Walau mata sudah minta untuk tutup tapi nak juga berbbm dengan PinaMusa, bergosip dan mengimbau kenangan lama. Hahaha! Beb, aku tak pernah bawak kau jumpa Aliff Aziz lagi kan? Okay maybe next time. Insyaallah.
Tapi kau bawak aku jumpa David Archuletta. Peminat DA dekat Malaysia ni histeria aku tengok. Depa duk panjang tinggi-tinggi padahal si DA ni pendek je pun -_-' tak faham sungguhhhhh!
Sambil jari menaip, mata melihat apa yang ditaip dan mendengar lagu Aliff Aziz, baru perasan ni entri kedua untuk hari ni.
Baru tadi cakap taknak update guna gadget baru. Hahaha! Tapi dah bosan punya pasal, jadilahh ;)
Ok selamat malam. Assalammualaikum Dunia :)
June 19, 2012
Kekangan Masa
Maaflah kepada sesiapa yang sentiasa
update blog Faizahazmi ni. Disebabkan Faizahazmi sekarang sudah
menukar tempat kerja maka jadi haru kejap bila nak kena belajar apa
yang tak tau.
Persekitaran tempat kerja baru ni buat
masa sekarang just okay. Yelah belum sebulan pun kerja sini. Tapi
bos-bos untuk department Faizahazmi adalah TERBAIK. Sumpah mereka bos
yang terbaik :)
Tanyalah mereka banyak kali pun, mereka
tetap akan jawab dengan senyuman.
Thanks Elena and Demsi :)
Walaupun dekat sini kerja CLEANER tapi
bos nak para pekerja tau semua benda. Heehhee. korang jangan
sumpah seranah aku eh . Selain buat kerja documents ni, kat sini
tetap kena buat design juga. Tapi best la sebab dulu buat design buku
sekarang macam-macam kena design. Satu lagi pengalaman baru disini :)
Nampaknya Faizahazmi semakin sibuk
dengan jadual harian walaupun dah ada gadget canggih semenjak awal
bulan lalu o.0 tapi malas nak update guna tu. Masih lagi menggunakan
word untuk menaip segala hal sebelum diPOST dalam belog =.="
Birthday Opah yang ke 73 :)
June 12, 2012
21st
Happy Birthday to Faizahazmi.
hey its me !
thanks for those who wish me up :)
Officially 21 today :) Alhamdulillah.
June 3, 2012
Pengangkutan Awam
Sekarang mana ada
tiket bas macam ni lagi. Kertas kitar semula habis -.-
Kalau bas nadi putra dekat
Putrajaya pun, resit dia macam berkilat, erti kata lain macam plastik tapi tak
plastik sangat 0.o macamana tu? Kalau nak tau, korang kena naik bas Nadi Putra
lah. Zaman duduk Putrajaya je naik bas tu.
Walaupun ku pernah duduk dekat
Putrajaya tapi ku hanya naik bas ni waktu ada aktiviti sekolah dan nak pergi
Putra Sentral untuk balik Banting je. More than that, sorry tak pernah. Pergi
Alamanda dengan bas Nadi Putra, boleh kira bape kali. Selalunya naik dengan
PinaMusa, takpun Teyka :)
Tapi yang best Nadi Putra, dia
SEJUK! So bolehlah feeling dekat London ke? Apa ke. Hehhe.
Kalau bas merah (cityliner) yang selalu ku naik nak balik Banting, resit dia panjang belah kiri dan kanan. Tulisan pun kabur-kabur je -.- Lupa nak masukkan ink kot? Lalalalallalaa...
May 29, 2012
Dirasa dan Dirasai
Manusia yang mempunyai pelbagai perasaan, tak
kiralah perasaan sedih, gembira, takut dan banyak lagi perasaan yang susah kita
nak explainkan satu-satu. Ada manusia yang tidak pandai mengawal emosi
marah mereka, makanya digelar panas baran gara-gara sentiasa ada perasaan nak
marah. Parah tu -.-" Kita bukan alien yang tidak punya perasaan.
(eh alien takda perasaan kan? Biasalah dah terpengaruh dengan Senario XX)
Perasaan ni sebenarnya tidak boleh ditentukan.
Kita tak boleh buat jadual, okay esok nak gembira satu hari. Sure tak akan
dapat punya. Macam aku hari-hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia,
selalunya bertukar menjadi hari paling sedih. Dah lama perasan benda ni, tapi
taknak mengaku je.
Orang tua-tua pernah cakap kita tak boleh nak
suka sangat sebab nanti kita menangis pun teruk sangat. Bila dah cakap macam
tu, aku selalu make sure aku tak suka sangat. Aku tak suka part sedih-sedih,
nanti mesti nangis punya.
Dan aku pernah dengar orang cakap kita kenalah
jaga hati dan perasaan kita sebelum kita jaga hati dan perasaan. Erm benda ni
memang selalu aku buat. Aku selalu jaga hati dan perasaan orang-orang
sekeliling aku tapi tak semua dari mereka ni yang jaga hati dan perasaan aku.
Sakit memanglah tapi kena faham juga entah-entah mereka ni ada sebab? Mereka je
yang tau.
Kadang-kadang aku terpaksa menipu untuk
menjaga hati dan perasaan seseorang tapi bila SESEORANG tu dapat tau yang aku menipu, GANJARAN yang aku dapat sangat hebat (lagi best dari dapat award)
Aku menipu sebab aku taknak mereka terguris atau terasa, tu sebab aku menipu.
Bila jujur sangat, susah. Bila tak jujur lagi
susah. Mungkin mood senyap boleh menjaga perasaan orang?
Honest hearts
produce honest actions – Brigham Young
p/s : aku dah rasa macam lari tajuk asal je? Heehhe.
May 26, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)