu. Bila aku nak update, aku pun tak tau, since laptop pun aku malas nak on. Ada 93 gambar untuk 2 hari punya majlis. Tapi takdalah aku nak letak semua sebab gambar sama je.

Jadi korang tunggu jelah aku update. Keep on refresh page ni. Hahha! 

Anw, Selamat Pengantin Baru, cousin!

January 16, 2015

#CNBLUE5thAnniversary, CNBLUE 29th GDA, Yonghwa Solo Album

Assalamualaikum.

Hi korang. Aku tengah free ni sampai pukul hmm .. Tak surelah sampai pukul berapa. Ni pun tengah stapler form je sebelum pas dekat manager. So aku rasa aku free. Hahaha!

Actually aku ada banyak benda nak cerita tapi macam biasa, I is lupa sesangat bila dah log in blogspot. Ampun! *kerah otak untuk fikir*


Happy #CNBLUE5thAnniversary ! 

Actually dah beberapa hari dah anniversary ni. Tapi being me, aku selalu update lewat dari orang lain. Hahah macam tak biasa pulekk :p So yes, tepat 12am (waktu Korea) semua orang, termasuklah aku, dah sibuk wish kat Twitter and sibuk hashtag. And hashtag ni trending sampai semalam! Harini tak sure lagi. Dasyat dasyat!

 

Oh yes, Yongg going to release his new debut solo album soon!! Well this Jan 20 be exact date. I just can't wait for the album. As for now, baru 1 mv dah released. Mileage (ft YDG) and One Fine Day, baru released teaser je.

Jom cikedaut first mv dari Jung Yonghwa ft YDG - Mileage


And for those who attending Yonghwa first solo showcase today and Boice Camp tmr, have fun guys! I wish I were there too ~ T____T

Lastly, congratulation for winning 4 awards at GDA last night!

Embedded image permalink
  • Ceci Asia Icon Award
  • China Goodwill Star Award
  • Album Bongsang
  • iQIYI China Internet Popularity Award
You guys are awesome! Keep on doing a great music for us, everybody, universe ! ^^

p/s: menangis bawah meja sebab lapar.