April 5, 2013

Yuna & Owl City

Hai.

Semenjak kepala ni asyik teringat dengan lagu ni, moh ler iolls share dengan uolls okay? hehe. Siap buat ringtone ni. Tunggu lah nanti ada masa nak cut lagu, bagi dapat chorus je. Ni asal orang call dengan lagu je, suara tadak! -.-'

Kalau korang selalu stalk twitter ai, mesti tau lagu apa. Yelah selalu jugak Red FM pasang lagu ni. So dengar, download dan terus mendengar sampai dah tak keruan otak bila dengar lagu tu (propa sangat)

Membebel je tak guna, marilah ushar video dibawah. Baik hati sangat ni sampai letak kat sini. hehe. Takpe sharing is caring kan? hehehe.


Enjoy!



Shine Your Way
Yuna & Owl City

April 1, 2013

Dia pergi jua ....

Assalamualaikum.

This is just a short message.

Pemergian makcik amat dirasai oleh semua orang. Walaupun arwah telah meninggalkan kami semua tapi kami semua sentiasa rasa arwah ada bersama kami :') 

Terima kasih kepada semua yang mendoakan untuk makcik saya. Hanya tuhan yang mampu membalas jasa baik kalian semua. XX.
 
Moga makcik ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan disisi Allah s.w.t. Insyaallah amin.

Al-Fatihah.

March 29, 2013

Happy Birthday, mom

Balik kerja semalam, terus cari kek dengan Hafiz. Habis jammed excident semua kita redah demi sebuah kek :) Ayat gempak sikit. Okay jumpa cheese kek. Dalam hati semoga ma sukalah sebab tak pernah beli cheese kek lagi. so ini first time. heee~

Balik rumah okay ma dengan baba takda. Puas ni fikir macamana nak suprisedkan ma. So lepas ma balik dan masa ma tengah makan malam dengan baba, Hafiz bawak keluar kek. Ma terperanjatlah sebab semalam (28hb) bukan birthday dia but at least dia potong kek tu :)




Dan bila jam menunjukkan tepat 12 pagi bersamaan 29hb Mac 2013 yakni harini, ingat nak jerit je terus dari bilik tapi kang orang cakap 


'gila apa budak ni jerit tengah-tengah malam? kena rasuk ke?'

okay batalkan niat tu terus :(

Anyway,



Happy 42th Birthday, Mommy! 


Semoga dipanjangkan umur, sentiasa di murahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati olehNya. Insyaallah. Terima kasih sebab sudi menjaga kami empat beradik walaupun dengan pelbagai kerenah tapi ma tetap sabar. Thanks ma 

From all of us, this special shout for you!


Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Pn Zarina ...
Happy Birthday to youuuuuu *hugs*

xoxo

March 28, 2013

#1 Bebelan

Biasalah bila dah baik demam dan selera makan yang kemain macam orang mengidam, tu menjadi-jadi selera tu. Dah makan nasi penuh satu pinggan dengan side dish jeruk satu tupperware busu letak sebelah singki, fuhh kenyang bak hang! hahaha.

Pastu tadi nak pujuk Iman punya pasal, AbgMer belanjalah budak-budak dekat rumah Opah ais krim. okay iolls tak terkecuali :) Niat dihati nak amik roti sebab orang belanja en? Bak kata Nora, kalau orang belanja amik je yang paling mahal. sebab BELANJA -___________-'

Tapi iolls tau dan ada perasaan segan, makanya aiskrim 50sen ni cukuplah menjadi pencuci mulut untuk harini. WAHAHAHHAHA! walaupun niat nak makan magnum almond. hehe *gelak tutup mulut cover dari orang tengok*


Dah dapat aiskrim, terus berlari cari cahaya untuk amik gambar ni. Memang takleh blah tapi bolehlah bolehlah eh :D Lepas tu makan aiskrim sambil tengok Awan Dania series. Berapa kali ulang pun tak tau tapi still boleh gelak tengok Scha. 

Rasa sedih sebab haritu menang tiket Awan Dania The Movie tapi tak sempat nak amik dekat Astro. Sebab terlampau sibuklah ni. Kesian saya :( Tunggu dvd lah jawabnya. Hailaaaa ....

Okay cuaca diwaktu pagi dekat rumah opah ni memang best. Dah rasa macam pergi Genting atau tempat-tempat yang ada kabus ni. Asal pagi je ada kabus. Kadang-kadang tu memang tak nampak jalan tapi terpaksalah redah, takkan kau nak bertapa kat tepi jalan tu pulak en? Kang kau yang kena sodok dengan trailer pulak. hehhee


Saja buat gambar macam ni supaya takyah orang nak scroll sesuka hati. Hehehe! Macam ni senang, tengok sekali imbas je. HAHAHHA ini bukan kedekut gambar tapi malas nak upload satu satu. Faham tak?

Dalam keadaan yang lapar walaupun dah makan tadi, so mood dah merundum jatuh menjunam habis terkubur. WAKAKAKKAKAAKKK! Kalau merepek memang hebat. Okaylah sambung nanti.

Best pulak tulis macam ni. Macam tengah bebel dekat korang. HAHHAA. 

#np When I Was Your Man by  Bruno Mars . fav ni

Doa untuk Makcik Aya.

Assalamualaikum.

Sehari suntuk semalam dekat hospital. Memang memenatkan tapi apakan daya makcik sedang bertarung nyawa untuk hidup.

Kelmarin bergelak ketawa, bercerita tentang peplum, dan esoknya sedih. Makcik tiba-tiba pengsan dalam tidur. Tidak sedarkan diri dari pagi sampailah ke petang semalam. Alhamdulillah semua ada di hospital semalam. Walaupun ada yang datang lewat tapi masih di hospital.

Kami sayangkan makcik.

Kerja pun dua jam je lepas tu minta perlepasan untuk bersama ahli keluarga yang lain di hospital. Dari wad kecemasan, makcik dipindahkan ke ICU.



'alaa mak tak kasi makan! Eh salah, ayah tak kasi makan' – Pika

si anak bongsu yang padaku sudah mula merindui emaknya. Kesian Pika. Anak-anak lain juga. Nampak pada wajah sugul mereka yang berharap emaknya sedar dan kembali sihat seperti sedia kala.

Kepada semua, Faizah tak minta banyak. Faizah cuma minta tolonglah doakan supaya makcik kembali sedar dan sihat seperti biasa. Kami semua terutama anak-anaknya sangat merindui gelak tawa makcik :')

[UPDATED]
Teruskan berdoa untuk makcik saya please. Teruskan menghadiahkan surah yaasin kepada beliau. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Terima kasih.

March 27, 2013

Friends.


Happy 22nd Birthday , Yaya

oh nasib baik teringat, Selamat Pengantin Baru juga kepada kawan kolej, Imal dan pasangan :)