January 24, 2012

CNY


Selamat Tahun Baru Cina Warga Dunia !

Keadaan mood saya : masih mood bercuti tetapi kena kerja walaupun kesihatan diri tidak pulih sepenuhnya -____________-

Pakaian : tshirt hijau + cardigan kait + black shawl + slack.

Perhiasan: perlu ke ni? Hanya jam tangan butterfly saya ^^,

Tugas harini : menyiapkan kerja Sivik3 dari edit semula, jawapan dan dll.

Menu breakfast : Mee goreng + air sejuk

Menu lunch : Nasi putih + ayam kicap + laici kotak

Keadaan cuaca : diluar office = panas , didalam office = sejuk gila!

Suasana office : dekat bawah tadi kecoh, masuk office semua diam seribu bahasa

Bilangan pekerja: 8 orang (melayu) tengah bekerja manakala abg editor (melayu) dan 7 orang (cina) masih cuti.

# Miss Mok bagi angpau :) ty Miss. Miss Mok ni Bos’s Wife ye ^^

Faizahazmi menjalankan perintah,

Kbai :)

Perlu ke bertindak kasar atau lebih baik bercakap elok ?

Lihat tajuk atas tu? Apa yang ingin dibincangkan?

Pada pendapat korangla kan,

perlu ke kita sebagai manusia ni bertindak kasar pada sesama manusia mahupun pada haiwan atau apa saja?

Perlu ke kita mengasari mereka disebabkan kesalahan kecil?

Kalau kita bercakap dengan lembut, bukankah itu lebih baik?

Dimanakah sikap kematangan seseorang itu?

Dimanakah nilai anda sebagai seorang yang matang?

Kepada sesiapa sahaja yang membaca entry ni, silalah sayangi diri anda dan orang disekeliling anda. Mungkin mereka yang akan membantu anda suatu hari nanti. Jadi, sayangi mereka.

Angpau.


Semalam saya dapat angpau RM10 !
ty uncle.

Kesihatan saya semakin elok.
Alhamdulillah.

Pada sesiapa yang mendoakan saya, terima kasih.
Pada yang ingin saya cepat pergi, maaf belum masanya.

January 21, 2012

Picturesss !




yang dekat atas ni gambar celebrate Adik's 3rd birthday.



walaupun seharian bz, tapi sempat u'ollss
Mata bengkak -.-''

January 19, 2012

Kawasaki Versys



Ada apa dengan Kawasaki Versys tu?

Ianya sebuah motor berkuasa tinggi. Nak kata tinggi sangat, takde lah.

Tapi ia adalah SUPERBIKE. Sejak bila aku minat superbike ni?

Ini semua gara-gara bunyi Kawasaki Versys yang sangat hebat yang boleh buat aku menangis kalau dengar. Huh tetiba. Aku sanggup tebalkan muka untuk amik gambar dengan Kawasaki Versys jiran aku punya! Adalah dalam beberapa kali, dan aku siap jadikan wallpaper tu. Haaa minat punya pasal sanggup ni.

Tapi kalaulah aku dapat jumpa owner Kawasaki Versys tu which its jiran aku, aku nak je minta dia bawak aku round-round naik superbike dia tu. Bukan tak reti bawak tapi motor orang beb, kang tetiba jatuh ke apa, tak naye lak aku nak kena bayar 30k !

Kalau lah jiran aku baca blog aku ni, ini untuk anda owner Kawasaki Versys!

Saya teringin nak naik Kawasaki Versys Merah Hati Metalic anda !

Tolong penuhi impian saya? Menggelabah seh aku -__________-

: muka aku asyik senyum kambing je bila karang benda alah ni. Hahaha.

Bajet tengah naik Kawasaki Versys ke beb?! hahahaks

: kringkring hdp bebunyi. Amy call la pulak. Kacau-kacau -.-

Ok sambung.

Kalau aku dapat beli Kawasaki Versys ni, aku nak colour sebijik dengan jiran aku punya. Colour merah hati metalic, serious cantik siot !

...............................

Aku pun tak tau sejak bila aku BERaku dekat blog ni?

Hairankan?

Kalau korang hairan, aku owner blog lagi hairan =___=

Takpelah, asalkan korang faham, sudah :)

Sibuk

Hari yang paling sibuk dalam banyak-banyak hari. Kerja yang bakal diedit telah berada di atas meja ini. Aku stress! Ayat novel gila! Kahkahkah.

Ada 3 tema untuk harini je yang perlu diedit, tapi kena sambung esok sebab abg editor malas nak cari gambar. Haishh gaji banyak pun malas! Ini gurauan ye, abe :)

Dan takda masa langsung untuk buat apa-apa kecuali mengUPDATE blog yang terbengkalai tu, dapat update 2 post je dan balas komen dekat fb.

Harini rasa nak tumbuk abg editor sebab dia buat lawak bodoh masa orang tengah stress!

Okay nak balik. Kbai.

#sayarindukawansaya.

Kawan, jomlah kita keluar bebual. Ada banyak benda nak share dengan kau ni. Plus, lama tak jumpa kau ni. #PinaMusa