December 31, 2013

2013, Year In Review

Assalamualaikum.


Akhirnya sampai ke hari terakhir untuk tahun 2013. Syukur sebab masih bernafas dengan sempurna walaupun kadang-kadang ada batuk sikit so nafas tak berapa nak sempurna. Heheh okay tak kelakar. 2013 was pretty good in real life. It was straight-up amazing!

2013 bermula dengan birthday adik iaitu pada 8.1.2013. Oh tiap-tiap tahun pun macam tu jugak. Hhehe. Untung birthday awal tahun. Orang tua cakap siapa lahir dalam bulan January ni, dia bijak. Orang tua cakaplah. So kalau salah, salahkan orang tua. Hahhaha!

Februari 2013. Banyak sangat kenangan yang terindah. Indah sangat ni sebab jumpa abang badan ketaq menari lagu Ali Cafe. Hahha sumpah aku gerun tiap kali tengok iklan tu. Oh my Fahrin Ahmad  


Nampak tak? Siap satu family jumpa dia. Ada harapan ni. HAHAHHA!

Mac 2013. Kesedihan terpancar di muka seisi keluarga. Seminggu bertarung nyawa di Hospital Ampang. Makcik Aya meninggalkan kami buat selama-lamanya. Tuhan lebih menyayanginya. Sampai sekarang masih terasa seperti arwah ada disisi tiap kali ada kenduri kendara dirumah Opah. Kami redha diatas pemergianmu, makcik. Al-fatihah :(

April 2013. Sekali lagi berpicnic ke Port Dickson. Okay selain Melaka, PD adalah tempat favourite keluarga aku. Hhehe. Picnic kali ni bersama-sama cikgu-cikgu sekolah ma. Memang havoc gilaa! Dah lah panas, nasib tak ireng je. Heheh. Aku macam biasa, ditugaskan untuk mengambil setiap gambar. Aku kan dasar malas, so zoom je selagi boleh. Aku suka Canon dan aku rasa Canon memang tercipta untuk orang pemalas nak gerak ketika cuaca terik macam aku. Hahahha!

 


Dua-dua gambar zoom dari khemah. Hahha tapi hasil sangat tip top vavavomm! Tahniah Canon

Mei 2013. Selamat bertunang kepada my cousin, Mahfuzah. Selamat bertunang juga kepada my housemate/roomate , Amy Amir. Dan selamat lahir kedunia, Adeeb Ismail (busu's son)


Jun 2013. Officially 22 tahun. Rasa sekejap sangat, tau-tau dah 22 tahun. Hehe. Masih maintain muda remaja gitu. Hahah. Masih selekeh seperti biasa, masih hmmm .. hmm .. malas? hehe.

Julai 2013. Takda pape sangat sebab ini bulan umat Islam menyambut ramadhan. Okaylah, dapatlah berbuka dengan Nasha Aziz, Beego, Tasha Shilla dan Kak Ros Kilauan Emas. Hehe. Kali kedua jumpa Nasha Aziz dengan Tasha Shilla. 


Ogos 2013. Raya datang lagi. Raya pertama di Sepang. Best. Baju kurung lawa. Suka semuanya. Baba buat lawak on first raya, lemang tertinggal dekat atas motor dekat rumah. Terpaksa baba balik sorang-sorang ke Kajang untuk amik. Kelakar sangat. 

 

September 2013. Hmm takda cerita yang havoc sangat. Aku jejak sekali lagi di Cruise Putrajaya. AF2013 bermula. Lagi apa eh? Hmm takda rasanya. Biasa je.

Oktober 2013. Majlis Pertunangan Kak Atin dengan abg Faiz. Alhamdulillah. Kalau takda halangan, tahun depan kahwin ler depa ni. Hehe. Dan aku belajar buat lemang. Hmm takdalah susah sangat sebenarnya. Kena sabar masa nak tunggu dia masak je.

 

November 2013. Weding vs Reunion. Sumpah best. Sebab jumpa kawan sekolah, kawan masa duduk Presint 8 dulu. Yelah, masing-masing dah pindah. So masa kahwin Zulaikha, semua datang. Even Geng Pondok pun ada. So terharu jap. Hhee

 

 


Disember 2013. Bulan yang aku sibuk dengan artworks. Tapi berjaya untuk siapkan sebelum hujung bulan. Alhamdulillah.

Last but no least, I hope you enjoy it as much as I do. It's people like you who make this place fantastic, and I'm very happy to have you here!

Bye 2013 and Hello 2014

December 24, 2013

Happy Birthday Qaqa Din !

 ** Birthday Shout Outs!**


Strawberries are red,
Blueberries are blue,
Today is your birthday,
I'm thinking of you.

Happy Birthday my dear good friend,
Nur Atiqah Binti Ismauddin

 

I hope all your wishes and dreams come true on your most special day (it's today!). Let someone make you laugh for a change today and now let's see that 22nd birthday smile :)  Good Luck for your final :)


Again,
Happy 22nd Birthday, Qaqa Din.

December 23, 2013

REVIEW: NOVEL THE WEDDING BREAKER (ARIANA ROSE)

Assalamualaikum.

Baca tajuk mesti korang ingat ni novel dari luarkan? Eh jap, aku lettew. Mula-mula aku ingat novel ni dari luar sebab tajuk English tapi tak! Rupanya anak tempatan, Evelyn Rose yang punya :) 


Aku baca novel ni dari blog penulis ni sendiri tapi takdalah semua bab tapi aku dah settle baca novel ni pun. Hhehe. Anw TWB pernah menjadi novel paling laris pada bulan Januari 2013. So memang bestlah kan? Kalau tak best, takdalah laris kan?


Sinopsis :

Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.
“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

# Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang telah mengandungkan anak kepada Tengku Adam Kamil. Juwita tidak suka dan tidak mahu berkahwin dengan Adam lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker. Akhirnya perkahwinan dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil tercalar. 

# Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam telah mengupah penyiasat peribadi untuk tahu siapa perempuan itu (Ariana lah tu). Bila dah siasat dan tahu, Adam telah menculik Ariana dan bawa ke Cameron Highland untuk berbincang. Tapi usaha itu tidak membuahkan hasil sebab Ariana taknak bagitau.

# Tengku Adam Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana dan Ariana menceritakan hal sebenar. Sejak dari kejadian itu, Ariana membenci Tengku Adam Kamil. Ariana pun mula melakukan kerja-kerja amal untuk melupakan apa yang terjadi. Dia sebenarnya tak tau yang Tengku Adam Kamil ni penyumbang besar dana kebajikan dekat office Ariana. Dan dari situlah Tengku Adam dah mula jatuh hati dekat Ariana Rose :)

#  Ariana dipinang oleh keluarga Tengku Adam Kamil tanpa pengetahuan Ariana mahupun Tengku Adam Kamil sendiri. Tapi Ariana tetap menerima lamaran tersebut. Tengku Adam Kamil menunaikan umrah selepas selesai majlis perkahwinan Thoriq (bff Adam) di Arab. Lagi sebulan tarikh perkahwinan mereka, barulah Adam balik ke Malaysia. Ariana tahu siapa bakal suaminya ketika akad nikah dilafazkan. Ketika itu, barulah dia tau yang Tengku Adam Kamil telah berubah. Syukur.

Bagi aku cerita ni best. Walaupun banyak sangat watak sampingan dalam cerita ni tapi ia tidak menhalang untuk aku terus membaca untuk tahu kesudahannya. Nasib baik ending best, kalau tak best, mau stress aku! Hahha

Okay aku dah point sampai bab 40+ kot ni? So cukup-cukuplah eh? Takkan nak review sampai habis kot? Baik aku scan je setiap muka surat, setel. Dan korang jangan malas sangat. Yang pasti cerita ni boleh buat korang happy dan tambah sikit pengetahuan. Sebab ada terselit pelbagai hadis dalam ni. Yelah Adam kan berubah menjadi lebih baik. Alhamdulillah :)

Anw cerita ni tengah shoot lagi rasanya dan akan keluar dekat TV3 slot 7ptg pada 31hb nanti, ganti Playboy Itu Suamiku rasanya. Siapa pelakonnya? Haa korang ni, malas nak google lettew? Meh ahkak bagitau. Dan kalau tak silap aku juga, tajuknya telah bertukar ke Ariana Rose.


Pelakon Utama

Keith Foo - Tengku Adam Kamil
Nur Fathia - Ariana Rose
Tasha Shilla - Tengku Juwita
Hisyam Hamid - Harith
Nabila Huda - Liyana
Arja Lee - Ramzul
Syatilla Melvin - Sophoe
Mustapha Kamal - Tan Sri Tengku Muhriz (bapa Adam)
Liza Abdullah - Puan Sri Lisdania (mommy Adam)
Datin Ziela Jalil - Datin Asra (Umi Ariana)
Jalaludin Hassan - Datuk Wan Jusoh (ayah tiri Ariana)

So jangan lupa tengok okay !

Rate: 4.5/5  

Happy Reading :)

December 20, 2013

RunningMan

Assalamualaikum.

Aku ni takdalah minat menggila dengan Korea stuff ni. Serious! Sebab aku rasa macam 
Laaa Korea je pun. Boringgg ...
Okay itu persepsi aku yang dulu. Sebelum aku diperkenalkan dengan RunningMan. Masa aku dapat semua video RM dalam hardisk, aku tak tengok pun. Okay adalah tengok itu pun 1st episode je, lepas tu non adoo aku nak tengok. Balik-balik aku ulang dua drama Korea dalam hardisk tu. Itu pun terjebak lepas aku tengok A Gentleman Dignity dekat NTV7. Then tanya KakAtin (sebab dia peminat tegar Korea) dia ada tak drama ni sebab aku tengok dah separuh jalan dekat tv dan dia cakap ada. Apa lagi, terus passing hardisk lerr.

Lepas A Gentleman Dignity, aku terjebak dengan Playful Kiss pulak. Ni terjebak sebab bosan, dan terbukak 1st episode dan ternampak Baek Seung Jo. Hhaah terus jatuh hati. Ehcehcehh poyo sangat ni.


Lepas tu, baru terjebak dengan RunningMan. Mula-mula ingat bosan sebab bagi aku episode awal-awal tu semua bosan. Macam ..
perlu ke aku gelak ni? Tak kelakar pun. Apa yang best sangat cite ni??

 Luls. Aku terus tengok episode 20 keatas. Okay dah best. Penat aku tahan gelak. Aku paling suka part dorang kena makan. Macam kelakar gila!


 Atas ni adalah episod aku baru tengok malam Rabu lepas. Kelakar episod ni. Mencari King macam tu lah. Dorang kena buat Kimchi dan episode ni kena tengok! Lupalah pulak episod keberapa, cari jelah okay?

Aku macam kehabisan idea. Kbai.

December 19, 2013

Aku hanya mampu melihat tanpa merasa

Assalamualaikum.

Tengok tajuk tu, kemain tau. Ala-ala lirik lagu yang mendayu-dayu gituuu.Aku ada satu perangai yang aku rasa makin menjadi-jadi sekarang. Lagi-lagi kalau aku kat office. Ha kemain nafsu membuak-buak. Aku pun tak tau macamana nak buat ni. Mungkin sebab itu jugak, aku tak kurus-kurus? Mungkinlah eh, MUNGKIN. Hehehe.

Korang tengok ni ..
 








Ha ni baru western food. Belum lagi makanan tok nenek moyang kita, makanan melayu. Lagi rambanglah mata aku ni tengok T__T





Okay bubur sum-sum ni memang favourite aku. Nak makan ni, kena tunggu ada kenduri dekat rumah nenek. Aku tak pasti ni makanan orang apa tapi dari besar sampai kecik ni, aku memang jumpa bubur ni dekat rumah orang jawa je. Hehehe. Nenek! Buatkannnnnnn ^___^



Woii sedap ni. Favourite seisi keluarga! Baru makan kambing bakar semalam. Ma bakar. Ya Allah sampai nak tidur pun, masih bau lagi kambing bakar kat meja makan tu. Sedap sangat !


Okay, kalau ikutkan aku, ada banyak lagi gambar aku nak letak untuk tontonan aku korang. Hehhee. Saja nak buat korang lapar. Aku yang letak ni pun, dah terliur tengok. Aku tak lapar lagi sekarang ni :) 

Macam dah lama ma tak masak tomyam. Eh? hehehe. Hai ma! Hai baba!

December 16, 2013

English Breakfast

Assalamulaikum.

Cuaca kan sejuk sekarang. So memang memerlukan air panas untuk stabilkan suhu badan. Okay, takda kena mengena pun sebenarnya. Heheh. Saja, aku kan suka bagi mukadimah yang merepek macam ni. Sebab dari zaman sekolah, aku tak tau macamana nak mulakan sesebuah ayat. Tu jadi macam ni.

Aku kalau masuk pantry, mesti ternampak kotak uncang teh ni. Office yang beli, letak kat dalam pantry so that everyone can have a cup of tea. Tapi aku tak pernah try lagi sebab aku ada air sendiri. Lagipun, mana ada gula kat pantry, takkan nak minu, teh kosong? Just not me lah kan.

 

Ahmad Tea (English Breakfast). Nama taknak gah lagi kan? Hehhe. So since benda ni ada je dalam pantry tu, aku mesti tengok adakah ia terusik atau tak. Gila kpochi aku. Hehe. So sedang aku minum milo panas, aku tengok kotak ni, sesambil aku baca perkataan English Breakfast tu, terus aku teringat Oh Ha Ni. Sebab dia sebut macam slang english pelat, macam bestlah dengar :)


Ke aku dah gila cerita ni sebenarnya? Ke aku gila dengan Baek Seung Jo ni? Ke aku memang gila?! Hahaha! Aku sampai dah hafal jalan cerita dia sebab asyik ulang tengok cerita ni dari semasa ke semasa. Asal aku bukak laptop, memang aku akan bukak cerita ni. Tak tengok full episode, dapat tengok setengah pun kira okay dah. Asal tengok muka Baek Seung Jo tu. Pastu baru sambung tengok RunningMan. Hahhaa aku dah gila Korea!!


Korang ada ke cup love bersepah macam tu? Hahah memang bukan stail aku lah pun ada love bagai ni tapi ni kira 1st souvenir dari manager export untuk aku. Aku macam terharulah, yelah 1st day kerja, mana ada bawak apa-apa kan. Then dia datang meja aku bagi cup merah love ni. So kalau aku nak minum ke apa, memang aku gunalah cup ni. Tapi aku tengok sekarang, dorang letak sudu dorang dalam cup aku. Ini memang boleh mendatangkan amarah! Ingat cup aku ni untuk letak sudu dorang agaknya? Letaklah dalam cup sendiri. Ishh angin aku!
 

Terliur tak? Ha jemputlah tengok. Kalau korang nak minum sama macam aku, pergilah pantry, buatlah sendiri ye. Hhehe. Aku dekat rumah pun tak rajin macam ni. Kat office je mood poyo nak buat milo bagai membuak-buak. Tapi aku jarang buat air dekat office ni. Sedangkan air kosong dekat meja pun aku jarang minum, inikan pula air yang kena buat. Aku buat kalau aku rajin dan terasa macam nak minum, ha barulah aku berjalan seperti lipas kudung ke pantry.

Itu jelah aku nak merepek pun. Sebab English Breakfast, berjela entri aku. hehee. Okay, bye!