April 30, 2012

Keputusan


Mood : resah gelisah nak jumpa bos.
Tahap kesihatan : 40% kurang sihat.

YES sepatutnya harini menjadi hari terakhir saya di office tapi disebabkan permintaan, makanya saya akan stay disini sampai ke tua -.- DAMN! Tak suka langsung situasi macam ni. Dengan nak buat satu keputusan yang paling berat untuk tahun ni, sepatutnya saya demam jadi tak payah nak fikir pasal keputusan tu. Ermm..

Sampai sekarang, saya masih tak tahu adakah keputusan tu adalah yang terbaik buat saya? demi inpian dan raya yang bakal tiba, saya mengambil keputusan untuk (sila isi tempat kosong dengan jawapan yang paling bernas). 

Saya benci untuk membuat keputusan! Mengapa manusia perlu membuat keputusan? Arghhhh benci doe -.-‘ sumpah tension. Dengan keadaan diri yang tak stabil dari Rabu lepas, keputusan ni adalah paling terbaik rasanya. MUNGKIN?! *bunuhdiri*

April 27, 2012

Saiz KING



Kalau nak cari katil bersaiz king, pergi je cari dekat kedai perabot. For sure, mesti ada. Tapi pernah tak uolls jumpa kasut bersaiz king? Jarang kan? Rasanya susah nak jumpa.

Itulah yang tengah dialami oleh i, uolls. Memandangkan kaki yang kini bersaiz king (eh dari dulu sama je actually) maka dengan itu, agak susah nak cari kasut yang betul-betul berkenan dengan hati (dah macam nak kahwin ni) -.-

Bila dah jumpa yang berkenan, saiz pulak takda. Bila tak berkenan, belambak dekat rak kasut yang ada lampu bola-bola tu :( mencik ah!

Mesti uolls macam tertanya-tanya, apa saiz kaki si gonjeng ni kan? Hahaha malu ah. Tapi yang penting kaki saiz king. Dulu masa zaman pakai baju kurung yang kain keras bila panas nampak peluh tu, maktok pernah cakap ‘kasut kakak ni memang kedekut! Tak boleh share dengan orang lain’ hahaha! So korang dah boleh bayangkan betapa kingnye kaki i :)

Konvo dah nak dekat. Dalam ruangan ETIQA ETIKA PEMAKAIAN, pelajar harus memakai KASUT HITAM BERTUTUP DEPAN DAN BELAKANG. Maka dengan itu, sejak dapat surat tu, bila nampak je kelibat kedai kasut dekat mall atau dekat kaki lima atau mana-mana lah kan, mesti singgah untuk mencari ciri-ciri kasut yang diWAJIBKAN tu.

Adalah jumpa kasut saiz king ni tapi tapak tinggi sangat untuk flat. Macam pelik je? Cari wedges, tak jumpa yang fully black. Jumpa yang berkenan, takda saiz pulak. Selalu Bata, CR, Sembonia ada saiz King tapi kali ni, takda yang fully black. Bata ada fully black flat shoes tapi takda saiz KING pulak -.-‘
Kaki, kau memang menyusahkan! Eh takmo cakap macam tu. Bersyukur bersyukur. Ngee~

May makin hampir dan pencarian kasut hitam bersaiz KING makin rancak dijalankan. Doakan supaya kasut hitam bersaiz KING diJUMPAI yaa :)

April 26, 2012

Sedia kala


Menikmati hari-hari terakhir di office bukanlah susah pun, seriously senang sangat. Hahaha! Dulu masa practical, adalah rasa takut atau bahasa mudahnya CUAK untuk lalui hari-hari terakhir. Yelahkan takut resultnya, lulus ke tidak.

Mula-mula nak bagi surat adalah perasaan takut dan gementar, ha seriously menggigil satu badan. Biasalah kalau dah parkinson tu kann.. hewhewhew. Tak suka bila ditanya soalan yang sememangnya sudah elok ditaip didalam surat formal tu -_- so baca jelah. 

Terpaksa menipu sebab nak bagi alasan yang masuk dek akal manusia zaman sekarang.  Takkanlah nak bagitau gaji ciput, kerja banyak kat bos, ye dak? So bagi alasan terbaik untuk remaja macam saya ialah nak sambung belajar.  Tapi ku selitkan juga tentang perniagaan yang kini diusahakan oleh family. Nak jugaaakk !

Dalam surat tulis 30 April adalah hari terakhir perkhidmatan di office tapi diminta untuk berkhidmat selama sebulan lagi, means 4 Jun la baru ku katakan BYE kepada warga office. Eh sedih pulak tetiba :’( tahun depan dah tak boleh attend office’s dinner lagi. Kau menggelabah! Eh gaji naik untuk part extent :)

Masa practical kena extent SEMINGGU, masa kerja kena extent SEBULAN. Ini belum permenent lagi, kalau permenent, mungkin suruh extent SETAHUN lagi sebelum berhenti. HAHAHA! Aneh-aneh je office ni -.-

Jun nanti hari-hari saya akan seperti sedia kala. Bangun pagi jaga adik, kemas rumah dan senang cerita ku jadi babysiter. Mungkin saya akan mula meniaga setiap hari di CS’s? Insyaallah kalau ada permintaan yang tinggi. Serious aku over! Hahahaha

Semakin hampir dengan target sebelum 21st ! excited ^,^
Okbai. 

Kuih Bijan


Harini breakfast saya ialah kuih bijan, cekodok 4 biji dan seri muka. Kalau tak berseri gak muka aku pagi ni, salahkan siPEMBUAT kuih eh -.-

Sambil buat moral ni, sambil tu jugaklah mulut ni minta disuapkan dengan aneka kuih muih yang ada dekat atas meja ni (tiga jenis je pun kuih punn) cekodok dah lama habis, sebab dia comel la dia yang pertama jadi mangsa mulut aku. HAHAHAA!

Actually bukan nak bilang dekat uolls pasal kuih ni sedap ke idakk. Biasalah Faizahazmi suka bagi mukadimah atau pendahuluan yang bajet boleh lulus karangan BM dekat sekolah. Korang tengok tajuk pun dah boleh agak kan?


Kuih bijan, simple je bentuk dia. bulat macam bola. Isi dalam dia tak isi kelapa, mesti isi kacang hijau. Yang ni aku kurang gemar sikit, bila dia letak kacang hijau. Dah la aku ni kurang sikit dengan kacang hijau, lagi dia letak isi kacang hijau, memang takla aku nak sentuh. Tak sedap!

Kuih bijan ni favourite arwah ibu, arwah suka sangat, tak kisahlah apa isinya, arwah ibu mesti makan dengan gembira :’)

Makanya bila buat gigitan yang pertama pada kuih bijan ni tadi, agak terkejut bila tengok isinya adalah kacang hijau -_- disebabkan sudah beli, takkanlah nak buang kan? Takmo takmo, tak elok membazir :D

bila teringat kuih bijan ni antara kuih favourite arwah ibu, gigitan seterusnya dibuat sehingga gigitan yang terakhir, okay tiba-tiba teringat arwah ibu.

Semoga roh arwah ibu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. Al Fatihah :(

Dah, sekarang ni masa untuk kuih seri muka. Ingat! Kalau muka aku tak berseri, salahkan siPENJUAL !! hahahaha (gila meroyan)

April 25, 2012

Emosi


Menunggu vs Ditunggu


Mostly manusia dekat bumi tak suka menunggu. Kankankan? Samalah macam siPENULIS yang agak bangang eh bengang kalau menunggu orang. Kalau setakat lima minit boleh ampun tapi kalau dah setengah jam ke satu jam, memang mintak kena maki je manusia tu!

Walaupun dah baca buku cara untuk muhasabah diri, dalam hal macam ni dah takda nak muhasabah-muhasabah bagai oii. Memang mintak maki double triple punya!

Biasalah manusia. Okay macam siPENULIS pantang orang lambat. Penat lah nak tunggu bagai, makeup boleh cair, shawl boleh senget, baju boleh kedut, bibir boleh kering gara-gara lipsgloss dah tak shiningg :) ahh macam-macam lagi.

Tapi siPENULIS ni jugak kadang-kadang buat orang menunggu. Hahaha! Biasalah manusia. Disebabkan itu juga, siKELUARGA selalu suruh siPENULIS supaya bersiap lebih awal dari orang lain. Bak kata ma ‘siapa lambat, TINGGAL!’. Perkataan tinggal tu macam apa je, macam BigMC dah buat lastday offer -_- Manusia kann. Biasalah ni.