November 1, 2013

Kawan sekolah kita kawin esok!

Assalamualaikum.

Minggu ni memanglah aku superduper bz mengalahkan menteri. Chop! Bukan minggu ni je, hari-hari atau setiap masa aku memang biziiii. Hhahaha. Minggu ni bz siapkan design untuk kotak dan leaflet untuk produk office. Huishh sampai aku mintak bantuan idea dekat sahabat handai lah sebab aku kalau tak dapat bergerak, otak tak berkembang. hahha nak puihh aku la tu en? Serious. Aku kena banyak berjalan atau tengoklah apa-apa, baru boleh dapat idea.

Tapi kalau dekat office, nak berjalan dekat mana? Toilet? Hmm boleh jugak. Lama sikit, kang orang cari 'Nor mana? Izah mana? Faizah mana?' See! Almaklumlah aku ni kira orang penting jugaklah. Laa tak caye ke? Percayalahhh *nyanyi lagu siti* Yelah, taknak percaya, nasib koranglah...

So design leaflet dengan kotak dah selesai. So tinggal baki-baki nya lagi je ni yang aku dah bajet akan siap insyaallah by 15hb. Mudah-mudahan siaplah segala artworks atas meja ni. Aku dah tak sanggup nak tengok Ai lama-lama dah. Hahhaa.

Anw esok kawan sekolah merangkap kawan satu blok masa aku duduk Presint 8 kawin. Alhamdulillah jodoh dia dah sampai. I'm happy for you Zulaikhaaa! Insyaallah takda pape, esok aku pergilah kenduri. Member masa sekolah, semua duk tanya pergi ke tak bagai. Hahha. Ada yang lepas sekolah, aku tak jumpa langsung. So dorang pun berharap dapat jumpa aku yang bz ni. Hhehe. Berharaplah sangat *mata keatas, tangan kebahu*


Gambar dengan cerita diatas memang takda kena mengena langsung! Hahaha aku jumpa gambar ni masa tengok dekat fb aku tadi. Mak i tag uolls then tak perasan. Hehhe. Teruslah letak sini. Ni masa kawin KakAyu kat Taman Botani haritu. Aku ada update pasal wedding dia. Korang boleh recheck balik. Aku malas nak layan manja-manja korang ni dengan meletakkan link. Hehe aku kejam harini. 

Memandangkan esok Deepavali, aku macam tak boleh masuk dengan lagu kat office ni. Pagi tadi ada lagu apa ntah, diikuti dengan lagu Kuch Kuch Hota Hai, ha ni tengah berkumandang lagu Mohabbatein pulak. Dekat Redfm pulak tu. 1 Malaysia betul radio ni *thumbs up*

Okbai.

October 30, 2013

AF2013 - Aisyah Aziz (Week7)

* Iklan tidak berbayar nak lalu sekejap *

AFUNDI3/5/10/20AISYAH dan hantarkan ke 32777

Minggu ketujuh telah berakhir dengan penuh tawa dan sedih oleh bintang-bintang #AF2013 kali ni. Kenapa? Apa yang sedih? Alahaii, bila part elimination tu haruslah sedih. Sebab akan tersingkirlah seorang daripada mereka.

Untuk minggu ketujuh, dengan tema Duet, Dato' Siti Nurhaliza adalah inspirer mereka untuk 3 minggu ni. Untuk minggu yang pertama dibawah jagaan Dato' Siti, nampaknya ada kelainan dimana setiap pelajar menunjukkan sisi mereka yang kita sendiri tidak jangka yang mereka boleh buat sebegitu. 

Persembahan pembukaan dengan lagu inspirer Dato' Siti iaitu Destinasi Cinta telah membuatkan pentas menjadi sangat meriah dan happening. Tahniah. Oh lagu Destinasi Cinta pernah dipentaskan di konsert AF7 untuk minggu duet oleh Akim Ahmad dan Farah Anuar (AF2).


Aisyah Aziz membawa lagu Sembunyi (Misha Omar dan Andy Ploppy) berduet bersama Hafiz Suip, juara AF7. Sampai mic Hafiz terjatuhlah dari tangan. Tak tau sebab apa. Nak kata nervous, tak mungkin. Hhehe. Ok nervous mungkin?


Rata-rata semua orang suka persembahan Aisyah yang ini. Okay termasuklah tuan belog, ye aku lah. Lalala.Oh make up untuk Aisyah malam tu sangat cantik. I love her eyes so much! Cantik sangat!

** Harini 30 Oktober, Aisyah dan pelajar AF yang lain sedang menyiapkan MV untuk lagu mereka sendiri. Good luck from me to all of you. Oh Aisyah dapat lagu dari Faizal Tahir, 1st Inspirer for #AF2013 :)

** Konsert AF2013 akan bersiaran semula pada hari Sabtu. Harap maklum.

Lagu Aisyah untuk minggu kelapan :)

Price Tag - Jessie J

Jom semua pakat-pakat AFUNDI Aisyah ^^
AFUNDI3/5/10/20 AISYAH dan hantarkan ke 32777

#TeamEsah #TeamAisyah #Aisyahaf2013


KONSERT MINGGUAN

Setiap Sabtu - 9 Malam

AF BUZZ, DIARI AF DAN TGIAF

Setiap Isnin hingga Jumaat – 9 Malam

October 29, 2013

Kerja Gila

Assalamualaikum

Sejak adik beli topeng Ironman ni, aku punya fikiran memang nak buat kerja gila je. Yelah macam pergi mall pakai topeng ni. Memanglah orang akan pandang, itu pasti tapi macam cool gila kalau dapat buat.

Aku teringin nak buat kerja gila macam tu. Macam Ahad lepas, pagi-pagi aku dah pergi car park dekat rumah aku tu pakai topeng Ironman ni. Lepas tu, berdiri dekat court badminton, amik gambar. Aku tak letak gambar tu dekat mana-mana lagi kecuali dekat dp bbm aku. Hahaha saja.
 

Tengok adik, dengan patung jagung dia pun, dipakainya topeng Ironman ni. Tapi aku suka. Macam hebat gilaaa. Hhehe. Ada jugak gambar dia dengan topeng ni, tapi lain entry aku up. 

Aku akan buat kerja gila ni lagi. Bila? Itu tak pasti. Tungguuu!

Kbai.

October 28, 2013

Lemang lembut buatan sigadis manis.

Assalamualaikum.

Selamat hari Isnin semua! Hehe. Nampak tak aku girang gembira harini? Haa korang mesti curious en? Alaaa tak payah nak geleng kepala atau buat muka 'eh mana ada'. Aku dah masak sangat dengan korang ni. Takpe, aku maafkan. Haa aku memang suka merepek melebih sangat. Biasalah Sabtu kena kerja en. Hmm

Ahad semalam aku tolong buat lemang. First time buat uolls. Ingat macam susah, rumit semua. Bila dah buat semalam, alahaii senang gilaa! Yang part tunggu masak je kena ada kesabaran sikit. Yelah duduk dekat asap en. Tapi aku takdalah jaga api semalam. Paksu yang jaga. Lepas siap segala, aku blah masuk rumah baca metro. Gilaa macam tuan besar aku -.-


Beras pulut ni dah siap basuh dan tos ye. Aku tak tanya pulak berapa kilo beras pakai untuk buat 22 batang lemang ni. Bukan terlupa tapi memang aku tak terfikir untuk tanya. Hhehe. Kalau korang nak buat, pandai-pandai korang lah nak agak okay? hehe
 

Ni aku saja nak tunjuk proses pembikinan buat lemang. Busu yang ingatkan suruh masuk dalam blog sebab aku tak teringat pun. Lagipun masa ni phone aku kat dalam rumah. Pastu aku kan tolong buat lemang ni, so memang takla aku nak bergambar bagai. Tapi demi korang yang gigih refresh blog ni, ku gagahi juaa. ehcehh pfftt!
 

So bila bahan semua dah siap, mula-mula kena potong daun pisang tu mengikut panjang buluh tu ye wahai rakan taulan semua. Bila dah potong mengikut saiz, bolehlah gulung untuk masukkan kedalam buluh tersebut. 
 

Bila daun pisang tu dah selamat dalam buluh, bolehlah masukkan berat pulut kedalam buluh lemang pulak. Masuk kena lemah lembut. Okay itu gurau. hahha. Masuk kenalah betul pada landasannya sebab kalau suduh kau lebar, memang beras pulut tu akan masuk lane lain. Korang faham tak? Macam terabur lah. Nanti beras pulut tu ada dekat balutan belakang la apalah, macam tak kemaslah. 



Bila semua dah siap, pegilah letak dekat tempat nak bakar tu dan tunggulah dikau sampai lemang tu masak dengan sempurna. Aku suka lemang yang lembut. Aku kalau lemang ada kerak yang ala-ala nak hangus ni, kurang sikit. Tak gemar lerr tapi aku ngap jugak kalau lapar. hehe. Buat masa ni, lemang dari rumah Opah adalah terbaik sebab lembut gilaa! So macam semalam punya lemang, lagilah lembut sebab aku yang buat :D hehe.


Korang tengok jelah gambar dekat atas tu. Maaflah bersepah sikit. Yelah dah tengahari pun. So lapar. Hahaha! Lemang tu panas berasap lagi masa tu, semua tak sabar nak 1st bite. Perghh lembut gilaaa lemang aku buat ni (lagi sekali puji diri sendiri) Lepas ni aku boleh bukak kelas ajar buat lemang. Hahhaha! Okay memain je, jangan take serious eh.

Sampai sekarang aku ingat step buat lemang. Teruja sampai pagi tadi aku sarapan lemang dengan rendang ayam kampung dekat rumah opah. Perghh masih lembut lemang aku buat tu. Hahahhaa korang dah biasa tengok aku puji diri sendiri kan? Heheh good!

Okbai.

October 26, 2013

Separuh hari terasa dunia ni aku punya!

Assalamualaikum.

Hahha jangan terkejut lagi eh pepagi ni nampak aku up entry. Ha jangan nak gelak sangat baca tajuk aku yang vavavoom poyo tu. Saja nak mempoyokan diri dihari Sabtu yang sejuk lagi mengantuk ni. Llalalaaaa. 

Saja nak up satu entry sebelum memulakan kerja. Ya aku kerja harini. Pertama kali you'alls! Excited tu takdalah tapi aku orang kedua jugaklah datang selepas manager Dept. Transport. Hahhaa!


Aku memang dah bajet aku akan lewat masuk harini sebab aku gerak dari rumah around 8.30 macam tu. So dah redha dah masa on the way nak ke office. Aleh-aleh boleh terawal 15mins pulak. Hahha. Contoh pekerja cemerlang :)

Memandangkan aku banyak kerja nak buat sebenarnya, jadi moleklah aku undurkan diri. Aku nak siap awal then boleh blah. Harini aku kerja sambil bayangkan McWrap. Serious aku mula bayangkan. Bestnyaaa kalau dapat McWrap sekarang. Hhehe.

Officemates baru masuk dan dorang terkejut aku dekat office. Good tak payah nak terkejut sangat ye wahai rakan sepejabat. Lalallalaaa

Okbai.

October 23, 2013

Aku dengan Batman bukan saudara :D

Assalamualaikum.



Gigih aku bawak balik semua artworks. Nak kejar dateline punya pasal. Penat ooo. Aku mengantuk gilaa sekarang ni. Bahu lenguh gilaa. Dapat urut, sedap ni. Heheh macam orang tua dah aku rasa =___='

Sekarang ni masa lunch untuk dept lain. Dept aku dah habis rehat dah tapi aku tengah ambil mood nak buat artworks ni. Heheh. Biasalah nak buat artworks ni kena ada mood yang betul, baru menjadi. Tak caya tanya Nora? EH? Aku kalau melalut memang macamni (merujuk gambar dibawah)

Batman pun sokong aku :D hahaa

Waktu aku belajar dulu, untuk amik mood ni senang je caranya. Aku akan buat lawatan ke cafe/koperasi untuk membeli belah dekat sana. Lepas tu, baru terhegeh-hegeh masuk studio sambung buat artworks semua. Hhaha. Baru animasi. Animasi sangat. Puihh! So memandangkan office aku takda cafe mahupun kedai runcit berdekatan, jadi laci aku memang kena ada stock makanan untuk aku. Tapi takdalah banyak sangat macam kat kedai tu. 


Ni je yang ada buat masa ni. Nutries tu paling lama dalam laci. hahaa

Kalau takda barang makan ni, otak aku boleh jem sekejap. Tak boleh jem lelama kang aku yang angin. Hahhaa! Aku takdalah melantak sekali harung semua ni dalam masa satu hari. Ikutlah. Kalau boleh tahan, aku tak makan. Aku syak sejak ada makanan-makanan ni, berat badan aku naik menggila okay. Aku pun tak tau macamana terjadi. Sebab hari-hari aku naik turun tangga, jalan kemain panjang dalam office. So takkan takda effect? I is hairann -.-'

Dah beribu kali aku ajak Achik pergi jogging. End up, non adooo aku jogging. Kadang-kadang aku rasa timbang tu rosak. Hahah! Semua aku nak salahkan :D Nasiblaa. Okay mood nak datang ni, esok kena hantar draf keybox. Petang ni ada tiga artworks nak kena submit. Ahhh mak stress nok !@#$%^&*

kbai.