September 28, 2011
Mata oh Mata.
September 26, 2011
September 25, 2011
25hb
Hari minggu di Kg Cantik, Jugra, Banting.
Bangun, mandi dan sidai baju yang dah basuh petang semalam. Konon lepas basuh nak terus sidai, end up keluar pergi Banting Baru teman Ain beli roti.
Malam pulak kawan Ain (Am) ajak pergi kenduri merisik/tunang dekat rumah Acu dia. Makan malam FREE! Hahaha. Makan mihun je walaupun ada banyak makanan dekat situ. Dek kerana malu yang amat sangat, mihun jelah kami jamah. 11pm baru balik, Ain ajak pergi kedai Mek belakang rumah pulak, lapar katanya. Lepas order dan dapat makanan diorder, balik dan sambung melantak sambil tengok cekerama yang lagi setengah jam nak habis. Sumpah tak paham ending cerita tu -.-”
Sarapan meggi kari dan kek gula hangus yang Acu bagi semalam. Sedap! Dan sekarang menaip cerita ni dekat word dulu, senang bila cerita dekat word dulu sambil tengok Ben10. Bila Melodi nak start ni? Dah lama sangat tak tengok gosip :D hehee perempuan biasalah.
Kinda miss someone. Oh Bruno, will wait for you! Hahaha MENGGELABAH!
Tiba-tiba rindu masakan Ma Ina. Kalaulah ma hantar makanan tengahari dekat sini kan best? Ma baba, kakak lapar!
Ain balik dengan sosej ditangan. Makanan tengahari kami :) makan sambil tengok Nona. Sambil tengok segmen fav yaya, bila aku nak kahwin ni? Amboi baru 20 dah gatal Faizahazmi ni. Hehehe. Baru lepas habis main game hotel. Ibarat hotel tu ku yang punya :D dah penat bekerja, sekarang duduk sambil menaip sesuatu dan mendengar lagu Janji dan menonton Senario Lagi dekat TV3. Memang sangai lah sebab tak tahu nak fokus yang mana. Buat 3 kerja dalam 1 masa yang sama.
September 22, 2011
22hb
Kawan-kawan baca post semalam? Pasal material yang tanya Qila tu? Hari ni kelas 3D, agak cuak sebab takut lah En Fauzan nak tanya pasal material tu. End up tak tanya pun. En Fauzan pun sangatlah bz tapi bagi kerja. Dia minta buat 3D dan kalau sempat petang dia nak buat presentation tapi masalahnya semua duk bz main Dota dalam 3D Lab. Dah sejuk + lapar + bosan, semua package!
Tunggu punya tunggu, sampai pukul 5pm pun muka En Fauzan tak nampak-nampak jugak. Ambil kata putus, called En Fauzan. Cakap punya cakap, dia suruh balik dan siapkan 3D dan logo. Selasa kena hantar.
Burger daging menjadi makan malam untuk malam ni. Lama tak makan burger daging cicah sos black paper. Sedap! Saya sayang teman saya sampai bila-bila. Fullstop.
Selamat malam. Assalammualaikum.
September 21, 2011
21hb
Kenapa manusia tidak pandai untuk menjaga hati dan perasaan orang lain? Kenapa mereka hanya tahu mementingkan diri sendiri? Setiap manusia ada alasan mereka sendiri mengapa mereka begitu. Minta maaf sekiranya Faizahazmi ada membuat kalian tersinggung. Yang buruk datangnya dari diri ini, yang baik datang dari-Nya.
21hb, tiba-tiba rasa sebak dan sayu bila mengenangkan tarikh ini. Bukan apa, hampir 2 tahun mengenali siTEMAN. Terlalu banyak memori yang berlaku pada masa lampau. Tak tahu nak kata mana yang banyak. Biarlah kami saja yang menilai :)
Kebelakangan ini, Faizahazmi lebih gemar menulis dari bercakap. Tak tahu mengapa? Mungkin disebabkan perubahan emosi yang bagi Faizahazmi TERSANGAT-sangat GEDIK! Asyik nak touching je -.-” memang teruk emosi Faizahazmi. Tak percaya, cuba tanya warga rumah. Haishhh...
Pergi pasar malam dengan Nora, Kina dengan Ain. Kami berempat merempit ke BB. Walaupun keadaan tidak menginzinkan hujan renyai-renyai tapi kiteorang redah jelah. Biasalah bila hujan dan malam, jualan pun makin sikit. Beli mee dan ketiaw sup, keropok lekor dengan nasi ayam je. Lepas tu beli topup dan balik. Sampai rumah, terus tukar baju dan melantak hingga licin mangkuk tu. Hahahah! Nampak sangatlah warga rumah kelaparan tahap gaban punya. Oh si Saga tidur rumah, tu yang guna motor dia pergi pasar malam.
Malam-malam biasalah aktiviti wajib, BERGOSIP! Hahaha. Itulah perempuan, tapi cerita pun merepek-merepek gitu. Ceritalah apa yang berlaku satu hari dekat Ain. Yelahkan, budak-budak Animasi pergi melawat jiran, ILP KUALA LANGAT. Tempat dia sangat besar tapi macam bosan. Pameran pun best tapi pelajar macam tak mesra alam. Tak bertegur, bila ditanya baru nak jawab. Jawab pun macam nak tak nak. Haishh.
Ada part macam perli dari Ain.
Ain : Fe takde keje? Rilex je?
Fe : ha? Terkial-kial tutup novel. Ada-ada, jap sms Qila.
Ain : nape sms Qila?
Fe : mintak tolong dia cari kat internet pasal material paling berat.
Ain : oh. Tapi bukan fe selalu rilex ke?
Fe : ha?! Baguslah Ain tau. Fe kan selalu rilex. Ada kerja pun boleh rilex pehh :)
Ain : dengan muka yang mengantuk, ain pun gelak :D
Adoii Ain oh Ain -.-”