October 29, 2014

Orange Float

Assalamualaikum.

Kejadian ni rasanya dua minggu lepas kot? Hahah entah. Aku pun lupa. Tapi yang ingat, masa ni aku berdua je dengan adik. So kalau adik dekat rumah dengan aku, aku layankan jelah perangai dia. Sebab aku tau dia bosan. Dia tak keluar rumah kalau takda sape ajak dia. Nak aku ajak dia? Haaaa memang taklaaa~ Jarang sekali ye aku nak penuhi permintaan dia pergi taman. Malas aku.

So bila aku suruh tutup tv, dia akan cari benda lain pulak untuk main. Takpun, dia akan baca atau buatlah soalan-soalan kat buku yang kiteorang beli. Dia buat okay. Ikut mood dia jugak kadang-kadang. Biasalah budak-budakkan.

Ni kira dah takda kerja ke apa ni dek oii?!




Lepas tu, ada satu hari tu, dia ajak aku pergi kedai. Gigih nak beli mainan yang kena masuk duit 50sen tu. So ke kedai lah kitaaa~ Aku pulak macam nak makan aiskrim dengan roti, so aku beli yang bekas besar punya. Balik rumah, apa lagi, roti aiskrim lah kan. Aku rasa aku makan dalam tiga keping kot. Memang kenyang gilaaa weh!! Nasib tak meletop je. Pheww selamat..

Pastu mulalah adik request nak aiskrim jugak tapi nak letak air. Buat float lah kengkonon. Okay, aku buatkan. Dia minum? Hmmm nan adooo~ Aku jugak yang perabihkan. Dia kata tak sedap. Stress aku. End up dia makan aiskrim macam tu je.
 


Tempting tak? Hehhe

Kbai.

October 27, 2014

Sushi bukan pilihanku.

Assalamualaikum.

Baru lepas makan roti hotdog kat pantri. Haaa lapar lagi. Mungkin sebab sejuk kot? (padahal memang duapuluhempatjam lapar). Lagi menjadi-jadi tahap kelaparan ni bila tengok blog kak Sally. Kak, awak memang saja ke macamana ni? T___T 

Takpe, ai pun bawak roti harini dekat office. So takdalah scene telan ayaq liur banyak sangat. Wakakkaa!

Okay, bukan nak cerita pasal roti ke apa. Tapi nak cerita pasal sushi. Haaaaaa aku memang tak makan sushi. Entah. Tekak memang tak boleh terima. First time makan masa Kak Atin suruh aku rasa. Masa tu rasa jugaklah setengah. Hmm bolehlah. Then kali kedua aku makan ni sebab aku macam teringin. Macamana aku boleh teringin aku lupa. Haaa mungkin sebab aku tengok buku sushi masa aku pergi Popular sebelum tu kot? Hmm..

Disebabkan aku tau aku bukan penggemar sushi, jadi aku tak tau mana yang sedap. Jadi aku tanya pada yang pakar yakni adik aku yang pernah berkhidmat dekat Sushi King sebelum ni. 


Dan gambar diatas ini adalah cadangan dari dia. Dan tekak aku langsung tak boleh terima yang mayonis tu. Sushi belah kanan tu lagilah, aku tak sentuh dan aku telah bersedekah ke tong sampah. Haru! Disebabkan dua lagi tu telah memberikan tanggapan yang buruk, kesian yang kanan tu. Maafkan diriku T___T

Sekarang aku teringin nak makan Gyudon (Beef Bowl). Sebab? Hahah sebab Yonghwa suka makan ni. Hehehe. So macam teringinlah nak makan. Bila nak makan tu, memang aku tak tau lah ㅋㅋㅋㅋㅋ

October 24, 2014

Rahsia Bulan Kelahiran

Assalamualaikum.

So kalau semalam aku share fakta anak sulung, harini aku share pulak rahsia bulan kelahiran. Memandangkan aku June's Baby, maka dengan itu, wahai orang-orang kampung, aku akan sharekan bulan kelahiran aku jelah. Hahha! Masih berada didalam perasaan yang sama iaitu tak pasti dengan fakta ni. Maybe ada yang betul dan ada yang tengah-tengah. Hiks.

Dan rahsia bulan kelahiran ini juga adalah hasil kajian daripada Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah tau.


JUN.
# berfikiran jauh & berwawasan
# mudah ditawan krn sikap baik
# berperangai yg lemah lembut
# mudah berubah sikap,perangai,idea @mood
# idea yg terlalu banyak dikepala
# bersikap sensitif
# otaknya aktif (sentiasa berfikir)
# sukar melakukan sesuatu dgn segera
# bersikap suka menangguh-nangguh
# bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
# cepat marah & cepat sejuk
# suka bercakap & berdebat
# suka buat lawak & bergurau
# otaknya cerdas berangan-angan
# mudah berkawan & pandai berkawan
# org yg sangat tertib
# pandai mempamerkan sikap
# mudah kecil hati
# mudah kena selsema
# suka berkemas
# cepat rasa bosan
# sikap terlalu memilih & cerewet
# kurang mempamerkan perasaan
# lambat nak sembuh apabila terluka hati
# suka kepada barang yang berjenama
# mudah menjadi eksekutif
# kedegilan yg tidak terkawal
# sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.
 
 So June's Babies, korang setuju tak dengan fakta ni?

October 23, 2014

Fakta Anak Sulung

Assalamualaikum.

Baru lepas baca blog RM, so tergerak nak share jugaklah fakta anak sulung ni since aku pun anak sulung kan. Ada yang aku rasa betul dan ada yang aku rasa macam 
hmm ye ke?
Hahah! Well masa aku baca tu, aku terangguk-angguk tanda setuju. Haa betullah tu kan?

Dah malas nak bebel banyak sangat. Btw ini adalah berdasarkan kajian daripada Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah tau.

1. senang memaafkan orang. ()
2. garang macam harimau. ()
3. kalau gelak tak ingat dunia. ()
4. sensitif,hati lembut. (hmmm ye kot? haha)
5. ramai peminat. (I don't think so -.-')
6. mudah menyayangi orang lain. ()
7. sukar melupakan orang yang dia syg. ()
8. selalu menjadi tumpuan orang ramai. (hahah NEVER!)
9. senyuman tetap dibibir walaupun sedih. (maybe?)
10. sentiasa mengingati kawan lamanya. (√√)
11. manja. (hahaha NO!)
12. suka haiwan. (not really)
13. peramah. (iolls pemalu okay :p)
14. mudah nangis. (krik krik krik)
15. lemah dalam percintaan.. (hmm no comments)
So korang rasa? Haa korang anak sulung ke? no 2 ke? bongsu ke?

October 16, 2014

Oh makanan ...

Assalamualaikum.

 

Hahaha dah kenapa mula-mula je letak gambar keropok ikan? Okay ni fav iolls okay. Compare yang original, aku suka yang salut sira mas ni lagi. Tak manis sangat dan sedaplah. Tak melekit jugak ye pun.

So benda ni memang selalu jugak ada kat rumah. Iolls lah yang perabihkan. Hiks. Kadang-kadang bawak makan dalam kereta. Tak cukup sebungkus, bawak sampai dua tiga bungkus. So yang ni Busu bagi sebungkus je, haaa harini barulah bukak sebab biskut chipsmore, kacang dan sebagainya dah yilek. 

Oh sebelum tu, Elena bagi mini donut Big Apple which is again, my fav! Hahaha. Tira Cinno yawwss! Terbaik! Aku memang suka flavour ni. Aku kurang sikit flavour buah-buah ni. The Alien buat aku cepat muak, maybe sebab dia fully choc kan. Oreo pun not bad. Aku kalau jumpa, memang beli yang mini. Senang. Semua dapat rasa. Haha.

Okay malam ni nak beli lah since tadi dapat makan sebiji je. Hiks.

October 13, 2014

Fresh Fruit Juice

Assalamualaikum.

Dah habis #throwback cerita masa Hari Malaysia. Jadi marilah kita kembali ke bulan Oktober. Hiks. Alhamdulillah, sekali lagi aku berjaya mencuci perut lembu dengan begitu jayanya. Dekat Tekali, aku belajar banyak benda. Aku belajar proses buat lemang, basuh perut dan organ dalaman lembu semua ni. Tu semua ilmu weh. Aku pernah post pasal lemang dalam blog. Haaa malas kan nak recap? Aku bagi link lemang ni, aku rajin harini.  

So aku bukan nak cerita pasal macamana nak cuci perut lembu okay. Aku adalah tidak kuasa untuk amik gambar masa ni, aku cuma fikir nak setel cepat je dan makan. Hahah.

Kejadian berlaku sehari selepas kita, umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha. Ke rumah nenek lah kita. Ke Sepang lerr, mana lagi. Lunch dekat rumah nenek. Fuhh lauk, walaupun simple (adalah dalam tiga empat jenis lauk) tapi meriahh uolls. Sedap. Eh ke aku lapar? Hiks :p

 

Around 3pm kot, pulanglah kiteorang ke Kajang. Selalunya kiteorang akan singgah beli apam balik dekat Sg Pelek tu. Sedap. Lembut. Haaaa kecur ayaq liuq bila cerita pasal apam balik ni. Haishh sedapnya kalau dapat makan panas-panas, kacang banyak. Fuhh sedap gilaaa weh! Tak silap aku haritu aku pergi dah ada dua lori jual apam balik ni tapi aku rasa bukan owner yang sama. So kalau korang try, korang cari yang ada perempuan jaga. Sebab haritu aku nampak lori lagi satu dua-dua lelaki. So make your own choice okay? Maybe dua-dua lori buat sedap? Hehe.

Tembikai dan Mangga Fresh dari ladang. Terbaik!


Dan bila kita dah makan, mestilah nak cari air pulakkan? Okay, kalau korang dekat area Sepang, try to get this, fresh fruit juice! Sedap gila weh. RM2 untuk sebungkus macam ni. Air dia banyak gilaaaaaa~ Ni memang kesukaan / kegilaan aku dan family. Aku suka nenas, tembikai susu, mangga jus jugak since aku tak boleh minum banyak sangat tembikai kan. Sedap. Memang tiptop. Agak-agak korang nak beli buah, jangan risau, ada je jual. Yang potong ada, yang belum potong pun ada. Sediakan duit saja :)

Lepas dah basahkan tekak segala, sebelum kita sampai ke Kajang, kita ke Hospital Putrajaya dulu. Melawat sepupu baba. Sekejap je melawatnya sebab dah petang plus adik-adik aku semua kat playground sana. Kesian dorang, dah lah panas kan. Balik tu singgah Tesco dan pulang lerr kiteorang ke rumah. Esoknya kerja...

~ The end ~