August 28, 2013

Candy Buffet

[sticky note]


Bersepah sana sini dengan candy buffet. Bukan majlis kahwin, birthday party je ada, even dekat majlis cukur jambul pun sekarang memang dah trend ada candy buffet ni. Meriah dengan benda-benda manis yang memang boleh buat budak-budak histeria tengok. Eh jap, remaja macam ai pun akan pergi buffet ni non stop. Serious tak tipu.

Okaylah, malas cerita panjang. Kali ni ai nak promote dekat korang business bestprengg masa dekat kolej dulu. Gilaa kau, kitaorang dari sem 1 sampai habis sem sama-sama tau. Dekat mana ada Faizah, disitu ada Nora. Kelass en? Eh, macam lari dah topik ni.

Anw kalau korang masih tercari-cari Candy Buffet & Coklat Fountain untuk hari bersejarah korang. Tak kiralah majlis kahwin ke, tunang ke, birthday ke, cukur jambul ke atau apa-apa je, just name it, Cik Noura kita ni sedia untuk merealisasikan impian korang-korang. Bukan sebab dia kawan ai ke apa ke, tapi ai memang percaya dengan bakat dan usaha dia. Ewahhh kipas lebih ni. Hhahaha!

So berminat tak?


Jika korang berminat, boleh call terus Cik Noura okay?

Call / Whatsapp / Sms : 014-9717935 (Better korang call je terus)
FB : Cik Noura

Make sure korang membuat tempahan seminggu lebih awal supaya Cik Noura kita ni tak kelam kabut. Tapi kalau lagi awal, lagi bagus, ye dak? Hehehe. Pasal harga pulak, korang boleh kautim sendiri dengan Cik Noura. Insyaallah dia sedia memenuhi bajet korang. So jangan risau :)

Korang boleh try kaedah-kaedah yang telah ai berikan, okay? Semoga korang happy dengan makanan-makanan manis di hari bersejarah korang! Yey :)

Ogos Birthday

Assalamualaikum.

Entri kali ni memang khas untuk orang-orang istimewa yang celebrate birthday mereka sepanjang bulan Ogos ni. Haa dah nak habis bulan pun. Maka dengan itu, marilah kita wish secara pukal kepada mereka-mereka yang bertuah! Ehcehh poyo sangat.

Sebenarnya yang ingat dua orang je. Hehehhe. Biasalah ai mudah lupa. Bukan birthday je lupa tapi semua benda. Thanks to Facebook yang ingatkan. Hehhe.

26 Ogos 1992.


Muhammad Hafiz Azmi dilahirkan. Alhamdulillah dah 21 tahun dah. Semoga panjang umur, murah rezeki dan lulus final semesta dengan cemerlang. Okay bro? Aku tetap sayang kau walaupun kau kadang-kadang menyakitkan hati dan poyo dengan aku. Hhahah. Happy Birthday brotherrrr

 28 Ogos 


Zahirah atau nama glamernya Zera. Harini genap dah umur kakchik 22 tahun. Weh, welcome to the 22 club! Hhahaha. Sama jugak wish seperti diatas. Semoga kau panjang umur, murah rezeki, dan harap lepas ni kau membesarlah dengan jayanya supaya tidak ditiup angin kelak. Hhehe. Selamat menempuh alam degree lepas ni. Jangan homesick cepat sangat ye kakchik. Happy Birthday to youuu


Last but no least, berkongsi tarikh yang sama dengan Zera adalah Valerie Fazlina atau nama glamernye Lily! Happy Birthdayy kawan :)

August 24, 2013

AF2013

Assalamualaikum.

Aku syak aku dah habis idea untuk tulis apa. Lately fikir nak makan je. Hahhaha. Makan punya pasal sampai belog terabai. Ahhh nak buat macamana, dah PERANGAI kan? Redha!

Aku cuma nak luahkan perasaan ketidakpuasan hati aku kat korang. Haa jarang sekali en aku luah kat sini semenjak dah bekerjaya ni. Heheh alaa benda baru terjadi Rabu lepas. So rasa tu masih terasa lagi. Blerghhh ramai-ramai . Hik hik hik (konon comel gelak macam tu)

Umum, semua dah tau siapa tenaga pengajar AF kan? Dan pada yang baca belog aku dari mula, mesti tau aku memang peminat AF lah. sampai satu tahap tiap-tiap minggu aku update pasal AF sebagai blogger tak official. Hahah. Paling aku update masa AF7 dimana aku telah berjanji jika Akim masuk final, aku akan pergi tengok live. Ye kawan-kawan, LIVE !

Check sini kalau korang terlupa atau malas nak cari. Ishh berlemaklah korang ni.

So berbalik pada tajuk asal yang aku dah menyimpang jauh sangat tadi, aku sebenarnya tak puas hati dengan pemilihan Fizz Fairuz sebagai tenaga pengajar. Sebab bagi aku, dia masih baru dalam dunia seni. 

Sebenarnya untuk AF2013 ni, aku mengharapkan bekas tenaga pengajar yang mengajar. Dan aku rasa orang paling layak adalah  Fauziah Nawi ataupun Fatimah Abu Bakar. Bagi aku, mereka ni dah senior dan lebih tahu. Bukannya aku cakap Fizz tu tak layak tapi ada yang lebih layak dari dia. 

Sampai kawan aku cakap 'takut pelajar perempuan yang tergedik dengan dia' Hahaha itu aku no komen lah tapi itulah, aku memang tak puas hati bab tu. Yang lain macam koreografer tu, aku pun rasa LJ lagi layak. Mungkin sebab aku dha terbiasa dengan teriakkan dia kot? Gilaa dari AF1 kot aku folow dia. Mihmihmih.

Sekarang ni aku nak tau siapa pelajarnya. Calonnya ada yang aku kenal. Dan aku harap dia akan jadi pelajar AF2013. Insyaallah.

Sekian saja luahan hati aku pada harini. Bye!

Update AF2013.
  • Program AF 2013 akan bermula dengan Galaxy AF pada 2 hingga 5 September.
  • Tayangan Prelude Top 24 pada 6 September 2013 di Astro Ria.

August 23, 2013

Raya lagi !

Assalamualaikum.

Ni cerita raya ke12. Ya Isnin lepas. Malas nak update sekarang. Dah sign in blogger, dah resize gambar, lepas tu, tengok je. Pastu terus sign out. Okay itu perangai namanya. PERANGAI !!

Biasalah hari Isnin kan, memang mood malas tu berganda-ganda. Rasa nak tidur je. Heheh. Dah lah sejuk pepagi. Hmm. Nampak, lost dah. Tak tau nak share apa. Layan gambar jelah. 

  

Adik dengan Adeeb. Adik suka gomol Adeeb tapi tak dasyat sangalah. Yelah ada budak-budak nampak baby, terus gomol macam anak patung. Adik setakat sentuh-sentuh je. Masa ni adik dah nak pergi sekolah, tu yang tangkap gambar cecepat tu.
 
 

Balik sekolah, selalunya dia makan. Tapi masa ni dia makan lambat sikit sebab dia tengok kartun kot dengan Iman kat depan. Then masa Iman makan, dia pun nak makan jugak tapi taknak makan nasi, baba bagi swiss roll. 

Sambil makan sambil jongkang-jongkitkan kerusi, sekali pap! jatuh! terus luka kat bibir bawah. Apa lagi, menangis lah. Kitaorang dah 'jangan nangis adik, lain kali makan elok-elok' Dia menangis lagi. Ada keek video ni. Hehehe. 

Memang kelakar sebab adik bila nangis, macam lawak sikit. Hhehehe.


Malam tu pulak, kiteorang semua beraya dekat rumah cikyah. Dengan aku masih lengkap beruniform office, redah jelahkan? Sape suruh tak bawak baju spare -.-' Masa ni ada yang tengah makan, ada yang tengah beborak. 

Dan macam biasa, aku masa ni baru lepas melantak nasi lemak ayam/telur goreng. Dua round bai. Gilaa lapar aku. Padahal sebelum tu dah makan bubur durian cicah roti. Sambil dorang tengok cite Duyong, aku amiklah gambar. Ye, ada satu ni je gambar malam tu. Gilaa sedih! Takda geng nak bergambar bagai ni. So bolehlah dari takda.

August 22, 2013

Rumah terbuka

Assalamualaikum.

Macamana raya korang? Sekejap je dah lima belas hari kita berlebaran. Ehceh lebaran kengkonon. As for me, raya tahun ni biasa je sebab kena kerja selepas empat hari raya. 

Gila tamak haloba aku nak cuti lelama. Masuk je office, artworks dah melambak. Disebabkan satu artwork ni, artworks yang lain tergendala. Nak save pun amik masa berjam okay, mana tak angin! Bila aku nak keluar lunch, baru aku bukak file tu sebab takdalah rasa bazir masa sangat. Hmmm.

Raya ke 11 yakni 18hb haritu, family aku ada buat open house sikit. Nama je sikit tapi yang datang? Perghh ramai giloss. Sampai tak muat rumah. Takpe, rezeki orang datang rumah kita. 

Paling tak sangka bila kawan-kawan datang. Okaylah jemput pun tak ramai sebab dah tau tak datang. So jemput yang rapat jelah. Pina, Teyka, Zera memang tak datang sebab ada hal. Takpe, nanti jumpa sebelum Zera pergi sambung belajar. Insyaallah. Farah, Yasier, Mamu datang! Thanks korang. Oh paling terkejut bila kawan masa sekolah dan hampir tujuh tahun tak jumpa, datang jugak! Thanks Liyana.

  

Ramai-ramai kawan, dengan Liyana je amik gambar sebab dia datang dekat dapur suruh keluar sebab nak bergambar. Masa Yasier lagilah, phone dah pegang tapi tak bergambar. Haishh pelupoo. Oh semalam whatsapp Farah cakaplah takda gambar sesama, dia cakap 'siapalah aku' blerghh malas layan! hahah. Mamu pun. Takpe, gambar masa kolej banyak dengan korang. Eh banyak ke? lalallalaaaa
 


Sama macam cousins jugak. Dalam ramai-ramai tu, dengan Fuzza je bergambar sebab dia dah whatsapp awal-awal suruh pakai lelawa. Hahaha. Masa nak dia baru sampai, dia sempat mengutuk 'ishh tak lawa pun? Macamana nak bergambar?' Blerghh malas layan lagi.

Open house tamat jam 6.30pm. Mula jam 9am tau. Lebih kurang sepuluh jam open house berlangsung. Perghh dari menu sarapan pagi / tengahari terus ke minum petang goreng pisang dengan tetamu terakhir which is Maklang Junai. Dasyat!

Terima kasih kepada yang datang. Tahun depan, datanglah lagi :)
 
Tamat kisah open house. 

August 12, 2013

Suasana DiHari Raya

Assalamualaikum.

Masih dalam mood raya lagi. Kalau diikutkan banyak gila gambar nak share tapi takpe, kita share mana yang ada je dulu. Tak payah tamak haloba sangatlah sampai semua nak letak ni. Ini ada 18 keping pun tak tentu korang tengok sesatu. Entah-entah korang scroll terus kebawah. Itu lagi kesian dekat aku sebab penat menunggu gambar ni upload kemain lama. Hehehe.

Marilah kita mulakan pengembaraan bermula malam hingga ke pagi raya pertama dan ketiga. Kenapa takda kedua dan keempat? Sebab raya kedua dekat rumah Opah je, ada makan-makan dan tahlil sikit. Raya keempat pulak, diri ini diserang cerry berry yang teruk sampai semua toilet nak ziarah! Kesiannn memang kesiannn. Tapi raya tetap raya kan?

Malam Raya.


Bertolak ke Sepang lepas berbuka. Dengan hujan, dengan mengantuk semua tetap redah dengan koolnye. hehehe. Gambar bawah ni, sepupu kecik semua keliling adik main game. Haishh bebudak.


Raya Pertama.
 




Bergwiyomi kengkonon adik ni. Hhahaha. 

 Maksu Nadia ft Ma








My bros
Hafiz Azmi  │ Faiz Aziz AzmiFaizikri Azmi


 

My Family. My Everything


Raya Ketiga.
 
 Dengan Adeeb Ismail.

Family.