May 29, 2012

Dirasa dan Dirasai


Manusia yang mempunyai pelbagai perasaan, tak kiralah perasaan sedih, gembira, takut dan banyak lagi perasaan yang susah kita nak explainkan satu-satu. Ada manusia yang tidak pandai mengawal emosi marah mereka, makanya digelar panas baran gara-gara sentiasa ada perasaan nak marah. Parah tu -.-" Kita bukan alien yang tidak punya perasaan. 
(eh alien takda perasaan kan? Biasalah dah terpengaruh dengan Senario XX)

Perasaan ni sebenarnya tidak boleh ditentukan. Kita tak boleh buat jadual, okay esok nak gembira satu hari. Sure tak akan dapat punya. Macam aku hari-hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia, selalunya bertukar menjadi hari paling sedih. Dah lama perasan benda ni, tapi taknak mengaku je.

Orang tua-tua pernah cakap kita tak boleh nak suka sangat sebab nanti kita menangis pun teruk sangat. Bila dah cakap macam tu, aku selalu make sure aku tak suka sangat. Aku tak suka part sedih-sedih, nanti mesti nangis punya.

Dan aku pernah dengar orang cakap kita kenalah jaga hati dan perasaan kita sebelum kita jaga hati dan perasaan. Erm benda ni memang selalu aku buat. Aku selalu jaga hati dan perasaan orang-orang sekeliling aku tapi tak semua dari mereka ni yang jaga hati dan perasaan aku. Sakit memanglah tapi kena faham juga entah-entah mereka ni ada sebab? Mereka je yang tau.

Kadang-kadang aku terpaksa menipu untuk menjaga hati dan perasaan seseorang tapi bila SESEORANG tu dapat tau yang aku menipu, GANJARAN yang aku dapat sangat hebat (lagi best dari dapat award) Aku menipu sebab aku taknak mereka terguris atau terasa, tu sebab aku menipu.

Bila jujur sangat, susah. Bila tak jujur lagi susah. Mungkin mood senyap boleh menjaga perasaan orang?

Honest hearts produce honest actions – Brigham Young

p/s : aku dah rasa macam lari tajuk asal je? Heehhe.

May 26, 2012

Thanks


bunga yang hampir layu. 
thanks Ma for the flowers !

May 25, 2012

Bulan yang SIBUK.


Dari awal bulan sampai hujung bulan ni, asyik sibuk dengan business, office, meetings and stuffs. Sumpah penat! Aku tak tau macamana menteri boleh handle satu negara? Kalau tetiba ku TERJUMPA menteri, ku teringin nak tanya ...

‘tak penat ke jadi menteri? Yelah, sekarang dekat sini, nanti lagi sejam dah kat tempat lain. Penat tak?’

panjangkan soalan aku? Menteri, jawab soalan saya please? *sumpah aku nak tau*
pagi meeting, lepas lunch masuk office mengadap PJK. Ok sumpah aku mengantuk.

MEETING + PJK = TIDUR . terima kasih .

Mata dah macam ada laser, MERAH plus pedih plus kabur. Harini memang ku TATAP skrin lappy DEKAT-DEKAT.

Aku terlampau penat -.-“ eh Juniors cakap saya kurus! Hahaha! Penat geleng kepala juga harini, dah macam artis tadi, jawab gosip-gosip semua. Huahuahua. Nanti kalau dah ada boyfriend, Faizahazmi bilang pada uolls okay? Hihiihi *gelak sopan*

Nak kena fikir event raya untuk Alumni ni. nak buat satu event yang boleh semua exstudents attend dan bergembira. AbgPENGERUSI cadangkan beraya bersama anak-anak yatim. Well itu adalah event yang sangat murni tapi takutlah takda yang nak attend.

Ok ini khas untuk exSTUDENT KualaLangat, ShahAlam dan Klang.
Pleaselah supports Alumni ni. Bukan untuk sesiapa pun tapi khas untuk korang :) Korang should attends events yang akan dibuat kelak. Hanya bayar RM50 untuk keahlian seumur hidup je. Macam-macam aktiviti yang akan dibuat pada masa akan datang tapi kalau korang tak support, siapa lagi nak support? Renung-renungkan lah, dan selamat beramal :)


gambar ni tiada kena mengena pun dengan entri. saja :)

May 23, 2012

#Lagu Pilihan untuk Minggu ini.


Untuk Dia oleh SleeQ ft Najwa Latif


Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) 9x

Dia penuh gaya, semua pun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila
Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
Oh lupa bilang gadis ni KL
Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) 9x

Engkau punya gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku
Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja
Bertemu di muka buku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu
Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) 9x

Jadi engkau yang patut, yang patut
Memberiku segala
Kerna engkau mampu, ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk aku (okay)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku (untuk kamu)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku

May 22, 2012

Selamat Hari Guru


Teringat masa zaman sekolah dulu. Asal bangun pagi mesti mengeluh taknak pergi sekolah. ‘ahh bosannya nak pegi sekolah! Kenapa cuti kejap sangat ni?’ kankankan? Habis sepanjang jalan sumpah seranah semua keluar sebab malas nak pergi sekolah. Bosan nak belajar Perdagangan dengan zeragon, malas nak baca buku Sejarah yang aku rasa boleh buat aku mengantuk tahap dewa dan Maths yang _________ ah korang isilah tempat kosong tu sendiri perkataan paling best.

Dalam kelas bila masa Sejarah, mesti buat-buat sakit kepala ‘cikgu, saya sakit kepala lah’ dan cikgu akan berkata ‘okay, awak rehatlah. Tidur’ maka dengan senang hati, terus lemparkan senyuman pada PinaMusa didepan, Khalilah disebelah kiri, Lily disebelah kanan dan yes, gua tido! Hahahah taktik tu selalu berjaya sampai habis form5. KAHKAHKAH! (korang TAK PATUT CUBA)

Itu masa Sejarah, bila masa Perdagangan, semua malas nak belajar. Bila tengok zeragon makin hampir dengan kelas, masing-masing terus pecut ke toilet yang indah lagi cantik dekat blok depan tu. Eh cantik ke toilet tu? Pape jelah. Bila tak sempat nak buat larian 100 meter tu, terpaksalah duduk ramai-ramai belajar Perdagangan yang sumpah bosan tu. Oh tapi kami buat muka tekun tau :) sedang tekun, ternampaklah sebutir NASI (Fakhri yang bagi nama ni) dekat tepi bibir zeragon. Kadang-kadang tu budak-budak lelaki perli zeragon ‘cikgu, minum air dulu’ tapi memandangkan zeragon dah tua, mungkin sebab itu dia buat-buat tak faham kot? Atau mungkin dia malas nak layan? Dia sendiri yang tau. Hehehe (gelak sopan)

Ah kalau masa Science, PinaMusa, Lily, SabrinaHamed dan diri aku sendiri mesti lari dekat bilik kaunseling sampai cikgu cari kiteorang dekat situ. Hahaha! Memang kiteorang ada temujanji tau dekat kaunselor dekat situ. Buat-buat ada temujanji actually. Kalau bukan dekat bilik kaunseling, kiteorang lari ke bilik seni pulak. Yelah masa form5, bilik seni tu kiteorang yang conquer. Sarapan, makan tengahari, lepak semua dekat situ. Celebrate birthday pun dekat situ.

Itu semua masa belajar sekolah menengah. Walaupun kiteorang ponteng kelas, tak siap kerja sekolah, cikgu-cikgu tetap cool melayan kerenah anak-anak murid yang malas ni.hehehe.

Rasanya tak terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Guru / Happy Teacher’s Day untuk cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah (SKTamanMidah2, SKTamanDesaBaiduri, SKPutrajaya1, SMKPutrajaya1, KolejKomunitiKualaLangat). Terima kasih kerana kalian sabar dengar kerenah kami yang entah apa-apa ni :D Terima kasih juga kerana mengajar kami tentang segala-galanya. Jasamu akan dikenang sampai bila-bila.

Oh tak lupa juga kepada Ma, Selamat Hari Guru ma!

May 18, 2012

Rutin harian.


Rutin harian yang sama setiap hari kadang-kadang boleh buat panas hati juga lah. Rasa macam nak duduk bawa meja diam-diam sambil makan muruku ikan yang miss bagi tadi. Lalalalalalalala....

Walaupun sibuk kena finalkan PJK3 harini tapi boleh buat sambil makan muruku ikan, tengok MaharajaLawak yang tak tau dah berapa kali khatam. Oh Jep Sepah kacak! Hahaha tetiba minat :) eh jangan jeles tau.

Oh nak tengok gambar desktop? Thanks FarahSidek sebab kau amik gambar masa rehersel. Rasanya ni lah satu-satunya gambar masa rehersel yang aku ada. Hehehe.


Haa tengoklah, macam-macam yang dibukak. Ada Microsoft word, sticky note, iTunes, MpcSTAR dan fav ever, CorelDRAW! Hahaha jangan nak fav sangatlah -.-


nampak, sekarang masa Mael Lambong dan Ah Chai :) okaylah nak sambung tengok Mael Lambong .

Bye!