November 14, 2025

Aku Penat. Itu Je Aku Tahu.

Kadang-kadang… aku rasa macam hidup ni tengah tarik aku kiri kanan tanpa bagi aku masa nak tarik nafas pun. And honestly, aku penat. Bukan penat fizikal je tapi penat dalam hati, dalam kepala, dalam semua sudut diri aku yang orang tak nampak.

Kadang-kadang bila bangun pagi, aku doa supaya hari tu lembut sikit dengan aku. Tapi hidup ni… dia tak selalu lembut. Dia datang dengan pancaroba, ujian, benda-benda kecil yang aku dah tak ada tenaga nak hadap. Aku cuba kuat. Aku cuba buat macam biasa. Tapi dalam diam, aku macam hampir give up.

Bukan sebab aku tak bersyukur. Bukan sebab aku tak hargai benda baik yang ada. Bukan sebab aku nak mengalah. Tapi bila semuanya datang serentak, bila tak ada ruang nak rehat dari rasa berserabut, aku mula rasa macam… cukup lah. Let me breathe. Let me exist tanpa beban sekejap.

Aku tahu kadang-kadang ada jalan keluar. Aku pernah rasa lega, pernah nampak cahaya, pernah fikir “okay, maybe everything will be fine”. Tapi sekarang… entah. Cahaya tu ada, tapi aku terlalu penat nak kejar.

Aku breakdown. Banyak kali. Kadang-kadang tengah drive. Kadang-kadang tengah mandi. Kadang-kadang tengah baring dalam bilik yang sunyi. Tak ada siapa tahu pun. Aku senyum macam biasa, gelak macam tak ada apa-apa tapi dalam hati, aku rasa macam aku tengah jatuh perlahan-lahan.

Aku cuma… penat.
Penat dengan expectation.
Penat dengan realiti.
Penat dengan hidup yang asyik nak uji tanpa henti.

Dan aku harap satu hari nanti, aku dapat rasa ringan balik. Rasa lega balik. Rasa hidup balik. Tapi buat masa sekarang… aku cuma mampu mengaku.

Aku penat.

Dan itu je yang aku tahu 😔

November 7, 2025

Dari KL ke Perlis: Sebuah Perjalanan, Kopi, dan Kenangan 💍☕

Assalamualaikum.

Jumaat lepas, 31/10 — ke Perlis lah kita!
5.30 pagi dah gerak gaisss. Padahal masing-masing bangun bukan main awal. Si FANS tu pukul 1.30 pagi dah celik, aku pulak 3.30 pagi baru bangun sebab nak final check barang. Tapi biasalah, semangat punya pasal kan, tetap jugak ada benda tertinggal. Kasut, alas tidur, semua tinggal elok kat rumah. Heh 🤦🏻‍♀️

Tak tahu kenapa, kalau bab nak bercuti ni, semangat lain macam. Tapi cuba esoknya nak pergi kerja, badan terus auto malas nak bagi kerjasama. 😂

Kiteorang ada stop few R&R. Untuk subuh, breakfast, tukar driver, toilet, beli buah dan isi minyak then terus ke Alor Setar. Eh kenapa Alor Setar dulu? Sebab kawan FANS ajak jumpa, jadi kitaorang pun Google kedai makan area situ. Tengok-tengok, ok nampak menarik!



Kedai dia dari luar nampak biasa, tapi dalamnya luar biasa terutama bahagian ulam-ulaman! Peminat ulam mesti tak senang duduk bila tengok. Samalah macam FANS, semua ulam dia nak cuba. Puas hati betul muka dia lepas makan. Oh, dan kedai ni tak jauh pun dari tol Alor Setar. Waze je, confirm jumpa.

Lepas dari lunch tu, perut dah kekenyangan dan FANS nak solat Jumaat. Masa tu terjumpa café viral sekarang ni — Café Amazon!


Since tak ada dekat KL, apa lagi, singgah kejap la kan. Cantik tempat dia, tenang vibe dia. Ramai budak sekolah, student Uni, dan orang tengah study. Oh ya, ada juga orang yang hampir tertinggal handbag… aku la tu 😅 Nasib baik perasan awal weh!


I tried Latte Amazon and Strawberry Matcha Crepe Cake (kot?) Hahaha aku tak sure nama crepe ni tapi ya Allah sedap betul! Matcha dia tak kuat, tapi krim dan strawberry dia padu gila. Tapi tulah, masa tu tinggal satu je crepe ni. Kalau tak, tapau dah. Sampai sekarang teringat. 😋

Tak lama pun dekat situ, habis je cake, kiteorang keluar dengan misi mencari masjid. Pusing punya pusing jumpa jugak. FANS solat then aku mencari wrapper bunga. Nasib ada florist bukak kat area situ. Setel solat jumaat, FANS gunting rambut then dan akhirnya kita teruskan perjalanan ke Perlis…


Sampai je homestay, terus disambut dengan mesin gedegang
kegemaran semua orang
 🤣 HAHAHAHAHHAHAHAAHA

 

Baba and Ma pengantin 

Alhamdulillah semuanya selesai sudah. Insyaallah Part 2 (Hari Nikah, Sanding) bakal menyusul tahun hadapan. Nak kena simpan cuti lah gamaknyaa. Saya isytiharkan saya busy sampai May. 

Semoga June yang bakal tiba nanti, saya dapat bercuti dekat hotel, golek-golek
atas katil empuk itu sambil makan buffet ye. Harap-haraplah. heheh


Jumpa lagi Perlis 😴


p/s: lama takda entri bergambar macam ni. rindunyaaa zaman selalu ambil gambar