March 27, 2014

A' Famosa Theme Park Water World

Assalamualaikum.


Bila tiba cuti sekolah, budak-budak sekolahlah yang paling excited menggila sebab apa, SEBAB TAK PAYAH BANGUN PAGI NAK PERGI SEKOLAH. Ha korang jangan tipu ahkak kau ni eh. Aku dulu pun pernah sekolah jugak. So memahami sangat. Hahaha. Tapi dulu ioss rajin, tetap datang sekolah walaupun sekolah tutup (gara-gara nak siapkan final artwork untuk SPM, wajiblah datang sekolah bawak segala makanan yang sedap-sedap sambil buat potluck dalam bilik seni)

Isnin baru ni, aku satu keluarga (kecuali Achik) pergi A' Famosa. Kalau korang dah tak terkira berapa kali pergi, aku ni baru 1st time jejak kaki dekat sini dan asyiklah compare dengan Gambang. Bagi aku sini lagi bestlah sebab mainan dia dekat-dekat dan harga provided lunch meal lagi. So jimatlah bagi orang kedekut macam aku. Muaahhahaa :D

 

Lepas dah tukar uniform (baju mandi lerr) dan letak barang dalam locker, adik-adik aku semua dah basahkan badan dekat Wave Pool (gambar atas) ni. Sampai-sampai dah bunyi siren, apa lagi, berdesup memasing pergi sana. Aku jenis malas tunjuk bakat (padahal tak reti berenang), aku pergilah sewa pelampung untuk kegunaan seisi keluarga gitu ^^

 

Lepas dah basahkan badan dekat Wave Pool tu, kiteorang pergilah dekat Kids Adventure Play Pool (gambar atas) ni. Adik dengan Zikri memang sukalah walaupun Zikri dah 14 tahun. Dia tunggu air hujan tu. Adik siap buat lawatan. Semua lorong dia redah, semua tangga dia naik. Bagus adik.

 

Lepas tu, kiteorang ke Arabian Village (gambar atas)  pulak. Masa kiteorang sampai Arabian Village ni, air pun tak penuh lagi. Dorang baru bukak. Macam biasa, adik buat lawatan dan jumpa ular. Ular tu rilek berdiri dekat satu sudut dekat bawah tu. Ada bebudak cina mandi dekat ular tu, aku penat gelak sebab dia buat aksi melampau sangat. Acah-acah cute lettew. Hahah. Rasa nak lempang-lempang je. pfft!

 

Untuk Family Raft Ride (gambar atas), pelampung disediakan ye. Jadi tak payahlah korang gigih angkat pelampung yang korang sewa tu naik sampai tingkat 4. Boleh ketaq lutut hangpa! Aku naik ride ni 2x. Serious seronok gila! Mula-mula aku naik, air dia tak banyak lagi sebab aku dengan family aku orang pertama naik ride ni haritu. Oh baba tak naik ye sebab masalah kesihatan. Haha kesihatan sangat baba ni. 

So naiklah aku, Zikri, adik dengan ma. Best oii. Kali kedua, aku naik dengan Zikri dan adik dengan sorang guide kat situ. Lutuu guide tu singgah kat dahi aku. Terus aku lost, nasib baik aku tak lepaskan tangan aku dari genggaman tali tu. Kalau lepas, alamatnya takdalah aku disini menaip cerita untuk korangsss :)



 Lepas tu, kiteorang jalan lagi sebab nak try semua game lah kan. Okay, jumpa yang ini, Inner Tube Slides (gambar atas). Adik dengan Zikri memulakan permainan ni. Adik gila berani! Baru 5 tahun kot. Salute dekat budak kecik ni. Aku dengan ma next. Oh ni kena bawak pelampung sendiri ye. Baba macam biasa, tukang amik gambar je ^^
 

Turun dari Inner Tube Slides tu, Adik malas dah nak main pape. So dia ajak ke Lazy River (gambar atas) je. Nama pun lazy en, so memang lazy habislah dalam ni. Hahah. Aku kan tak reti berenang, jadi aku duduk lah ala-ala kat tepi pantai atas pelampung tu. Mekasih ahli keluargaku kerana menolak anak/kakak mu ini :) Hhehe :D

Habis Lazy River, adik recap balik semua permainan yang sesuai untuk umur dia. Macam Arabian Village, Kids Adventure Play Pool, Wave Pool. Seronok gila adik masa ni. Yelah, dia memang hantu air. So memang dia sukalah benda-benda macam ni. Rugi Achik!

 

Aku ni nak kata berani sangat tu memang taklah. Acah-acah berani, aku pandailah. Bila aku nampak Big Ice Cream (gambar atas), aku macam teruja tapi nak mendaki sampai atas tu buat aku terus down. Weh tinggi kot. Kalau Family Raft Ride 4 tingkat, Ice Cream ni 5 tingkat okay. Kau mampu? Memang ketaq ler lutut iolls. Walaupun dah down habis tapi gatai nak main jugak. Okay kat sini, tak payah bawak pelampung korang. Dia ada sediakan pelampung jugak dan boleh naik hanya 4 Orang sahaja.

Masa tu hanya aku dengan Zikri je. Ma dengan baba jaga adik. So tetiba ada makcik ni tanya nak naik sekali dengan dia tak sebab dia berdua dengan anak dia. Okay makcik, kami on. Okay gigih lah Zikri dengan anak makcik tu angkat pelampung sampai ke tingkat 5 tu. Aku dah pancit dulu sebab penat okay!

Game ni bagi aku paling adventure, paling menakutkan sebab kalau korang terlepas lah dari genggaman, dengan korang sekali tercampak. Uishh nasib baik. Aku tutup mata je, adalah bukak mata sikit sebab nak tengok view kan tapi aku jerit ah sebab guide tu kata 'jerit je, jangan simpan-simpan' haha apa kau ingat kiteorang tengah frust ke? -.-'

Best !


Antara game yang aku tak main sebab tinggi gila dan baba tak bagi ialah High Speed Slides (gambar atas). Baba memang tak bagi. Mungkin takut anak-anaknya tercampak? Haha gurau je. Yang ni lagi tinggi dari segala maknenek game dalam ni. Dan slide terbuka. Ahh gerun! (bagi aku lah) hewhewheww
 

Splash (gambar atas) ni pulak, masa kiteorang datang, tempat ni macam tutup. Zikri cakap Splash ni dah khaskan untuk satu program tv dekat RTM. Aku pernah tengok program tu tapi yang part khas tu, aku tak sure. So kalau korang curious, pergilah tanya A' Famosa okay. Jangan malu, jangan segan :D

Meh sini, iolls bagitau harga masuk untuk dewasa / kanak-kanak. Senang buat budget :)

Facilities:

Locker Rental
Small locker: RM4/usage
Big Locker: RM12/usage
Tube Rental:
Double Tube: RM 10 (rental) + RM 10(deposit)
Single Tube: RM 8 (rental) + RM 8(deposit)
Cabana Rental:
Weekday : RM 70 / usage + RM 50 (deposit)
Weekend/Public Holiday/School Holiday: RM 130 / usage + RM 50 (deposit)
*First come first serve basis
Changing Room
Surau
Wheelchair (subject to availability)

Dinning:

Side Walk Café
Fast Food Pavilions
Food Court
Bistro
Retail Outlets:
Swim Wear & Souvenir Shop
Convenience Shop
 Operation Hours
11.00am-7.00pm (Monday –Friday)
9.00am – 7.00pm (Saturday – Sunday, Public & School Holiday)
Close every Tuesday except for Public & School Holiday.
Selamat Bercuti / Selamat BerBASAH uolls ;)

March 13, 2014

Stress!

Assalamualaikum.

Lama sangat tak menjengah ni. Okay kali ni aku betul-betul sibuk. Artworks non stop tapi aku bangsa yang rilek je kalau artwork banyak macamana pun. Aku malas nak serabutkan kepala aku yang dah memang serabut. So chill sudah.

Tapi kalau hari-hari chill je, pun tak boleh jugak tu. Start dari semalam, aku dah stress. Stress yang sangat teruk sampai aku rasa aku taknak bangun pergi kerja dah harini. Serious. Harini aku dah triple stress, so korang rasa stress aku ni teruk ke tak? Dah triple maksudnya TERUK lerr. Sabar jelah aku.
 

Nasib kepala aku tak meletop lagi. Tu maknanya sabar aku masih ditahap bagus lagi. Bagus!


Bila aku stress, selalunya aku akan lapar. Aku tak tipu. Korang pun macam ni jugak kan? Okay kalau tak, hmm tak kisahlah yang penting aku macam tu. Aku stress, aku lapar. Tapi kalau tak stress pun lapar jugak, macamana? Hahha! Aku pun tak tau aku nak kurus macamana kalau dah setiap saat fikir makan. Haaa stress lagi -______-''
 

Dan aku rasa aku perlukan percutian yang panjang selain dari makanan. Sebab aku rasa otak dan mata aku dah penat sangat. Aku rasalah. Hehe. Aku nak suasana yang tenang je untuk dapatkan balik mood aku ni. Mood yang rajin untuk update segala medium sosial yang aku ada. 

Macam sekarang, facebook aku deactive. Malas! Twitter? Hmm adalah update tapi tak aktif macam dulu. Kadang-kadang satu hari aku tweet satu ataupun takda langsung. Whatsapp? Kadang-kadang reply, kadang-kadang baca je. MALAS SANGAT DAH AKU NI -.-''

Okay, sebelum aku sambung buat kerja, meh aku hiburkan korang dengan lagu fav aku, Diamond Girl - CNBLUE .

)

안녕. 나는 시간이 나있는 경우에 나중에 업데이트 할 예정 ^.^

March 10, 2014

#MH370


Masih mengharapkan berita baik dari #MH370 . Ya Allah, kau permudahkanlah usaha kami mencari mereka. 



I'm still hoping that they will land safely. I'm waiting for the miracle :'(

February 25, 2014

REVIEW: CNBLUE - CAN'T STOP

Hi Boice out there!

Honestly, I'm just interested CNBLUE after I watched Heartstrings although at that time I was watching The Gentleman's Dignity where Jonghyun there. At that point, I just heard the song My Love by Jonghyun. And I really like the song but I do not know who the singer is, maybe because I'm not a fan of Collin? hahah

After I watch Heartstrings, I suddenly got the feeling like to know who Lee Shin's? He is seen as an excellent musician playing guitar and liked by many women. So, finally I know that he is Jung YongHwa from CNBLUE. I continued to hear the songs from their previous album.

Oh I'm not a hardcore fan of Kpop before. Right now, not a hardcore fan, but are only interested in the concept of CNBLUE probably because they carry different from the others. So in order for their latest album of Can't Stop, I have been listening to the first song, which was launched on Sunday if I'm not wrong.

Track: Can't Stop 



















At first, when I heard a teaser for all the songs for the new album, I thought this song (Can't Stop) is a sad song but my impression is totally wrong. It started with a slow melody or as we call it as a sad melody. But the melody continues to change when it is chorus part. It is a vibrant and exciting!



You understand what I mean? They are very energetic and we as listeners or viewers who watched this video also feel like want to play piano, guitar and the drums. (hahah, it's me actually)

This song create a romantic atmosphere that is so cute and it felt like we were there. Ahh cute, right? To slow and upbeat melodies, they give different facial expressions. And it's very interesting.

Congratulations from me for the song Can't Stop. I can not wait to hear the next song, and I expect that all the songs in this album will be a hit and be my favorite (although it has been to be my favorite). Oh congratulations again for Can't Stop for being number 1 on Malaysian iTunes chart!

Sincerely;
Your Newbie Boice,
Faizah Azmi

February 24, 2014

Cameron, Aku Datang Lagi ....

Assalamualaikum.

Macamana hari minggu korang? Best tak? Yelah mestilah best kan sebab masing-masing boleh berjimba dengan BR1M tu, ye dak? Hahah dah tak payah nak geleng sangat kepala tu. Aku kenal sangat dah korang tu. Hahahhahaa!

Aku punya hujung minggu best. Dapatlah feeling-feeling ke Korea makan goguma kejap. Haha padahal pergi Cameron je pun. Short trip kali ni pergi tanpa Zikri sebab bukan minggu dia balik rumah, so Qie, kau duduk diam-diam dekat asrama tu eh.

So Sabtu tu, aku dengan family ke Cameron lerr. Patutnya nak gerak sebelum subuh tapi entah macamana terlajak. So lepas subuh, geraklah kita ke Pahang tu. Breakfast pun makan donut je beli kat Petronas Jalan Duta tu. Aku dengan Achik beli coklat kemain banyak sebab takut lapar. Yelah makan donut kan, tapi haritu perut aku behave gilaa. Takda bunyi kriuk-kriuk macam bunyi bawang goreng mee sedap tu. Bagus kau perut. Muahahaha!


Our first destination was Strawberry farm. Hmm memang tiap kali aku pergi Cameron, ladang ni adalah ladang WAJIB diterjah oleh ahli keluarga. Dekat ladang ni je, ma beli banyak gila sayur pelbagai jenis dan variasi. Heheh kemain variasi padahal kobis je pun =.=

Aku bukanlah peminat tegar strawberi, jadi nak tengok aku makan strawberi ni memang susahlah unless aku betul-betul nak makan, so baru aku makan. Dan ini kali pertama aku makan strawberi fresh. Maksudnya aku petik dan aku makan dekat situ. Hahah. Aku siap tanya ..

Aku : Rasa strawberi ni sebenarnya apa? Masam? Manis?
Baba : Baba dapat manis
Aku : Kenapa akak dapat masam? Hmm (muka sedih)

Mungkin sebab tu aku tak gemar kot? Hahhaa. Saiko pasal rasa. Gilaa!

 

Sebelum balik ke KL, aku cakaplah yang aku teringin nak minum teh dekat Cameron. Hahah serious, aku rasalah kan, aku tak pernah minum teh dekat Cameron ni. Aku rasalah .. Ke aku lupa? Ahh lupa teruk dah aku ni -________-

Jadi baba singgah dekat tempat ni. Lagi sekali, aku tak tau nama tempat ni walaupun aku dah pergi banyak kali dekat tempat ni untuk bergambar -..- Serious lah seronok sebab aku dapat minum teh tarik dekat sini dengan makan sandwish tuna. Kombinasi timur barat sangat ni :D





Sampai sekarang aku terfikir, apa motif aku bergambar ternganga mulut ni? Hahah saiko ah kau Pejah -...-''



Oh disebabkan pengaruh WGM pada aku sangatlah kuat, jadi bila aku terjumpa goguma, aku macam histeria kejap. Aku cakap dekat Achik ..

Aku : OMG goguma weh!
 Achik : apa ma?
Aku : Goguma (sambil tunjuk kat ubi keledek)
Achik : Kau pahal?
Aku : Pengaruh Yonghwa kuat sangat ni.
Achik : Kau gilaa weh!

Aku terus beli satu packet ubi yang siap rebus ah. Pastu ingat nak beli yang belum masak tapi bila aku fikir, bila pulak nak rebus? So takpe, lupakan niat nak beli yang belum masak tu. Manis gilaaa! Setiap kali aku pergi Cameron, memang akan beli benda tu tapi entah kenapa, yang aku beli ni sedap dia lain macam sikit. Hahah lagi sekali aku saiko!!

February 21, 2014

CAN'T STOP - CNBLUE

Assalamualaikum.

Sebenarnya minggu ni memang aku free sesangat dekat office. Ada kerja tapi dah siap awal dari dateline lah. Sampaikan aku tanya, ada kerja lagi tak? Sesambil tu duk menguap non stop lah, makan marble kek yang aku beli kat kantin sekolah lah. Sedap. Semalam aku makan marble kek tu, bau pizza. Tu maksud dia apa? Hahaha.

Sekarang ni atas meja aku ada kek pisang dua slices yang aku beli tadi kat kantin jugak. Dari tadi aku duk jeling-jeling tapi tak makan jugak. Awal lagi nak makan ni. So tunggulah kejap-kejap lagi, memang selamatlah dia landing dalam perut aku ni ha. Heheh.

Aku sebenarnya ada banyak benda nak share dekat sini. Macam biasa, mood tu takda. Paling tidak pun, aku baca balik post-post aku sebelum ni, lepas tu tutup. Malas sangat ni. Cuma harini aku macam excited nak cerita pasal CNBLUE. Aku actually takdalah minat dengan Korea ni sebenarnya tapi entah macamana, bila aku tengok Yonghwa main gitar, aku terus terjebak dengan dia. Lagu dia pun quite awesome lah bagi aku.

So 24hb ni dia akan launch album baru dia Can't Stop dekat Korea tak silap aku lah. Aku ada je RT kat twitter. Tapi aku banyak lagi favourite sebab aku malas nak penuhkan TL aku dengan RT dorang. Biar aku sorang je tengok. Hahah!

Aku dah dengar teaser lagu dorang. As for now, aku suka Diamond Girl. Can't Stop ni salah satu tajuk lagu okay. Dan aku rasa ia lagu sedih. Tu aku ada letak teaser lagu untuk mini album ni. Korang boleh dengar dan buatlah pilihan, mana satu idaman kalbu. Ehcehh pfft!
 



Aku macam cair tengok Yonghwa main piano. Ahhh! 



 
 

 Hasil Yonghwa :)

 
pic credit: CNBLUEBEAT / CNBLUESTORM / CNBLUE OFFICIAL FACEBOOK